Jumaat, 13 Januari 2017 | 12:00am

Kurangkan obesiti

Soalan: Saya berusia 30 tahun dan mempunyai berat badan 95 kilogram. Saya pernah mendengar mengenai rawatan hormon bagi menurunkan berat badan. Boleh jelaskan kebaikan dan keburukan kaedah ini.

Nur Amira Mohd Amiruddin,
Kota Damansara, Petaling Jaya.

Jawapan: Pertambahan berat badan dan obesiti antara masalah dihadapi sesetengah individu disebabkan pelbagai faktor khususnya tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, tidak lakukan diet seimbang dan pelbagai lagi.

Banyak kaedah menurunkan berat badan yang boleh dilakukan dan ia terletak kaedah dan kesungguhan individu untuk melakukannya.

Antaranya ialah rawatan hormon, iaitu kaedah suntikan perubatan untuk mengurangkan berat badan berlebihan yang dimulakan oleh pakar perubatan genius dari Britain, Dr Simeons.

Berikut antara persoalan yang kerap ditanya oleh individu berkaitan kaedah ini:

Apakah kebaikan program ini

Perbezaan rawatan hormon bukan saja membantu membuang lemak lama, tetapi ia akan membantu badan menjadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber selepas kurus).

Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa mengganggu tulang dan otot. Selain penurunan berat badan, kesan yang lebih ketara adalah penurunan inci. Saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.

Manfaat lain Selain daripada penurunan lemak badan, individu yang melakukan program ini akan dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan :

• Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil.

• Penurunan tahap kolesterol.

• Tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut.

• Tidur lebih baik.

• Tenaga meningkat.

• Ton kulit yang lebih cantik hasil penggunaan hormon

• Tiada lagi 'food craving' terhadap karbohidrat dan gula atau nafsu makanan ringan atau segera.

Hormon ini juga akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan hormon endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga.

Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga, ia akan mengurangkan radang atau toksik di dalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolisme lain.

Tidak hairan jika ramai yang dapat menurunkan tekanan darah, kolesterol gula dalam darah, sakit sendi, jerawat, tiada lagi masalah sakit kepala, alahan, dan banyak masalah sistem imun yang lain.

Rawatan hormon transformasi baharu dalam dunia pelangsingan!

Adakah rawatan hormon ini selamat?

Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai tahap hormon yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif.

Hormon ini juga juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar sakit puan . Dengan mengambil program ini untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan bagi mereka yang mengalami masalah kesuburan dan mengambil program ini dipercayai berjaya hamil.

Bagaimana rawatan ini bertindak

Kitaran program ini adalah sama ada untuk 21 hari atau 42 hari. Ia mempunyai tiga fasa iaitu, loading phase, burning phase dan maintainence phase.

Setiap individu yang berminat perlu menjalani ujian darah untuk melihat tahap kesihatan anda secara menyeluruh kerana matlamat program ini bertujuan untuk pelangsingan dan mencapai tahap kesihatan yang baik serta berkekalan.

Kesan samping rawatan

Rawatan hormon dipantau oleh doktor adalah selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan yang serius disebabkan hormon ini didapati secara semula jadi dalam badan kita.

Bagaimanapun, antara kemungkinan kesan dihadapi seperti sembelit, lapar, letih, pening, kekejangan atau hypoglycaemia yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah.

Dinasihatkan minum banyak air dan makanan tambahan untuk membantu sebarang kesan keletihan.

Adakah program ini berkesan:

Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi dan kekuatan impian anda untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Yang penting set minda untuk memilih program dan ikuti semua langkah termasuk pembuangan lemak dan detoksifikasi.

INFO: Rawatan hormon

  • Kaedah perubatan mengurangkan berat badan
  • Diperkenalkan pakar perubatan genius dari Britain, Dr Simeons.
  • Berperanan mengurangkan lemak badan dipanggil Hipothalamus.
  • Mula diperkenalkan untuk merawat golongan atasan di Britain, pada 1954.
  • Ia akan memberi memberikan 1,500 hingga 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.
  • * Pakar kecantikan

Berita Harian X