Ahad, 8 Januari 2017 | 12:13am

Sengsara gadis bersisik ular

SERENDAH: Seorang remaja perempuan, Noor Shahira Redzuan, bimbang ketiadaan cap jari tangan berikutan penyakit kulit misteri di kedua-dua telapak tangan dan kakinya, menyukarkan beliau untuk melakukan pelbagai urusan pada masa depan.

Pemegang MyKad berusia 17 tahun itu berkata, antara kesulitan yang dialaminya ialah ketika mendapat lesen memandu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), baru-baru ini, apabila permohonannya tertangguh akibat tiada cap jari normal Walaupun pembayaran kursus dan ujian komputer sudah dibuat.

Katanya, sebaliknya JPJ meminta beliau mendapatkan terlebih dahulu surat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terhadap kes unik dialaminya.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, beliau menyangka pengesahan maklumat peribadinya sudah ada dalam MyKad yang dibuat lapan tahun lalu.

Katanya, ketika itu JPN sudah mengambil cap jarinya yang hanya menunjukkan corak bintik-bintik tetapi tidak mengeluarkan surat pengesahan dirinya.

"Saya dimaklumkan proses mendapatkan surat pengesahan itu mengambil masa dua bulan namun sehingga kini sudah lebih tiga bulan, dokumen berkenaan belum siap.

JARI pesakit kulit psiriosis, Noor Shahira Redzuan ketika menerima rawatan di Hospital Serdang. - Foto Aizuddin Saad
JARI pesakit kulit psiriosis, Noor Shahira Redzuan ketika menerima rawatan di Hospital Serdang. - Foto Aizuddin Saad

TANGAN pesakit kulit psiriosis, Noor Shahira Redzuan ketika menerima rawatan di Hospital Serdang. - Foto Aizuddin Saad
TANGAN pesakit kulit psiriosis, Noor Shahira Redzuan ketika menerima rawatan di Hospital Serdang. - Foto Aizuddin Saad

"Saya pernah memohon pendaftaran sebagai orang kurang upaya (OKU) namun gagal kerana definisi OKU hanya tertakluk kepada golongan yang memiliki kecacatan jelas iaitu kudung tangan," katanya yang amat meminati motosikal kuasa tinggi kepada BH Plus ketika ditemui di Hospital Serdang.

Mengulas lanjut mengenai sejarah penyakit misterinya itu, ibu bapa gadis itu hampir putus asa berusaha mendapat penawar daripada pelbagai pakar kulit hospital kerajaan, swasta mahupun tradisional sehingga ke hari ini namun belum berhasil.

"Pelbagai pakar perubatan, uji kaji makmal dan eksperimen dijalankan. Saya sudah berhabisan puluhan ribu ringgit namun tiada satu berkesan, malah mereka gagal mengenal pasti punca.

"Saya bimbang bagaimana masa depan saya untuk berurusan di bank, bekerja, urusan pasport dan lain-lain membabitkan cap jari," katanya yang bercita-cita menjadi seorang anggota polis atau tentera selepas tamat pengajian.

Dalam pada itu, ibu kepada gadis itu, Noraini Ahmad Ismail, 52, menceritakan pengalaman pelik sebelum beberapa jam anaknya itu dilahirkan iaitu seekor ular tedung masuk ke dalam rumah.

 PESAKIT kulit psiriosis, Noor Shahira Redzuan ketika menerima rawatan di Hospital Serdang. - Foto Aizuddin Saad
PESAKIT kulit psiriosis, Noor Shahira Redzuan ketika menerima rawatan di Hospital Serdang. - Foto Aizuddin Saad

"Suami meminta bantuan bomba untuk mengeluarkan ular itu dan meminta agar jangan dicederakan, cukup dengan membebaskannya ke hutan.

"Bomba berjaya mengeluarkan ular berkenaan namun ia terjerut mati sebelum dilempar ke longkang. Beberapa jam kemudian Noor Shahira dilahirkan. Pada usianya baru tiga bulan, kulit telapak tangannya mula bersisik dan ibu jarinya menyerupai kepala ular," katanya.

Noraini berkata, beliau sudah kalis dengan pelbagai anggapan orang seperti sumpahan ular dan sebagainya namun yang penting baginya anaknya akan kembali sembuh seperti biasa.

"Saya merayu kepada mana-mana pihak yang sudi membantu agar tampil menyelesaikan masalah anak saya ini," katanya.

PAKAR Dermatologi, Dr. Kartini Farah Rahim memberi penerangan kepada ibu bapa Noor Shahira Redzuan yang mempunyai penyakit kulit Psiriosis ketika menerima rawatan di Hospital Serdang. - Foto Aizuddin Saad

INFO:

  • Noor Shahira gagal dapat lesen memandu berikutan tiada cap jari normal.
  • Sudah berhabisan puluhan ribu ringgit untuk merawat penyakit kulitnya.
  • Pernah memohon pendaftaran sebagai OKU namun gagal kerana definisi OKU hanya tertakluk kepada golongan yang memiliki kecacatan jelas.
  • Ibu bercerita seekor ular tedung masuk ke dalam rumah sebelum beberapa jam Noor Shahira dilahirkan.
ALAT mengambil sampel kulit pada tangan pesakit kulit psiriosis, Noor Shahira Redzuan ketika menerima rawatan di Hospital Serdang. - Foto Aizuddin Saad
ALAT mengambil sampel kulit pada tangan pesakit kulit psiriosis, Noor Shahira Redzuan ketika menerima rawatan di Hospital Serdang. - Foto Aizuddin Saad
PESAKIT kulit psiriosis, Noor Shahira Redzuan ketika menerima rawatan di Hospital Serdang. - Foto Aizuddin Saad
PESAKIT kulit psiriosis, Noor Shahira Redzuan ketika menerima rawatan di Hospital Serdang. - Foto Aizuddin Saad
Berita Harian X