Ahad, 11 Disember 2016 | 12:17am

Jet Ski bukan lagi sukan orang kaya

KUALA LUMPUR: Persepsi mengatakan sukan lasak jet ski sebagai 'sukan orang kaya' adalah sesuatu yang tidak tepat dan ia lebih kepada tanggapan umum semata-mata.

Lazimnya, semua anggapan itu tidak lagi sesuai jika ia berpandukan kepada kos semata-mata kerana masih banyak sukan lain yang juga memerlukan belanja besar.

Kini, P1 Marine Motorsports tampil mengetengahkan sukan itu bagi memberi peluang lebih terbuka kepada peminat sukan ini menerusi penganjuran P1 Aquax Malaysia Series 2016.

Tidak hanya sebagai platform mengetengahkan sukan jet ski, kejohanan ini adalah penganjuran sulung di benua Asia yang memperoleh pengiktirafan badan induk dunia, International Jet Sports Boating Association (IJSBA).

SUKAN jet ski kini mampu disertai semua lapisan masyarakat
SUKAN jet ski kini mampu disertai semua lapisan masyarakat

"Sebelum ini mereka (peminat) terpaksa ke luar negara jika mahu bertanding. Sebab itu kita sedaya upaya cuba anjurkan perlumbaan ini di Malaysia untuk memberikan lebih banyak ruang kepada pelumba tempatan dan negara sekitar.

"Selepas pelbagai usaha dilakukan, ia terlaksana sekali gus membolehkan pelumba jetski beraksi di negara sendiri," Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) P1 Marine Motorsports (Malaysia) Sdn Bhd, Shafique Iqbal.

Kini, Malaysia sudah menjadi pusat kepada sukan ini di rantau Asia dan sebagai permulaan, P1 Marine Motorsports menganjurkan tiga siri kejohanan termasuk pusingan akhir yang berlangsung hari ini.

"Selepas ini kami bercadang untuk mengembangkan sukan di negeri lain kerana ini bukannya sukan orang kaya. Sesiapa saja boleh mengambil bahagian. Sebenarnya, negara kita kurang didedahkan dengan sukan ini, sebab itulah timbulnya persepsi sukan ini mahal.

AKSI mengendalikan jet ski pasti menguji adrenalin
AKSI mengendalikan jet ski pasti menguji adrenalin

"Jadi dengan ada penganjuran seperti ini ia dapat membuka mata orang yang sukan ini tidak eksklusif. Kalau ikutkan kos, masih ada sukan lain yang memerlukan belanja besar," kata Shafique,

Dalam masa sama, Shafique berkata melalui penganjuran ini membuka peluang kepada penggemar sukan ini mendapatkan lesen perlumbaan yang dikendalikan pada sebelum hari perlumbaan sekali gus melayakkan mereka mengembangkan bakat ke peringkat antarabangsa.

"Ketika ini, kira-kira 7,000 pemilik jet ski berdaftar. Untuk berlumba mereka kena ada lesen. Sebelum hari pertandingan, mereka harus menyertai kelas dan latihan pengendalian jentera dan teknik kawalan yang betul.

"Ia penting bagi memastikan mereka benar-benar faham mengenai perlumbaan jet ski. Semua harus mengikut peraturan kerana ia dimasukkan dalam ranking dunia," katanya.

KETIKA ini ada kira-kira 7,000 pemilik jet ski berdaftar
KETIKA ini ada kira-kira 7,000 pemilik jet ski berdaftar

Fakta nombor:

153 negara seluruh dunia menyiarkan perlumbaan P1 Aquax Malaysia Series 2016

RM25,000 harga minimum sebuah jet ski

3 kategori dipertandingkan pada P1 Aquax Malaysia Series 2016

Info: Kedudukan keseluruhan selepas dua perlumbaan

Terbuka Aquax Spark

1. Mohd Danial Mohd Shariff - 144 mata

2. Saifullah Nazar - 134 mata

3. Raja Nazrin Shah - 125 mata

4. Megat Redza - 116 mata

5. Hussein Mohd Said - 52 mata

Kelas Aquax 300

1. Bryan Chia Wai Yuen - 102 mata

2. Mohamad Faez Mohamad Noor - 95 mata

3. Lim Hong Hao - 94 mata

4. Saifullah Nazar - 91 mata

5. Muhammad Firdaus Rosli - 72 mata

Kelas Aquax 200

1. Christopher Keasberry - 120 mata

2. Mohamed Suffian Saidi - 96 mata

3. Mohd Danial Mohd Shariff - 84 mata

4. Rosli Ghazali - 75 mata

5. Safari Shaberi - 68 mata

MOHD Danial Mohd Shariff kini mendahului kategori Terbuka Aquax Spark.
MOHD Danial Mohd Shariff kini mendahului kategori Terbuka Aquax Spark.
PELUMBA perlu mahir bagi mengelak jet ski hilang kawalan ketika bersaing
PELUMBA perlu mahir bagi mengelak jet ski hilang kawalan ketika bersaing
GINA Rhafieda antara pelumba wanita yang mengambil bahagian
GINA Rhafieda antara pelumba wanita yang mengambil bahagian
SEBELUM berlumba, semua perlu memahami peraturan dan undang-undang perlumbaan
SEBELUM berlumba, semua perlu memahami peraturan dan undang-undang perlumbaan
MOHAMAD Faez Mohamad Noor antara pelumba yang memberi cabaran dalam Kelas Aquax 300
MOHAMAD Faez Mohamad Noor antara pelumba yang memberi cabaran dalam Kelas Aquax 300
BRYAN Chia kini mendahului Kelas Aquax 300
BRYAN Chia kini mendahului Kelas Aquax 300
PELUMBA perlu mahir bagi mengelak jet ski hilang kawalan ketika bersaing
PELUMBA perlu mahir bagi mengelak jet ski hilang kawalan ketika bersaing
PELUMBA perlu mahir bagi mengelak jet ski hilang kawalan ketika bersaing
PELUMBA perlu mahir bagi mengelak jet ski hilang kawalan ketika bersaing
153 negara di seluruh dunia menyiarkan perlumbaan P1 Aquax Malaysia 2016
153 negara di seluruh dunia menyiarkan perlumbaan P1 Aquax Malaysia 2016
MALAYSIA sudah anjurkan tiga siri kejohanan tahun ini
MALAYSIA sudah anjurkan tiga siri kejohanan tahun ini
HARGA sebuah jet ski minimum RM25,000
HARGA sebuah jet ski minimum RM25,000
Berita Harian X