Ahad, 4 Disember 2016 | 12:02am

Selepas tawan Kinabalu, siswa OKU mahu merangkak ke puncak Everest

KECACATAN anggota badan, bukan penghalang kepada mahasiswa orang kurang upaya (OKU) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Azrulkhan Hasrullah Matsah, 24, bergiat aktif dalam kegiatan sukan lasak seperti mendaki gunung.

Malah, Azrulkhan atau lebih mesra dengan panggilan Adam kini memasang impian besar untuk memahat nama sebagai pendaki OKU yang berjaya menawan puncak tertinggi dunia, gunung Everest setinggi 8,848 meter dari paras laut.

Adam yang menghidap penyakit polio (cacat kedua-dua belah kaki) sejak dilahirkan kini teruja untuk menakluki Everest selepas kejayaan membanggakan merangkak untuk menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara, gunung Kinabalu, pada 25 Oktober lalu.

Kejayaan itu bukan hanya membolehkan Adam memahat namanya dalam rekod Malaysia Books of Record, malah membuktikan golongan itu juga boleh bergiat aktif dalam sukan lasak jika mendapat bimbingan yang betul sepertinya yang dibimbing Persatuan Anak Gunung Malaysia.

HALANGAN utama Adam ketika mendaki Kinabalu ialah faktor kecacatan fizikal dialaminya selain cuaca sejuk serendah tiga darjah celcius serta tiupan angin kencang yang menyukarkannya merangkak ke puncak. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli

MAHASISWA orang kurang upaya (OKU) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Azrulkhan Hasrullah Matsah. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli
MAHASISWA orang kurang upaya (OKU) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Azrulkhan Hasrullah Matsah. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli

Sebelum memulakan ekspedisi Kinabalu, Adam kerap kali menjalani pelbagai latihan intensif termasuk mendaki di Bukit Broga, Bukit Tabur, Bukit Gasing, Bukit Saga dan Bukit Kutu di Selangor.

Berkongsi detik manis menawan puncak Kinabalu, Adam mengakui bergantung kepada kekuatan tangan untuk memulakan pendakian dari Pondok Timpohon di kaki gunung hingga ke Low Peak pada ketinggian 4,095 meter.

Halangan utamanya ketika mendaki Kinabalu ialah faktor kecacatan fizikal dialaminya selain cuaca sejuk serendah tiga darjah celcius serta tiupan angin kencang yang menyukarkannya merangkak ke puncak.

"Saya mula mendaki dari Pondok Timpohon pada jam 10.30 pagi pada 22 Oktober dan tiba di tempat penginapan di Laban Rata pada 23 Oktober pada jam 3 petang. Pendakian ke puncak bermula jam 1 pagi, (25 Oktober) dan selepas tujuh jam berusaha, saya akhirnya tiba di puncak pada jam 8 pagi.

"Saya gembira kerana dapat merasai cabaran pendakian yang berbeza di Gunung Kinabalu. Berbanding cubaan pertama pada awal Januari 2016, persediaan kali ini lebih mantap dan dibantu banyak pihak yang ingin melihat keupayaan sebenar warga OKU," katanya.

ADAM mendaki gunung Kinabalu. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli
ADAM mendaki gunung Kinabalu. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli

ADAM bergantung kepada kekuatan tangan untuk mendaki gunung Kinabalu. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli
ADAM bergantung kepada kekuatan tangan untuk mendaki gunung Kinabalu. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli

Kejayaan itu juga menjadi pembakar semangat kepada dirinya untuk terus berlatih sebagai persiapan untuk menawan puncak Everest, pada masa akan datang.

Pengarah Projek Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu bersama OKU, Muhammad Ariff Baharom, turut melahirkan rasa bangga dan kagum dengan kejayaan luar biasa Adam menawan puncak Kinabalu itu.

"Saya sendiri menyaksikan kekuatan mental beliau mengatasi segala-galanya. Sukan mendaki seperti ini jika dapat dikembangkan, ia akan membantu mempromosi amalan gaya hidup sihat," katanya.

ADAM bergambar bersama rakan-rakan selepas berjaya menawan gunung Kinabalu. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli
ADAM bergambar bersama rakan-rakan selepas berjaya menawan gunung Kinabalu. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli

Profil: Azzrulkhan Hasrullah Matsah
Umur: 24 tahun
Adik beradik: Anak keempat daripada sembilan beradik.
Keistimewaan lain: Fasih lima bahasa termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Jepun dan Somalia.
Jurusan pengajian: Sarjana Muda Komunikasi Massa, UIAM
Asal: Kuching, Sarawak.

ADAM gembira kerana dapat merasai cabaran pendakian yang berbeza di Gunung Kinabalu. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli
ADAM gembira kerana dapat merasai cabaran pendakian yang berbeza di Gunung Kinabalu. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli
ADAM bergambar bersama rakan-rakan selepas berjaya menawan gunung Kinabalu. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli
ADAM bergambar bersama rakan-rakan selepas berjaya menawan gunung Kinabalu. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli
ADAM atau nama sebenarnya Azrulkhan Hasrullah terpaksa dipapah oleh salah seorang peserta ekspedisi itu selepas dipercayai mengalami keletihan melampau. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli
ADAM atau nama sebenarnya Azrulkhan Hasrullah terpaksa dipapah oleh salah seorang peserta ekspedisi itu selepas dipercayai mengalami keletihan melampau. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli
ORANG kurang upaya (OKU), Azrulkhan Hasrullah Maisah (kanan) bergambar beramai bersama pasukan pengiring OKU Mount Kinabalu Expedition V2, di Gunung Kinabalu. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli
ORANG kurang upaya (OKU), Azrulkhan Hasrullah Maisah (kanan) bergambar beramai bersama pasukan pengiring OKU Mount Kinabalu Expedition V2, di Gunung Kinabalu. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah bergambar kenangan bersama Adam atau nama sebenarnya Azrulkhan Hasrullah (kanan, depan) dan pasukan ekspedisi menawan Gunung Kinabalu. - Foto Mohd Ruzaini Zulkepli

Berita Harian X