Selasa, 29 November 2016 | 12:01am

Magis dalam beg

KETIKA mula diumumkan Warner Bros, ramai kaki wayang tidak sabar menunggu kejutan filem prekuel Harry Potter yang diberi judul Fantastic Beasts and Where to Find Them.

Apa yang menarik, kisah yang diangkat dalam karya ilham JK Rowling ini diambil daripada buku dipelajari Harry Potter serta penuntut baharu sekolah ahli sihir Hogwarts.

Berbeza dengan francais filem Harry Potter yang penuh kegelapan, karya arahan David Yates ini lebih variasi dengan mainan emosi, babak humor dan tegang yang bersilih ganti.

Walaupun dikatakan menjurus kepada penggemar berusia 13 tahun ke atas, Fantastic Beasts and Where To Find Them masih boleh ditonton kanak-kanak berikutan cerita serta makhluk ghaib yang ditonjolkan comel.

Sebagai penambah rencah pengkisahan, difahamkan Rowling turut mencipta beberapa makhluk baharu yang tidak boleh ditemui dalam buku berkenaan.

NASKHAH prekuel filem Harry Potter, Fantastic Beasts and Where To Find Them penuh kejutan. - Foto Reuters
NASKHAH prekuel filem Harry Potter, Fantastic Beasts and Where To Find Them penuh kejutan. - Foto Reuters

Ahli sihir yang ditonjolkan adalah Newt Scamander iaitu karektor yang dibawa pemenang Oscar, Eddie Redmayne. Tirai filem dibuka dengan kisah pengembaraan Scamander dari London, United Kingdom (UK) ke New York, Amerika Syarikat (AS).

Anak muda ini adalah lulusan Hogwarts dan bertugas di Kementerian Sihir di Jabatan Perlindungan Makhluk Ghaib.

Scamander sanggup ke New York demi memastikan makhluk serta haiwan terancam tidak pupus disebabkan faktor manusia serta ahli sihir.

Selit elemen realiti

Kronologi yang mengambil latar New York pada tahun 1926 itu membawa tumpuan penonton mengikuti pengembaraan pertama Scamander bersama beg ajaib berisi binatang peliharaannya.

PELAKON Ezra Miller. - Foto AP
PELAKON Ezra Miller. - Foto AP

KARYA ilham JK Rowling ini diambil daripada buku dipelajari Harry Potter serta penuntut baharu sekolah ahli sihir Hogwarts. - Foto AP
KARYA ilham JK Rowling ini diambil daripada buku dipelajari Harry Potter serta penuntut baharu sekolah ahli sihir Hogwarts. - Foto AP

Disebabkan peristiwa tercicir makhluk peliharaan di sebuah bank, Scamander dipertemukan dengan No-Maj iaitu gelaran manusia biasa tanpa kuasa atau magis yang dikenali sebagai Jacob. Scamander juga diperkenalkan dengan Queenie dan Porpentina.

Daripada situ, berlakulah kemelut yang menyebabkan pertubuhan ahli sihir New York ketakutan. Ini kerana munculnya ancaman daripada sejenis makhluk berkuasa yang dikatakan sudah dihapuskan beribu tahun lampau.

Melihat rantaian satu persatu tragedi yang digarap sepanjang filem ini, dapat disimpulkan Fantastic Beasts and Where to Find Them tidak wajar dilepaskan, begitu juga trilogi yang bakal menyusul selepas ini.

Sebenarnya, filem ini dikatakan turut menyelitkan elemen realiti peristiwa yang terjadi di AS membabitkan persidangan ahli sihir Salem.

Persidangan yang menghimpunkan ramai ahli sihir yang datang dari seluruh dunia itu dikatakan pernah dianjurkan di Massachussets pada tahun 1960-an. Ini secara tidak langsung menunjukkan golongan penuh magis bimbang keupayaan mereka diketahui masyarakat biasa.

PELAKON Colin Farrell (kiri) Eddie Redmayne dalam babak filem Fantastic Beasts and Where to Find Them. - Foto AP
PELAKON Colin Farrell (kiri) Eddie Redmayne dalam babak filem Fantastic Beasts and Where to Find Them. - Foto AP

AKTOR Eddie Redmayne dalam babak filem Fantastic Beasts and Where to Find Them. - Foto AP
AKTOR Eddie Redmayne dalam babak filem Fantastic Beasts and Where to Find Them. - Foto AP

Info

Judul: Fantastic Beasts And Where To Find Them

Genre: Pengembaraan, kekeluargaan dan fantasi

Pengarah: David Yates

Pelakon: Eddie Redmayne, Katherine Waterston, Ezra Miller, Dan Fogler, Colin Farrell, Jon Voight dan Ron Perlman

Tarikh tayangan: Mulai 17 November 2016.

PELAKON Eddie Redmayne (kiri) bersama JK Rowling. - Foto Reuters
PELAKON Eddie Redmayne (kiri) bersama JK Rowling. - Foto Reuters

Berita Harian X