Jumaat, 11 November 2016 | 12:07am

Pembalakan cemari bekalan air tandak Bukit Perangin

PADANG TERAP: Kegiatan pembalakan sekitar kawasan puncak Hutan Simpan Bukit Perangin sejak tiga bulan lalu, menyebabkan pencemaran terhadap sumber bekalan air tandak, yang dinikmati kira-kira 200 penduduk Kampung Paya Terap di sini.

Pencemaran dipercayai berlaku kerana hutan terbabit menjadi kawasan tadahan sumber air kepada kolam tandakan yang dibina penduduk. Tinjauan ke puncak Bukit Perangin bersama penduduk, perlu menempuh laluan mendaki bukit sejauh satu kilometer.

Di kawasan berhampiran kolah tandakan air yang dibina penduduk, kesan pembalakan dapat dilihat berdasarkan puluhan pokok balak ditebang walaupun hutan di situ belum digondolkan sepenuhnya.

Ketika tinjauan, pembalakan tidak berjalan, dipercayai akibat cuaca kurang baik, selain lori juga tiada di situ. Penduduk mendakwa, biasanya lori balak naik ke puncak bukit  pada waktu pagi, selain pembalakan dilakukan ketika cuaca baik. 

Kira-kira 30 meter daripada lokasi pembalakan, sebuah kolah berukuran kira-kira 30 kaki persegi dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung sejak 1980-an. Air yang dikumpul dalam kolah terbabit disalurkan menerusi paip bawah tanah ke rumah penduduk.

POKOK yang ditebang akibat pembalakan menyebabkan air menjadi kotor setiap kali hujan di hutan simpan bersebelahan sungai atas Bukit Perangin Kampung Paya Terap, Perik. - Foto Sharul Hafiz Zam

KOLAM takungan air tandak Bukit Perangin bertukar keruh setiap kali hujan menyebabkan tanah dan lumpur terperangkap pada penapis susulan pembalakan hutan simpan atas Bukit Perangin di Kampung Paya Terap, Perik. - Foto Sharul Hafiz Zam

Tinjauan mendapati, bekalan air kolah tadahan itu kelihatan keruh dipercayai akibat bercampur lumpur yang didakwa semakin pekat dan keadaan didakwa bertambah buruk setiap kali  hujan sejak pembalakan bermula di situ.

Bagi penduduk Kampung Paya Terap, pencemaran air tandak itu menimbulkan kesulitan kepada kehidupan harian kerana bekalan terbabit digunakan untuk mandi dan membasuh pakaian.

Untuk tujuan memasak dan minuman, mereka bergantung kepada bekalan air bersih dihantar Syarikat Air Darul Aman (SADA) menggunakan lori tangki ke situ setiap dua hari kerana kampung itu tidak menerima bekalan daripada paip disediakan syarikat utiliti berkenaan.

Warga tua, Zainab Jasin, 90, mendakwa sejak 40 tahun lalu, lebih 30 rumah keluarga penduduk kampung itu menggunakan air yang ditandak di puncak bukit, untuk semua urusan harian sehinggalah menerima bekalan yang dihantar SADA bagi tujuan memasak dan minuman.

TAKUNGAN air Bukit Perangin kotor setiap kali hujan menyebabkan sampah dan lumpur terperangkap dalam bekas penapis susulan pembalakan hutan simpan. Foto Sharul Hafiz Zam

PENDUDUK, Zainab Jasin, 90, menunjukan air di dalam bilik mandi yang kotor setiap kali hujan akibat daripada pembalakan yang berlaku dihutan simpan Bukit Perangin. - Foto Sharul Hafiz Zam

Katanya, susulan pencemaran kepada bekalan air kolam yang ditandak itu, beliau kini terpaksa menahan rasa gatal pada badan setiap kali mandi.

Zainab berkata, dia terpaksa menggunakan bekalan air keruh yang diterima untuk mandi namun tidak menyangka ia memberi kesan apabila seluruh badannya gatal.

"Air keruh yang ditadah dalam rumah, sering meninggalkan keladak pada dasar bekas atau baldi yang digunakan, selain mempunyai bau busuk mungkin kesan lumpur," katanya.

Penduduk, Faridah Ibrahim, 49, kesal kerana bekalan air tandak yang selama ini amat jernih  hingga boleh diminum, kini berubah sama sekali sejak pembalakan di bukit terbabit.

PENDUDUK, Faridah Ibrahim, 49. - Foto Sharul Hafiz Zam

"Air keruh ini setiap kali digunakan untuk mandi akan menyebabkan rambut terasa keras ekoran kesan mendapan lumpur yang dibawa sama.

"Sayang sekali, keindahan alam semula jadi yang dinikmati penduduk sejak puluhan tahun lalu kini musnah akibat pembalakan. Kami berharap sebarang aktiviti di kawasan bukit ini dipastikan tidak mencemar alam sekitar," katanya.

Petani, Romli Mat Zain, 60, berkata bekalan air dari bukit terbabit menjadi keruh, malah bertambah teruk setiap kali hujan.

PENDUDUK, Romli Mat Zain, 60, menunjukan air di dalam bekas simpanan yang dibekalkan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) apabila setiap kali air kotor kesan daripada pembalakan yang berlaku dihutan simpan Bukit Perangin. Lebih 40 buah rumah menerima bekalan punca air sejak sekian lama di sungai atas Bukit Perangin Kampung Paya Terap, Perik. - Foto Sharul Hafiz Zam

Katanya, susulan pencemaran air bukit terbabit, seluruh ahli keluarganya kini bergantung sepenuhnya kepada bekalan air daripada SADA yang dihantar secara dimasukkan ke dalam tong yang ditempatkan hadapan rumah setiap penduduk di situ.

INFO
# Kampung Paya Terap adalah sebuah kampung rangkaian
# Terletak berhampiran dengan Kampung Perik
# SADA hantar 2 tangki setiap 2 hari untuk bekalan penduduk .

AIR yang kotor bekalan dari sungai atas Bukit Perangin di rumah salah seorang penduduk di Kampung Paya Terap, Perik. - Foto Amran Hamid

WAN Fatimah Megat Yaakob, 53, terpaksa mengunakan air dari sungai atas Bukit Perangin di rumahnya di Kampung Paya Terap, Perik untuk kegunaan harian. - Foto Amran Hamid

WAN Fatimah Megat Yaakob , 53, memasak dengan mengunakan air dari sungai atas Bukit Perangin di rumahnya di Kampung Paya Terap, Perik. - Foto Amran Hamid

YAAKOB Jusoh, 63, menunjukkan air bekalan dari sungai atas Bukit Perangin yang kotor di rumahnya di Kampung Paya Terap, Perik. - Foto Amran Hamid

YAAKOB Jusoh, 63, menunjukkan paip yang digunakan untuk menyalur air bekalan dari sungai atas Bukit Perangin di rumahnya di Kampung Paya Terap, Perik. - Foto Amran Hamid

YAAKOB Jusoh, 63, menunjukkan air di dalam bekas simpanan yang dibekalkan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) di rumahnya di Kampung Paya Terap, Perik. - Foto Amran Hamid

FARIDAH Ibrahim terpaksa mengunakan air mineral selepas bekalan dari sungai atas Bukit Perangin yang kotor di rumahnya di Kampung Paya Terap, Perik. - Foto Amran Hamid

MOHD Shahirul Azril Mat Shohor menunjukkan air kotor yang disalurkan dari bekalan paip yang dibina penduduk dari sungai atas Bukit Perangin dipercayai kesan pembalakan di rumahnya di Kampung Paya Terap, Perik. - Foto Amran Hamid

MOHD Shahirul Azril Mat Shohor menunjukkan air kotor yang disalurkan terus dari paip yang dibuat penduduk dari sungai atas Bukit Perangin di rumahnya di Kampung Paya Terap, Perik. - Foto Amran Hamid

YAAKOB Jusoh, 63, (kiri) dibantu rakannya, Zulkifli Ibrahim,53, membetulkan paip air bekalan dari sungai atas Bukit Perangin di rumahnya di Kampung Paya Terap, Perik. - Foto Amran Hamid

ZULKIFLI Ibrahim, 53, membetulkan mesin mengepam air dari telaga di rumahnya di Kampung Paya Terap, Perik. - Foto Amran Hamid

AIR sungai Perik yang kotor akibat pembalakan yang berlaku di hutan simpan Kampung Paya Terap, Perik. - Foto Sharul Hafiz Zam

KESAN kotoran dalam penapis takungan air tandak perlu dicuci oleh penduduk setiap kali hujan kerana sampah dan lumpur terperangkap di situ sejak pembalakan hutan simpan atas Bukit Perangin Kampung Paya Terap, Perik. - Foto Sharul Hafiz Zam

PENDUDUK, Romli Mat Zain, 60, mencuci kesan kotoran dalam penapis takungan air tandak Bukit Perangin. Foto Sharul Hafiz Zam

PENDUDUK, Zainab Jasin, 90. - Foto Sharul Hafiz Zam

PENDUDUK, Romli Mat Zain, 60. - Foto Sharul Hafiz Zam

Berita Harian X