Selasa, 25 Oktober 2016 | 12:18am

Sesi gim bersama bayi, rangsang perkembangan si kecil

MELIHAT keletah si manja yang berusia dua tahun ke bawah lincah bergerak, melompat dan cuba untuk berjalan sememangnya menghiburkan.

Itulah senario dapat dilihat sepanjang sesi percubaan kelas fizikal ditawarkan, khusus untuk ibu bapa dan bayi menghabiskan masa bersama.

Padat dengan aktiviti bermain secara aktif, sesi percubaan ditawarkan The Little Gym Malaysia terletak di The Strand Mall, Kota Damansara ternyata memberikan pengalaman menarik untuk si kecil belajar secara tidak rasmi.

Selain memberikan tumpuan khusus terhadap aktiviti menggunakan fizikal, anak kecil juga dilatih untuk membina intelek dan menggalakkan pertumbuhan motor serta menajamkan deria manakala ibu bapa bersosial dengan kehadiran anak.

SCOTT (kiri) melatih peserta The Little Gym.. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
SCOTT (kiri) melatih peserta The Little Gym.. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

ANTARA peserta yang mengikuti bengkel latihan aktiviti fizikal kanak-kanak yang diadakan di The Little Gym.. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
ANTARA peserta yang mengikuti bengkel latihan aktiviti fizikal kanak-kanak yang diadakan di The Little Gym.. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Bermain penting

Pengarah Operasi, The Little Gym Malaysia, Scott Bernstein yang juga pakar kanak-kanak berkata, permainan fizikal bukan sekadar untuk berseronok tetapi berperanan penting dalam membantu perkembangan kognitif anak bermula seawal usia beberapa bulan.

Katanya, ia juga menghiburkan dan boleh membantu anak menyalurkan tenaganya secara sihat serta mampu membina perkembangan mental yang positif.

"Memahami keperluan ibu bapa memberikan permainan yang dapat membantu perkembangan fizikal dan mental anak mereka, kami membawakan beberapa latihan permainan menarik dan bermanfaat untuk anak.

"Antaranya adalah sesi latihan fizikal interaktif, termasuk pergerakan melompat, berguling, berjalan dan menari," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

ANTARA para peserta yang mengikuti bengkel latihan aktiviti fizikal kanak-kanak yang diadakan di The Little Gym Malaysia. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
ANTARA para peserta yang mengikuti bengkel latihan aktiviti fizikal kanak-kanak yang diadakan di The Little Gym Malaysia. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

PENGARAH Operasi Little Gym Expert, Mr Scott Bernstein berkongsi tentang kepentingan perkembangan fizikal kanak-kanak pada bengkel latihan aktiviti fizikal kanak-kanak yang diadakan di The Little Gym Malaysia,The Strand Mall, Kota Damansara. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Rangsang perkembangan anak

Katanya, pada peringkat anak awal usia, penting untuk ibu bapa merangsang perkembangan fizikal membabitkan perkembangan motor dan merangkumi kemahiran koordinasi otot.

Katanya, perkembangan fizikal pada peringkat bayi juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran.

"Perkembangan paling penting ialah selepas kelahiran dan sehinggalah umur bayi menjangkau setahun. Pada waktu inilah bayi akan mula mengalami pelbagai perubahan dan perlu diberi perhatian.

"Perkembangan bayi terbahagi kepada empat aspek utama iaitu pertama perkembangan kasar, pergerakan halus, pertuturan dan sosial," katanya.

ANTARA peserta yang mengikuti bengkel latihan aktiviti fizikal kanak-kanak yang diadakan di The Little Gym.. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
ANTARA peserta yang mengikuti bengkel latihan aktiviti fizikal kanak-kanak yang diadakan di The Little Gym.. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

PESERTA yang mengikuti bengkel latihan aktiviti fizikal. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
PESERTA yang mengikuti bengkel latihan aktiviti fizikal. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Perkembangan fizikal bayi

Bernstein berkata, rangsangan dan stimulasi seperti aktiviti senaman fizikal bersesuaian dengan usia bayi serta penting demi untuk pencapaian perkembangan terbaik.

Katanya, dari tempoh awal kelahiran hingga mencecah enam bulan, perkembangan otot bayi bermula dari atas iaitu kepala dan ke bawah dan ketika itu otot leher bayi akan berkembang.

"Kemudian, bayi akan belajar mengendalikan tubuh badan dan akhirnya ke otot kaki. Perkembangan fizikal bayi pada selang tiga bulan akan tamat.

"Perkembangan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus," katanya.

Katanya, kemahiran motor kasar ialah keupayaan bayi mengawal bahagian anggota mereka menggunakan otot kasar dan kemahiran motor halus merujuk kepada koordinasi bayi membabitkan perbezaan bahagian anggota badan lain seperti mengangkat, mengambil objek dengan jari seperti memegang sudu dan sebagainya.

Justeru, ibu bapa perlu berperanan utama dalam aktiviti rangsangan, terutama sekali dengan menyediakan persekitaran dan permainan sesuai serta selamat.

"Teknik stimulasi awal bayi banyak bergantung kepada pengetahuan ibu bapa mengenai perkembangan awal bayi.

"Keputusan sesetengah ibu bapa untuk membiarkan tumbesaran dan perkembangan bayi berlaku sendiri tanpa sebarang rangsangan dan dorongan bukan tindakan tepat," katanya.

ADA pelbagai kemudahan untuk peserta yang mengikuti bengkel latihan aktiviti fizikal. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
ADA pelbagai kemudahan untuk peserta yang mengikuti bengkel latihan aktiviti fizikal. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

ANTARA peserta yang mengikuti bengkel latihan aktiviti fizikal kanak-kanak. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
ANTARA peserta yang mengikuti bengkel latihan aktiviti fizikal kanak-kanak. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Usia tiga bulan

Katanya, perkembangan normal untuk bayi ketika mereka berusia tiga bulan adalah dari aspek pergerakan kasar apabila mereka mula menggerakkan tangan dan kaki secara aktif.

Bernstein berkata, bayi juga mula bertindak balas dengan rangsangan fizikal seperti memusingkan kepala kiri dan kanan dan seterusnya melakukan pergerakan seperti meniarap.

"Aktiviti fizikal dan bermain yang mudah seperti berguling, membuai dan bertatih, duduk dan berdiri sambil berpegangan tangan antara cara rangsangan dan stimulasi efektif buat bayi anda.

"Ini kerana, bayi berusia tiga hingga enam bulan sudah semakin bijak dan dari aspek pergerakan kasar mereka dapat mengawal kepala supaya tegak, mengampu badan bila diletakkan berdiri dan mula meniarap.

"Dari segi aspek pergerakan halus, pada ketika ini bayi mula menunjukkan tindak balas terhadap sesuatu yang dilihatnya," katanya.

SCOTT (kanan) berkongsi tentang kepentingan perkembangan fizikal kanak-kanak. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
SCOTT (kanan) berkongsi tentang kepentingan perkembangan fizikal kanak-kanak. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

SCOTT (kiri) berkongsi tentang kepentingan perkembangan fizikal kanak-kanak. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
SCOTT (kiri) berkongsi tentang kepentingan perkembangan fizikal kanak-kanak. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Teruja dengan perkembangan anak

Seronok dan teruja melihat perkembangan cepat fizikal dan kognitif pada anak. Justeru, ada ibu bapa yang tidak kisah meluangkan masa lebih lama di The Little Gym Malaysia.

Bagi peserta program, R Lalitha, 31, berkata penerokaan di awal usia banyak membantu perkembangan anak perempuan sulungnya, Y Ashtalakshmi, tujuh bulan dengan lebih cepat.

Katanya, sebagai ibu dirinya mahu melihat anaknya membesar dengan aktif dan sihat secara semula jadi, di samping perkembangan normal seperti bayi lain.

"Saya percaya aktiviti fizikal dan bermain dapat merangsang perkembangan holistik anak perempuan saya dan sebagai ibu pengalaman penerokaan bersamanya menjadi detik indah untuk dinikmati.

"Peringkat awal usia inilah detik penting untuk merangsang perkembangan fizikalnya dari pelbagai aspek terutamanya kongnitif, stimulasi dan deria rasa," katanya.

SCOTT (kiri) berkongsi tentang kepentingan perkembangan fizikal kanak-kanak. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
SCOTT (kiri) berkongsi tentang kepentingan perkembangan fizikal kanak-kanak. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Gemar aktiviti luar

Sementara itu, bagi Yeong Yze Shiuan, 30, beliau sudah mula mendedahkan anak lelaki sulungnya, Tytus Tan Cheng Ean, enam bulan dengan aktiviti beriadah kerana yakin ia dapat membantu mempercepatkan proses perkembangan fizikal dan kognitif anaknya.

"Saya dan suami memang gemarkan aktiviti luar dan mahu anak kami untuk menikmati pembesaran dan perkembangan diri secara semula jadi.

"Latihan dan aktiviti fizikal yang membentuk rangsangan dapat membantu mempercepatkan pergerakan kasar dan bertindak balas dengan keadaan sekeliling," katanya.

SCOTT Bernstein berkongsi tentang kepentingan perkembangan fizikal kanak-kanak pada bengkel latihan aktiviti fizikal kanak-kanak yang diadakan di The Little Gym Malaysia,The Strand Mall, Kota Damansara. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Info:

Aktiviti sesuai untuk bayi;

  • Aktiviti psikomotor (satu hari hingga enam bulan)

    Mulakan senaman otot seperti mengurut, meluruskan dan menggerakkan jari bayi.

  • Bermain merangkak dan merayap (tiga bulan).

    Baringkan bayi dengan posisi telentang dan biarkan bayi anda menggerakkan anggota tubuhnya.

    Kaedah ini dapat melatih seluruh otot dan gerakkan bayi.

  • Bermain ayun kaki ibu (empat bulan ke atas)

    Ibu baring secara telentang dan biarkan bayi berbaring di atas dada. Angkat bayi dan lutut ibu menjadi tempat sandar bayi.

    Ini bertujuan untuk melatih kemampuan menjaga keseimbangan serta mengukuhkan seluruh otot dan kekuatan kaki dan tangan.

SCOTT (kanan) berkongsi tentang kepentingan perkembangan fizikal kanak-kanak pada bengkel latihan aktiviti fizikal kanak-kanak yang diadakan di The Little Gym. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
SCOTT (kanan) berkongsi tentang kepentingan perkembangan fizikal kanak-kanak pada bengkel latihan aktiviti fizikal kanak-kanak yang diadakan di The Little Gym. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Berita Harian X