Jumaat, 30 September 2016 | 12:09am
MASJID Perodua akan diserahkan kepada Wakaf Selangor untuk ditadbir secara bersama antara Perodua dan Wakaf Selangor di bawah pemantauan JAIS. - Foto Zunnur Al Shafiq
MASJID Perodua akan diserahkan kepada Wakaf Selangor untuk ditadbir secara bersama antara Perodua dan Wakaf Selangor di bawah pemantauan JAIS. - Foto Zunnur Al Shafiq
TANDAS di Masjid Perodua. - Foto Zunnur Al Shafiq
TANDAS di Masjid Perodua. - Foto Zunnur Al Shafiq
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh (dua dari kiri) menyaksikan penyerahan pengurusan Masjid Perodua dari Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim (dua dari kanan) kepada Pengerusi Badan Agama Islam Perodua (BAIP), Noor Hashiman Sulaiman (tiga dari kiri) pada majlis penyerahan Masjid Perodua, Rawang, 5 Ogos lalu. - Foto Asyraf Hamzah

MAJLIS korban di Masjid Perodua pada Aidiladha baru-baru ini. - Sumber Facebook Masjid Perodua Sg.Choh
MAJLIS korban di Masjid Perodua pada Aidiladha baru-baru ini. - Sumber Facebook Masjid Perodua Sg.Choh

Khutbah CEO catat sejarah Masjid Perodua

DIAPIT oleh ibu pejabat Perodua dan dua taman perumahan, Masjid Perodua Sungai Choh di Rawang, Selangor, menjadi mercu tanda kebanggaan syarikat pengeluar kedua kereta negara, kakitangan serta ahli kariah di kawasan berhampiran.

Terbina di atas tanah seluas sembilan ekar, masjid dengan reka bentuk huruf 'P' terbaring seperti emblem Perodua dan simbolik orang sedang bersujud itu dikelilingi kawasan parkir, gerai makan, Pusat Pembangunan Kanak-kanak Perodua (taska) dan kawasan hijau.

Mula dibina pada 2014, masjid yang menelan belanja RM20 juta termasuk kelengkapan peralatan dan kemudahan asas itu mendapat kebenaran untuk diguna secara rasmi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pada 5 Ogos lalu.

Sempena pembukaannya pada hari Jumaat, majlis bersejarah itu menjadi lebih bermakna apabila khutbah solat Jumaat telah disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh.

MASJID Perodua Sungai Choh di Rawang, Selangor. - Foto Zunnur Al Shafiq
MASJID Perodua Sungai Choh di Rawang, Selangor. - Foto Zunnur Al Shafiq

MASJID Perodua mempunyai reka bentuk huruf 'P' terbaring seperti emblem Perodua dan simbolik orang sedang bersujud. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
MASJID Perodua mempunyai reka bentuk huruf 'P' terbaring seperti emblem Perodua dan simbolik orang sedang bersujud. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

CEO baca khutbah

Berkongsi pengalaman itu, Aminar berkata, ia adalah cadangan daripada JAIS dan beliau menerima saranan itu untuk memberi satu suntikan motivasi kepada jemaah yang majoritinya terdiri daripada kakitangan Perodua.

"Saya biasa menyampaikan ceramah tetapi tidak pernah membaca khutbah. Alhamdulillah, ia pengalaman baru dan diharap dapat menjadi contoh yang baik kepada yang lain," katanya pada pertemuan di Masjid Perodua, baru-baru ini.

Beliau berkata, pembinaan masjid berkenaan adalah sebahagian daripada komponen keprihatinan pihak pengurusan terhadap kakitangan syarikat dan masyarakat setempat. Pada masa sama, ia juga untuk melancarkan operasi serta mengurangkan kes kemalangan membabitkan kakitangan Perodua.

Ini kerana sebelum adanya masjid berkenaan, kakitangan Perodua perlu keluar ke masjid sekitar kawasan Rawang untuk menunaikan solat Jumaat, manakala keadaan trafik yang tidak menentu menyebabkan ada yang lewat kembali bertugas dan ini mengganggu kelancaran operasi.

Aminar berkata, hikmah daripada pembinaan Masjid Perodua, masalah membabitkan jadual operasi berjaya diatasi begitu juga kes kakitangan terbabit kemalangan ketika keluar untuk menunaikan solat Jumaat dapat dikurangkan.

TEMPAT mengambil wuduk di Masjid Perodua. - Foto Zunnur Al Shafiq
TEMPAT mengambil wuduk di Masjid Perodua. - Foto Zunnur Al Shafiq

PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berucap pada majlis penyerahan Masjid Perodua, Rawang, 5 Ogos lalu. - Foto Asyraf Hamzah
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berucap pada majlis penyerahan Masjid Perodua, Rawang, 5 Ogos lalu. - Foto Asyraf Hamzah

PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh menyampaikan khutbah pada solat Jumaat pertama diadakan di Masjid Perodua, Sungai Choh, Rawang. - Foto Ihsan pembaca
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh menyampaikan khutbah pada solat Jumaat pertama diadakan di Masjid Perodua, Sungai Choh, Rawang. - Foto Ihsan pembaca

HIASAN dalaman Masjid Perodua Sungai Choh. - Foto Zunnur Al Shafiq
HIASAN dalaman Masjid Perodua Sungai Choh. - Foto Zunnur Al Shafiq

LAKARAN Masjid Perodua Sungai Choh. - Sumber Facebook Masjid Perodua Sg.Choh
LAKARAN Masjid Perodua Sungai Choh. - Sumber Facebook Masjid Perodua Sg.Choh

Jadi masjid wakaf

Berada di bawah pengurusan Perodua sehingga awal tahun hadapan, Masjid Perodua akan diserahkan kepada Wakaf Selangor untuk ditadbir secara bersama antara Perodua dan Wakaf Selangor di bawah pemantauan JAIS.

Buat masa ini, masjid berkenaan diuruskan oleh Jawatankuasa Penaja yang dianggotai kakitangan Perodua.

Masjid itu kini mempunyai tiga imam, dua bilal dan tiga siak yang turut membantu penganjuran kelas pengajian, majlis ta'lim, kursus serta pelbagai program anjuran pihak masjid.

Pengurusan Perodua menyediakan bas untuk kakitangan ke masjid pada hari Jumaat. Masjid berkenaan turut menyediakan kemudahan untuk orang ramai yang ingin mengadakan majlis pernikahan serta bilik pengurusan jenazah sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah.

Pada Aidiladha baru-baru ini, Masjid Perodua turut mengadakan majlis korban oleh kakitangan Perodua. Sebanyak lima lembu dan seekor kambing disembelih dan dagingnya diagih-agihkan mengikut ketetapan syarak.

TEMPAT mengambil wuduk di Masjid Perodua. - Foto Zunnur Al Shafiq
TEMPAT mengambil wuduk di Masjid Perodua. - Foto Zunnur Al Shafiq

FAKTA NOMBOR

# 4 ekar keluasan tanah Masjid Perodua

# 2.7 ekar menempatkan Pusat Pembangunan Kanak-kanak Perodua

# 1,500 jemaah pada satu-satu masa di ruang solat utama.

INFO: Masjid Perodua Sungai Choh, Rawang

* Mula dibina pada 2014, Masjid Perodua sepatutnya siap pada 2015 tetapi hanya siap sepenuhnya pada Ogos 2016 disebabkan rombakan reka bentuk dan masalah dengan pihak kontraktor.

* Mendapat kebenaran digunakan daripada JAIS untuk solat Jumaat yang pertama pada 5 Ogos 2016 dan sehingga kini sudah tujuh kali solat Jumaat dilaksanakan.

* Masjid berkenaan boleh memuatkan 3,000 jemaah pada satu-satu masa, 1,500 di ruang solat utama dan selebihnya di kawasan sekeliling serta ruang di tingkat dua masjid.

* Kemudahan disediakan termasuk dua bilik kuliah, dewan khas, bilik pengurusan jenazah dan empat gerai.

Berita Harian X