Khamis, 1 September 2016 | 12:04am
PENGUNJUNG melihat hasil karya Pangrok Sulap yang dipamerkan di Festival Hidupan Liar Rhythms of Borneo (ROR) di Sandakan. - Foto Poliana Ronnie Sidom
PENGUNJUNG melihat hasil karya Pangrok Sulap yang dipamerkan di Festival Hidupan Liar Rhythms of Borneo (ROR) di Sandakan. - Foto Poliana Ronnie Sidom
ANTARA hasil karya Pangrok Sulap. - Foto Poliana Ronnie Sidom
ANTARA hasil karya Pangrok Sulap. - Foto Poliana Ronnie Sidom
ANTARA hasil karya Pangrok Sulap. - Foto Poliana Ronnie Sidom
ANTARA hasil karya Pangrok Sulap. - Foto Poliana Ronnie Sidom
PERALATAN yang digunakan bagi mengukir papan sisa habuk kayu. - Foto Poliana Ronnie Sidom
PERALATAN yang digunakan bagi mengukir papan sisa habuk kayu. - Foto Poliana Ronnie Sidom
AHLI kumpulan Pangrok Sulap mengecat dakwat pada papan sisa habuk kayu sebelum dicetak pada kain. - Foto Poliana Ronnie Sidom

Pangrok Sulap empat kali buat bengkel cetak kain di Universiti Seikei

SANDAKAN: Tidak mensia-siakan bakat, lapan anak muda tampil dengan cara berbeza untuk menzahirkan karya mereka dengan mengukir papan sisa habuk kayu untuk dicetak pada kain.

Cara unik itu digunakan anak muda terbabit yang menggelar kumpulan mereka 'Pangrok Sulap' sejak enam tahun lalu untuk memperlihatkan bakat mereka dan sebagai sumber pencarian.

Berbeza dengan kaedah mencetak yang biasa digunakan iaitu teknik 'silk screen', kaedah digunakan kumpulan itu menggunakan papan sisa habuk kayu yang dilakar terlebih dulu menggunakan pensil dengan tulisan secara terbalik dari kiri ke kanan sebelum diukir dengan pisau kecil.

Selepas itu, lakaran itu disapu dakwat sebelum boleh dicetak di atas kain untuk menjadikannya baju, beg, poster atau dicetak pada buku, dengan proses daripada melakar hingga mencetak biasanya antara 30 minit hingga sejam.

Rizo Leong, 32, ketika ditemui BH di Festival Hidupan Liar Borneo Rhythms of Rimba (ROR) baru-baru ini berkata, mereka belajar menggunakan kaedah itu daripada pengkarya jalanan dari Indonesia sebelum mendapat ilham untuk menubuhkan kumpulan 'Pangrok Sulap' pada 2010 untuk menghasilkan karya secara kolektif dengan hasil jualan diperolehi digunakan untuk membuat kerja amal.

RIZO Leong tekun menyiapkan ukiran pada papan sisa habuk kayu. - Foto Poliana Ronnie Sidom
RIZO Leong tekun menyiapkan ukiran pada papan sisa habuk kayu. - Foto Poliana Ronnie Sidom

MENGUKIR di atas papan sisa habuk kayu memerlukan ketelitian pengukir. - Foto Poliana Ronnie Sidom
MENGUKIR di atas papan sisa habuk kayu memerlukan ketelitian pengukir. - Foto Poliana Ronnie Sidom

Katanya, teknik digunakan kumpulan itu membezakan dengan pengkarya lain di negeri ini, sekali gus menarik perhatian pelbagai pihak termasuk dari Universiti Seikei di Tokyo, Jepun yang sudah empat kali mengundang wakil daripada kumpulannya untuk membuat bengkel di universiti berkenaan.

"Karya yang dihasilkan menggunakan cetakan ukiran kayu belum cukup dikenali di Sabah. Mungkin ada segelintir individu yang melakukannya, namun tidak menonjol.

"Tujuan 'Pangrok Sulap' menghasilkan karya sebegini bukan semata-mata untuk mendapatkan wang, sebaliknya kami mahu beri inspirasi kepada anak muda khususnya daripada pedalaman Sabah yang minat kepada seni untuk berkarya, menjana pendapatan dan dalam masa sama menyampaikan mesej berkaitan pelbagai isu sosial, budaya dan sebagainya.

"Selain mengajar anak muda menerusi festival, kami adakan bengkel di kampung-kampung untuk ajar mereka menghasilkan cetakan," katanya.

Nama kumpulan 'Pangrok Sulap' dengan 'pangrok' iaitu genre muzik, manakala 'sulap' iaitu pondok dalam bahasa Dusun, diambil sempena latar belakang ahli kumpulan berkenaan yang sebahagian besar berasal dari kampung pedalaman di Sabah termasuk Ranau dan Keningau.

Rizo berkata, usaha dilakukan kumpulan itu turut mendapat perhatian Balai Seni Visual Negara yang menjemput kumpulan mengajar pelajar membuat ukiran dengan hasilnya, sebuah lagi kumpulan membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru di Sentul, Kuala Lumpur diwujudkan dengan gelaran 'Pangrok Sulap Junior'.

AHLI kumpulan Pangrok Sulap menunjukkan hasil karya mereka yang sudah dicetak pada baju. - Foto Poliana Ronnie Sidom
AHLI kumpulan Pangrok Sulap menunjukkan hasil karya mereka yang sudah dicetak pada baju. - Foto Poliana Ronnie Sidom

ANTARA hasil karya Pangrok Sulap. - Foto Poliana Ronnie Sidom
ANTARA hasil karya Pangrok Sulap. - Foto Poliana Ronnie Sidom

Selain itu, kami juga dipanggil beberapa persatuan untuk mengajar kaedah mencetak ini kepada anak-anak gelandangan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur bagi membolehkan mereka memperolehi wang.

"Apa yang kami tahu, daripada aktiviti itu sekarang pelajar dan anak gelandangan boleh dapat wang poket sendiri hasil jualan karya dan ini memberi kepuasan kepada kami kerana dapat menyumbang kepada masyarakat.

"Hasrat kami adalah membantu anak muda untuk bergiat dalam seni dan berdikari mencari pendapatan sendiri tanpa mengharapkan bantuan mana-mana pihak seperti mana kumpulan kami bergerak dengan dana sendiri selama ini," katanya.

Rakan Rizo, Jerome Manjat, 32, dari Kampung Muruk Ranau, berkata kaedah yang digunakan kumpulan itu kurang dikenali di negeri ini dengan sebahagian besar pengukir di Sabah lebih tertumpu kepada seni ukiran pada barang perhiasan atau dinding.

"Amat kurang yang membuat ukiran seperti kami mungkin kerana tiada pendedahan dengan kami sendiri pada awalnya cuma belajar menerusi You Tube.

"Mungkin sumbangan kami tidak cukup besar, namun dapat beri inspirasi kepada orang muda untuk mencuba sesuatu yang baru," katanya.

Selain menerusi festival, kumpulan 'Pangrok Sulap' juga mempamerkan hasil karya mereka di Pusat Seni di Tamparuli yang dikendalikan Persatuan Warisan Budaya dan Seni Tamparuli.

JEROME Manjat menunjukkan papan sisa habuk kayu yang sudah siap diukir dan dicat dengan dakwat. - Foto Poliana Ronnie Sidom
JEROME Manjat menunjukkan papan sisa habuk kayu yang sudah siap diukir dan dicat dengan dakwat. - Foto Poliana Ronnie Sidom

LAPAN anak seni yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Pangrok Sulap'. - Foto Poliana Ronnie Sidom
LAPAN anak seni yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Pangrok Sulap'. - Foto Poliana Ronnie Sidom

INFO: Kumpulan Pangrok Sulap

  • Terdiri daripada anak muda dari Sabah yang minat terhadap seni
  • Ditubuhkan sejak 2010
  • Tiada jumlah ahli tetap
  • Bertujuan menggabungkan anak muda yang minat terhadap seni dan menyumbang kepada masyarakat
  • Pada awalnya menggunakan nama kumpulan V For Volunteer
  • Lapan ahli memberi komitmen sepenuhnya terhadap Pangrok Sulap berusia antara 25 hingga 34 tahun
Berita Harian X