Jumaat, 26 Ogos 2016 | 12:03am
IZZATUL memasukkan biskut ke dalam ketuhar. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
IZZATUL memasukkan biskut ke dalam ketuhar. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
ANTARA corak kek yang dihasilkan Izzatul. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
ANTARA corak kek yang dihasilkan Izzatul. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
IZZATUL menunjukkan mesin serta peralatan yang digunakan bagi membuat biskut dan kek. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
IZZATUL menunjukkan mesin serta peralatan yang digunakan bagi membuat biskut dan kek. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
IZZATUL sedang menghasilkan biskut Semperit Cheese. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
IZZATUL sedang menghasilkan biskut Semperit Cheese. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
ANTARA biskut yang mendapat permintaan tinggi pelanggan, Samperit Cheese, Vanilla Chocolate Chip, Natural Nestum, Celebre Sand, Green Pea, dan Chocolate Chip Cookies. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Tinggalkan pengajian sarjana demi biskut dan kek

KUALA KANGSAR: Meskipun disindir dan dipandang sinis sesetengah pihak yang tidak memahami, seorang jurutera elektrik nekad meninggalkan pengajian peringkat Sarjana, semata-mata menguruskan perniagaan biskut serta kek yang diminatinya.

Graduan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka, Izzatul Nabilah Omar, asalnya menghasilkan kek dan biskut sekadar 'suka-suka' ketika belajar di peringkat matrikulasi, sebelum dijadikan pendapatan sampingan selepas tamat pengajian sejak 2010.

Berkongsi pengalamannya, Izzatul Nabilah, 28, berkata ketika bertugas sebagai jurutera sebuah syarikat di Shah Alam selepas tamat pengajian, beliau menghasilkan kek dan biskut secara sendirian di rumah sewa yang dikongsi bersama lima rakan.

"Namun, selepas setahun makan gaji, saya mengambil keputusan berhenti mulai akhir 2012, ekoran ekonomi syarikat yang tidak stabil. Masa sama, saya menyambung pengajian ke peringkat Sarjana secara separuh masa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dalam bidang pentadbiran perniagaan.

"Namun, pengajian saya terhenti selepas dua semester kerana ingin memberi tumpuan kepada perniagaan kek yang dijalankan," katanya ketika ditemui BH di premis niaganya di Kampung Temong, Enggor, dekat sini.

IZZATUL Nabila Omar, 28 menunjukkan biskut yang menjadi permintaan utama pelanggannya, Samperit Cheese. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
IZZATUL Nabila Omar, 28 menunjukkan biskut yang menjadi permintaan utama pelanggannya, Samperit Cheese. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

ANTARA corak kek yang dihasilkan Izzatul. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
ANTARA corak kek yang dihasilkan Izzatul. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Keputusan beliau itu turut mendapat dorongan penuh ibu bapa, keluarga dan saudara-mara, termasuk turut menyumbang modal permulaan mencapai RM100,000 bagi membina premis dan membeli kelengkapan.

Tanpa pendidikan formal bidang pembuatan kek dan pastri, Izzatul belajar daripada ibunya yang juga seorang guru, sebelum mengorak langkah menghasil serta memasarkan biskut atas jenama sendiri 'Butter Vanilla' yang lebih mudah diingati, berbanding nama sebelumnya, 'Izzas Secrecy'.

Beliau mempelbagaikan penghasilan biskut berasaskan ramuan seperti Samperit Cheese, Vanilla Chocolate Chip, Natural Nestum, Celebre Sand, Green Pea, dan Chocolate Chip Cookies.

ANTARA corak kek yang dihasilkan Izzatul. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
ANTARA corak kek yang dihasilkan Izzatul. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

ANTARA corak kek yang dihasilkan Izzatul. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
ANTARA corak kek yang dihasilkan Izzatul. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Masa sama, Izzatul mengakui perniagaan kek sukar dikembangkan berikutan sifat produk itu yang tidak tahan lama apabila terdedah kepada udara, selain transaksi jualan hanya boleh dilakukan secara pembayaran ketika hantaran dilakukan (COD).

Keadaan itu berbeza dengan biskut kerana lebih mudah dipasarkan ke tempat lebih jauh, memandangkan dapat diisi ke dalam bekas serta dibawa dalam jumlah yang banyak.

Namun, Izzatul tetap menerima tempahan kek selagi pelanggan yang menempah itu akan mengambil sendiri dari premisnya atau permintaan dari sekitar Kuala Kangsar.

PREMIS Izzatul Nabila Omar dalam penghasilan biskut jenama Butter & Vanilla. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
PREMIS Izzatul Nabila Omar dalam penghasilan biskut jenama Butter & Vanilla. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

FAKTA:

# 1,000 balang biskut dijual sebulan terutama ketika musim perayaan

# 30 keping biskut RM15 sebalang

# 50 keping biskut RM25 sebalang

# 3 pekerja penuhi permintaan musim perayaan.

Berita Harian X