Isnin, 22 Ogos 2016 | 12:07am
Muhamad Nazrul (dua dari kiri) bersama kakitangan berbincang persediaan tempahan pelanggan. - Foto Ghazali Kori
Muhamad Nazrul (dua dari kiri) bersama kakitangan berbincang persediaan tempahan pelanggan. - Foto Ghazali Kori
PENGASAS Nas Great Idea, Muhamad Nazrul Nazaruddin (kiri) bersama kakitangan membuat persediaan tempahan baju pengantin di kedainya, Wangsa Maju. - Foto Ghazali Kori
PENGASAS Nas Great Idea, Muhamad Nazrul Nazaruddin (kiri) bersama kakitangan membuat persediaan tempahan baju pengantin di kedainya, Wangsa Maju. - Foto Ghazali Kori
Muhamad Nazrul (kiri) memeriksa gaun pengantin di kedainya di Wangsa Maju. - Foto Ghazali Kori
Muhamad Nazrul (kiri) memeriksa gaun pengantin di kedainya di Wangsa Maju. - Foto Ghazali Kori
PELBAGAI perkhidmatan disediakan Muhamad Nazrul (kiri) untuk memeriahkan perkahwinan pelanggan. - Foto Ghazali Kori
PELBAGAI perkhidmatan disediakan Muhamad Nazrul (kiri) untuk memeriahkan perkahwinan pelanggan. - Foto Ghazali Kori

Ilmu jurutera minyak diterap ke dewan perkahwinan

KUALA LUMPUR: Gah dan mengagumkan, itulah hasil seni dekorasi majlis perkahwinan yang tercetus daripada bakat terpendam dimiliki bekas jurutera minyak dan gas negara.

Bagaikan karya agung, sentuhan Muhamad Nazrul Nazaruddin dalam setiap susun reka letak pelamin pada majlis persandingan eksklusif kini menjadi koleksi rebutan golongan ternama, artis dan aristokrat.

Memanfaatkan kepakaran kejuruteraan dan pengalamannya dalam membina pelantar minyak, Pengasas Naz Great Ideas itu cukup sinonim dengan keupayaan luar biasa susun atur dewan perkahwinan eksklusif dalam tempoh hanya 24 jam.

MAJLIS bertemakan kontemporari tradisional yang menyaksikan pasangan mempelai mengenakan busana ciptaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini dan sentuhan solekan Sheila Mohamad. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Antara karya hebat yang pernah dihasilkan jutawan muda ini adalah menjadikan dewan perkahwinan kosong kepada taman indah yang dikelilingi air terjun, dan membangunkan istana Maghribi bagi memenuhi impian pasangan berkahwin.

Bahkan, Naz Great Ideas berani pergi lebih jauh dengan majlis persandingan di atas lantai kaca dipenuhi bunga umpama istana Ratu Balqis, pelamin dewan dikelilingi tasik buatan dan perkahwinan Rozita Che Wan umpama puteri Snow White dengan angsanya.

"Saya sukakan cabaran, lebih gila-gila idea dan tahap kesukaran membina pelamin lebih bagus apatah lagi dalam tempoh hanya satu malam, sehingga ada kontraktor yang kata mustahil tapi saya sendiri ajar mereka membinanya guna ilmu kejuruteraan saya.

NAZIM dan Bella bernikah pada 10 September lalu di Sabah. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
NAZIM dan Bella bernikah pada 10 September lalu di Sabah. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

"Sudah 15 tahun saya dalam perniagaan ini, setiap pelanggan dihidangkan rekaan eksklusif dan konsep memukau yang hanya dapat dinikmati secara langsung, jika boleh buka dinding maka kita akan sambung biar satu dewan dihias sampai hujung siling sekali pun," kata Muhamad Nazrul ketika ditemui BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, sejak kecil lagi keluarganya sudah menyedari bakat terpendam dimilikinya untuk membuat pelbagai gubahan cantik dari ranting kayu dan rumput kering.

Katanya, bakat itu terus diasah ketika beliau menyambung pengajian di universiti sehinggalah bekerja yang akhirnya membuka peluang untuk berjinak-jinak menjual ilhamnya kepada pasangan pengantin.

PENGASAS Nas Great Idea, Muhamad Nazrul Nazaruddin di kedainya Wangsa Maju. - Foto Ghazali Kori
PENGASAS Nas Great Idea, Muhamad Nazrul Nazaruddin di kedainya Wangsa Maju. - Foto Ghazali Kori

"Ia bermula hanya sebagai aktiviti hujung minggu, sebulan satu majlis kahwin, kemudiannya saya mula menerima lebih banyak sehingga dua dan tiga majlis sebulan, akhirnya saya hampir pitam kerana terpaksa tidur di parkir pejabat dan tepi jalan kerana ada majlis setiap minggu.

"Maka saya mula terfikir, mengapa perlu saya bersusah-susah, sedangkan saya boleh dapat pendapatan satu hari yang mampu menyamai sebulan kerja makan gaji bahkan ada antara majlis yang mencecah gaji setahun.

"Bagaimanapun kita kena usaha sendiri dan tanggung sendiri risikonya, kerana itu graduan seharusnya diajar untuk berdikari supaya mereka tidak hanya selamatkan diri mereka dengan makan gaji dengan orang sebaliknya menyelamatkan lebih ramai orang dengan menjadi majikan," katanya.

Usahawan berusia 35 tahun itu berkata, Naz Great Ideas berkembang dengan ketara ketika krisis sekitar tahun 2007 sehingga 2010 apabila ramai perancang perkahwinan lari menyebabkan banyak kes pasangan bakal pengantin ditipu.

DARIPADA hiasan dewan hingga ke pakaian pengantin disediakan oleh jurutera ini. - Foto Ghazali Kori
DARIPADA hiasan dewan hingga ke pakaian pengantin disediakan oleh jurutera ini. - Foto Ghazali Kori

Katanya, beliau kerap diminta menjadi penyelamat saat akhir sehinggakan ada kes yang memerlukan pasukan beliau memulakan semula tempahan kad kahwin, baju pengantin, rekaan pelamin serta aturan majlis semuanya dalam tempoh berbaki sebulan.

"Bahkan, saya pernah buat majlis besar dalam tempoh hanya 24 jam apabila diminta saat akhir oleh pelanggan dan kami berjaya melaksanakannya dengan cepat serta diurus dengan baik asalkan mereka ada duit, ini antara cabaran getir yang saya gemari.

"Cabaran paling teruk apabila ditipu pelanggan sehingga beratus ribu ringgit, kira sampai terduduk kerana mereka tidak membuat pembayaran apabila majlis habis, bukan sekali tetapi beberapa kali.

"Ia terjadi ketika kita mentah, tidak berani bertegas dengan pelanggan dan mengikut setiap kehendak mereka, bahkan ada kes pelanggan hanya menabur janji untuk membayar, kerana itu kini kalau pelanggan janji 'nanti' itu bermaksud 'nothing'," katanya.

Beliau sempat berkongsi nasihat kepada usahawan lain:

"Jika ingin mula berniaga cuba belajar dahulu, dan jangan malu dapatkan nasihat daripada nama besar dalam industri mereka."

Berita Harian X