Jumaat, 19 Ogos 2016 | 12:01am
PERALATAN yang digunakan untuk rawatan hydrafacial.
PERALATAN yang digunakan untuk rawatan hydrafacial.

Rawatan buang bintik hitam

BHUMIBOL Adulyadej.
BHUMIBOL Adulyadej.

SAYA berumur 30 tahun, ada masalah bintik hitam dan putih pada hidung dan dahi. Rawatan spa wajah hanya bertahan beberapa minggu dan akan tumbuh lagi. Apa kaedah terbaik mengatasinya.

Marina Muhammad
Klang, Selangor

BINTIK hitam dan putih sering tumbuh pada wajah dan sesetengah pada bahagian bahu dan belakang badan disebabkan kelenjar sebum yang aktif.

Sekarang ada pelbagai teknik rawatan dan teknologi terbaharu untuk memelihara kulit wajah supaya lebih baik.

Untuk masalah di atas, teknologi terbaharu yang ada di pasaran ialah rawatan Hydrafacial MD. Kaedah ini bukan saja boleh merawat bintik putih dan hitam, ia juga untuk mengurangkan garis halus, kulit kurang anjal, warna kulit tidak sekata, kulit kering, bekas jerawat dan pigmentasi.

Hydrafacial membabitkan proses penghidratan dan pengelupasan halus pada kulit melalui teknik pusaran sedutan.

Menggunakan alat yang berfungsi seperti microdermabrasion untuk menghakis kulit dan membuang kekotoran, tetapi tanpa menggunakan kristal atau bahan kimia yang kasar.

Tanggalkan sel kulit mati

Rawatan itu dengan vakum mini membantu menanggalkan sel kulit mati bagi membersihkan liang roma tersumbat, merangsang kulit baharu yang lebih bersih dan segar.

Langkah pertama, pakar estetik akan membersihkan kulit dengan pergerakan bulatan, diikuti sedutan vorteks bagi membuang sel kulit mati dan membersihkan liang roma yang tersumbat.

Selain dapat membuang bintik hitam dan putih, ia juga mampu melembapkan, menyegar dan membersihkan kulit.

TEKNIK urutan yang dilakukan.
TEKNIK urutan yang dilakukan.

Proses hydrafacial

1. Pembersihan dan pengelupasan sel kulit mati untuk mendedahkan lapisan kulit baharu yang sihat dengan pergerakan bulatan dan tidak menyakitkan.

2. Asid peel sedutan vortex diaplikasikan bagi membuang sel kulit mati dan membersihkan liang roma yang tersumbat. Rawatan yang digunakan adalah vakum mini yang menyedut segala kotoran yang tersumbat.

3. Pengekstrakan. Tidak menyakitkan sewaktu proses ini, bukan seperti rawatan muka biasa yang menyakitkan. Sedutan vortexs untuk membersihkan dan melonggarkan liang roma supaya mudah segala kotoran mudah keluar.

4. Penghidratan. Akhir sekali fusion vortex dilakukan. Ia sejenis alat bagi memudahkan resapan serum ke dalam kulit. Terdiri daripada campuran peptida, asid hyaluronic dan antioksidan yang membantu melembapkan kulit.

Berita Harian X