Khamis, 18 Ogos 2016 | 12:05am
BUNGA telur emas yang dibawa dari Aceh sebagai penghias ruang tamu ketika majlis perkahwinan bagi masyarakat Aceh. - Foto Nik Hariff Hassan
BUNGA telur emas yang dibawa dari Aceh sebagai penghias ruang tamu ketika majlis perkahwinan bagi masyarakat Aceh. - Foto Nik Hariff Hassan
TALI pinggang Acheh.
TALI pinggang Acheh.
TOPI pengantin wanita.
TOPI pengantin wanita.

RM100,000 untuk pelamin dari Aceh


DEKORASI, pelamin, aksesori, bunga melur dan busana pengantin semuanya diterbangkan khas dari Acheh, Indonesia.

Semua bertujuan memastikan majlis perkahwinan dilaksanakan mengekalkan keunikan budaya warisan Aceh.

Itulah yang direalisasikan oleh ahli perniagaan, Zulfazdli Nyak Mohd Yusoff, 70, yang mengadakan tiga majlis perkahwinan anak-anaknya dengan menerapkan keunikan budaya itu sejajar dengan berasal daripada keturunan Aceh.

Majlis terbaharu, Zulfazdli Nyah yang nenek moyangnya berasal dari Aceh, merealisasikan sekali lagi majlis anak keempatnya, Falini Najwa, di banglo mewahnya, di Taman Harmonis, Gombak, Selangor bertemakan budaya Aceh, pada 6 Ogos lalu.

Zulfazdli Nyah berkata, beliau mahu mengekalkan keaslian pelamin Aceh yang menjadi kebanggaan majlis itu diilhamkan seperti reka bentuk asal untuk anak keempatnya, seperti yang dilakukan dua lagi anaknya sebelum ini.

ZULFAZDLI mengadakan tiga majlis perkahwinan anak-anaknya dengan menerapkan keunikan budaya yang berasal daripada keturunan Aceh. - Foto Nik Hariff Hassan
ZULFAZDLI mengadakan tiga majlis perkahwinan anak-anaknya dengan menerapkan keunikan budaya yang berasal daripada keturunan Aceh. - Foto Nik Hariff Hassan

PASANGAN pengantin yang memperagakan busana tradisional Aceh pada tahun 2006 di Taman Harmonis, Gombak. - Foto Nik Hariff Hassan
PASANGAN pengantin yang memperagakan busana tradisional Aceh pada tahun 2006 di Taman Harmonis, Gombak. - Foto Nik Hariff Hassan

Kekalkan sejarah Aceh

Meskipun membelanjakan kos RM100,000 saja untuk pelamin dibawa khas dari Aceh, Zulfazdli Nyah tidak kisah, sebaliknya berpuas hati demi memberi kelainan dan keunikan pada hari bahagia anaknya.

Katanya, meskipun persiapannya perlu dilakukan lebih awal berikutan proses pemasangan pelamin yang rumit, saya gembira majlis diadakan itu berjalan sempurna.

"Saya mahu masyarakat di sini menyaksikan perincian dan keindahan pelamin Aceh. Di sini sudah pasti tidak ada, jadi saya tidak mahu keunikan yang begitu bernilai dari sudut sejarah itu lenyap ditelan zaman,

"Saya tidak keberatan mengeluarkan belanja besar membawa pelamin dari Aceh dengan cermat sehingga ke kediaman saya. Malah pemasangan pelamin itu mengambil masa seminggu ini," katanya kepada AURA, baru-baru ini.

KLASIK... Sekumpulan masyarakat Aceh yang diketuai seorang ulama yang tinggal di Tanah Melayu sejak tahun 1957. - Foto Nik Hariff Hassan
KLASIK... Sekumpulan masyarakat Aceh yang diketuai seorang ulama yang tinggal di Tanah Melayu sejak tahun 1957. - Foto Nik Hariff Hassan

Bawa pegawai dari Aceh

Bapa kepada lima cahaya mata ini juga membawa pegawai khas dari Jabatan Kebudayaan Aceh selama dua minggu berkampung di banglonya bagi memastikan pelamin kebanggaannya dipasang sempurna.

"Pegawai itu menjadi tulang belakang untuk pelamin Aceh ini, memasang kedudukan dan melakukan tugasan itu dengan berhati-hati. Dia yang menyarungkan aksesori untuk anak gadis saya," katanya.

Ketika ditemubual, jelas tergambar riak teruja dan kepuasan menceritakan majlis persandingan anaknya, Falini dengan menantu barunya, Abdul Rahman Oon Ridzuan Oon, 29,

Keesokannya pula, pasangan mempelai diraikan di hotel untuk resepsi busana moden, bagi berkongsi kegembiraan bergelar raja sehari.

GELANG tangan.
GELANG tangan.

gn4id:15506181

Peralatan ditempah dari Aceh

Persiapan menyediakan pelamin Aceh disifatkan rumit, terperinci dan memerlukan kesabaran berikutan semua komponen termasuk papan dibawa dari negara itu.

"Saya mahu nilai tradisi Aceh dapat dilihat oleh semua tetamu yang datang.

"Bunga melur untuk hiasan kepala juga dibawa dari Aceh kerana mahu keasliannya. Falini dipakaikan aksesori termasuk barang kemas, gelang kaki, cekak lengan, kalung buah ru, cucuk sanggul bermotif bunga melur, gelang tangan, kalung bulan sabit, mahkota, kalung tanduk, selempang, kerongsang pintu Aceh, tali pinggang dan cucuk kipas, persis puteri Aceh.

"Busana pengantin berwarna biru diraja ditempah khas dengan pereka di Aceh, menggunakan kain baldu dan dipadankan dengan seluar paras lutut.

"Saya berasa bangga melihat ketiga-tiga anak mengabadikan kenangan hari bahagia mereka bertemakan Aceh, sekali gus mengenali susur galur keturunan nenek moyang. Meskipun ini kali ketiga, saya membawakan pelamin Aceh, semua busana mereka baru," katanya.

KOLEKSI aksesori pengantin pengantin masyarakat Aceh. - Foto Nik Hariff Hassan
KOLEKSI aksesori pengantin pengantin masyarakat Aceh. - Foto Nik Hariff Hassan

CEKAK lengan.
CEKAK lengan.

Bangga tradisi keluarga

Sementara itu, Falini Najwa berkata beliau bangga meneruskan tradisi keluarga mengabadikan kenangan seumur hidup bersanding di atas pelamin bercirikan tradisional Aceh.

"Saya bangga kerana ayah bersusah payah membawakan pelamin dari jauh, selain sangat berterima kasih atas kesungguhan ayahnya menyediakan konsep perkahwinan Aceh.

"Saya bangga ayah buat semuanya. Dari hujung kaki hingga ke hujung rambut, semuanya dibawa dari Aceh, aksesori dipakaikan orang yang mahir budaya, sekali gus membuatkan saya bagaikan puteri," katanya yang membantu perniagaan keluarga.

Teruja majlis berbeza

Abdul Rahman Oon pula teruja apabila bapa mentua mengusulkan tema perkahwinan Aceh kerana pada awalnya hanya memahami Aceh sekadar sebahagian daripada sejarah.

"Apabila diraikan sendiri sebagai menantu, saya berasakan sangat beruntung kerana begitu dekat dengan nilai tradisi Aceh, gembira apabila kita membuatkan orang lain gembira.

Beliau yang bekerja sebagai jurutera projek, akan mengadakan majlis perkahwinan bertemakan tradisional Melayu, pada September ini.

"Saya gembira kerana majlis kami lain daripada lain, penuh dengan kebudayaan Aceh yang membuatkan tetamu terhibur, teruja dan memberikan kegembiraan kepada tetamu kerana kelainannya," katanya dari Melaka.

GELANG kaki antara koleksi aksesori pengantin adat masyarakat Aceh. - Foto Nik Hariff Hassan
GELANG kaki antara koleksi aksesori pengantin adat masyarakat Aceh. - Foto Nik Hariff Hassan

Puji orang Malaysia

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebudayaan Aceh, Usman Umar, 58, melahirkan rasa gembira kerana masih ada pelanggan yang mahu mengagungkan warisan Aceh yang semakin dilupakan.

"Saya gembira diberikan tanggungjawab memasang pelamin, memakaikan baju pengantin dan aksesori pada mempelai.

"Saya mengambil masa hampir dua jam memakaikan aksesori itu kerana ia tugas rumit," katanya.

Tonjolkan budaya Aceh

Usman berkata, baju pengantin itu dihiasi sulaman bunga melur yang sedang mekar dengan perincian bunga melati, disiapkan selama tiga minggu.

"Saya bangga kerana orang Malaysia masih mahu mengekalkan keaslian budaya Aceh meskipun sudah lama bermastautin di Malaysia. Bagi saya, menerusi perkahwinan, budaya kita dapat ditonjolkan," katanya.

Fakta nombor

  • RM100,000 - kos bawa pelamin dari Aceh
  • 400 kilogram - berat pelamin
  • 130 tahun - keturunan Aceh hijrah ke Malaysia
Berita Harian X