Selasa, 19 Julai 2016 | 12:08am
PELANGGAN, Mohamad Aizat, dia tidak pernah melepaskan peluang untuk menampah satay Baung walaupun terpaksa beratur sehingga dua jam ketika sehari sebelum Aidilfitri. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
PELANGGAN, Mohamad Aizat, dia tidak pernah melepaskan peluang untuk menampah satay Baung walaupun terpaksa beratur sehingga dua jam ketika sehari sebelum Aidilfitri. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
KERJA-KERJA mengisi daging ayam pada lidi satay yang ditempah pelanggan. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
KERJA-KERJA mengisi daging ayam pada lidi satay yang ditempah pelanggan. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
BEBERAPA periuk besar kuah satay yang disediakan oleh Pengusaha Satay Baung Trading, Zamri Osman, di rumahnya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
BEBERAPA periuk besar kuah satay yang disediakan oleh Pengusaha Satay Baung Trading, Zamri Osman, di rumahnya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
ZAMRI menyimpan satay yang ditempah oleh pelanggannya di dalam peti beku ketika ditemui di Kampung Baung, Pengkalan Chepa.- Foto Nik Abdullah Nik Omar
ZAMRI menyimpan satay yang ditempah oleh pelanggannya di dalam peti beku ketika ditemui di Kampung Baung, Pengkalan Chepa.- Foto Nik Abdullah Nik Omar

Sate Baung juadah istimewa hari pertama Aidilfitri di Kelantan


KOTA BHARU: Sate Baung terkenal di negeri ini, kerana keenakan kuah serta dagingnya yang empuk, menjadikan ia juadah istimewa, yang wajib dinikmati pada hari pertama sambutan Aidilfitri di Kelantan.

 

Keenakannya membuatkan ia bukan saja terkenal di Kelantan, malah pernah diterbangkan ke Jepun, Australia dan New Zealand, demi memenuhi cita rasa pelanggan setia.

Ini kerana daging dan kuahnya mampu bertahan sehingga tiga minggu, selepas dibakar hingga masak dan disimpan secara sejuk beku.

Pengusaha Satay Baung Trading, Zamri Osman, 49, berkata dia dengan isterinya, Norhayati Husain, 45, mewarisi perniagaan terbabit daripada ibu bapanya iaitu Osman Saamah dan Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, usaha membina jenama Satay Baung sejak 13 tahun lalu, membolehkan mereka mempunyai pelanggan tetap dari seluruh Kelantan, selain daerah berjiran di Terengganu dan selatan Thailand.

"Untuk hari pertama Aidilfitri tahun ini, kami menerima tempahan 150,000 cucuk sate ayam serta daging lembu daripada 245 pelanggan.

SATAY Station menggunakan daging segar dan bermutu. - Foto Azhar Ramli
SATAY Station menggunakan daging segar dan bermutu. - Foto Azhar Ramli

PEMILIK Satay Station, Zul Karnain Abdullah. - Foto Azhar Ramli
PEMILIK Satay Station, Zul Karnain Abdullah. - Foto Azhar Ramli

"Bagi menyediakannya, kami memerlukan 2,000 ekor ayam dan 280 kilogram daging lembu import gred A," katanya ketika ditemui di Kampung Baung di sini.

 

Zamri berkata, tempahan sate yang banyak ketika sambutan Aidilfitri, membuatkan mereka terpaksa menghentikan perniagaan sepanjang Ramadan.

"Setiap tahun, meskpun tidak berniaga, namun mulai awal Ramadan hingga hari ke-27, kami dengan bantuan 20 pekerja sibuk memotong dan memerap ayam serta daging bersama rempah ratus seawal jam 6 pagi.

 

"Bagi memerap daging, kami menggunakan bahan asas seperti hirisan serai, bawang merah, bawang putih, kunyit, lengkuas, halia serta cili yang disediakan isteri kerana dia mahir menyediakan ramuan itu sambil dibantu pekerja.

 

"Untuk penyediaan kuah, saya sendiri mengetuai pemprosesannya yang menggunakan kacang tanah sebagai komponen utama bagi memastikan keaslian serta aromanya tidak berubah. Untuk tempahan hari pertama Aidilfitri tahun ini, kami memasak 30 kawah kuah kacang," katanya.

 

Zamri berkata, lidi kelapa digunakan untuk menyucuk sate yang dibakar menggunakan dapur menggunakan arang kayu getah.

 

"Sate dibakar hingga masak sebelum disimpan dalam peti sejuk beku. Pelanggan yang menempah hanya perlu memanaskan juadah ini di rumah, sementara kuahnya dimasak pada hari pelanggan mengambil tempahan," katanya.

 

PEKERJA Satay Station memasak satay di Pandan Dalam. - Foto Azhar Ramli
PEKERJA Satay Station memasak satay di Pandan Dalam. - Foto Azhar Ramli

PENGUSAHA Satay Baung Trading, Zamri Osman. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
PENGUSAHA Satay Baung Trading, Zamri Osman. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Zamri berkata, kebiasaannya tempahan diambil pelanggan sehari sebelum sambutan Aidilfitri mulai jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam pada harga RM90 bagi setiap 100 cucuk sate.

 

"Walaupun harga nya dikategorikan agak mahal, namun sate Baung tetap menjadi pilihan pelanggan tetap kami kerana kualiti serta aroma tersendiri, yang tiada pada sate tempat lain," katanya.

 

Zamri berkata, untuk hari biasa, satay yang disediakan hanya mencecah 2,000 cucuk yang dijual di perkarangan rumahnya.

 

Pelanggan, Mohamad Aizat, 22, mengakui setiap kali pulang beraya di Kelantan, beliau tidak melepaskan peluang menikmati sate Baung walaupun terpaksa beratur sehingga dua jam sehari sebelum Aidilfitri.

 

"Walaupun di tempat lain ramai yang menjual sate tetapi masih tidak dapat menandingi keenakan sate Baung serta aroma kuahnya yang tersendiri. Sate Baung menjadi juadah wajib keluarga saya setiap kali musim perayaan," katanya.

 

 

 

Berita Harian X