Ahad, 3 Julai 2016 | 12:04am
PENGUNJUNG berpeluang melihat pemandangan indah bandar raya Kota Kinabalu. - Foto Lano Lan
PENGUNJUNG berpeluang melihat pemandangan indah bandar raya Kota Kinabalu. - Foto Lano Lan
PENGUNJUNG pasti terpesona dengan keindahan pemandangan. - Foto Lano Lan
PENGUNJUNG pasti terpesona dengan keindahan pemandangan. - Foto Lano Lan
PENGUNJUNG berpeluang melihat pemandangan indah bandar raya Kota Kinabalu serta hamparan luas Laut China Selatan dari Bukit Kokol, Menggatal, Kota Kinabalu. - Foto Lano Lan
PENGUNJUNG berpeluang melihat pemandangan indah bandar raya Kota Kinabalu serta hamparan luas Laut China Selatan dari Bukit Kokol, Menggatal, Kota Kinabalu. - Foto Lano Lan
SUASANA berkabus menjadi satu daripada tarikan pengunjung berkunjung ke Bukit Kokol, Menggatal, Kota Kinabalu. - Foto Lano Lan
SUASANA berkabus menjadi satu daripada tarikan pengunjung berkunjung ke Bukit Kokol, Menggatal, Kota Kinabalu. - Foto Lano Lan
KEDUDUKAN Bukit Kokol yang agak lapang serta memiliki keadaan angin, amat sesuai untuk sukan paragliding. - Foto Lano Lan
KEDUDUKAN Bukit Kokol yang agak lapang serta memiliki keadaan angin, amat sesuai untuk sukan paragliding. - Foto Lano Lan

Menghirup udara segar di Banjaran Crocker

PERJALANAN ke Bukit Kokol agak mencabar kerana perlu melalui jalan berbukit dan berselekoh. - Foto Lano Lan
PERJALANAN ke Bukit Kokol agak mencabar kerana perlu melalui jalan berbukit dan berselekoh. - Foto Lano Lan

SESIAPA yang berkunjung ke Sabah pasti mahu merasai suasana dingin di kaki Gunung Kinabalu, tetapi kalau percutian atau kunjungan ke Negeri di Bawah Bayu terlalu singkat memang tidak sempat ke lokasi pelancongan terkemuka itu.

Jangan kecewa kerana pengunjung masih boleh merasai suasana seumpama itu di Bukit Kokol, Menggatal tidak jauh dari Kota Kinabalu.

Perjalanan ke Bukit Kokol agak mencabar kerana perlu melalui jalan berbukit dan berselekoh.

Namun begitu, sebaik tiba pengunjung pasti terpesona dengan keindahan pemandangan dari puncak tertinggi di Kota Kinabalu itu.

Bagi pengunjung yang pertama kali ke sana, cuma perlu mencari papan tanda Klinik Kesihatan Menggatal sebelum memandu menyusuri laluan itu hingga tiba ke puncak bukit yang juga sebahagian daripada Banjaran Crocker.

Dari puncak Bukit Kokol, pengunjung dapat merasai suasana sejuk hampir sama seperti di Kundasang, selain berpeluang melihat pemandangan indah bandar raya Kota Kinabalu serta hamparan luas Laut China Selatan.

SEBAHAGIAN pengunjung menyaksikan matahari terbenam serta pemandangan indah bandar raya Kota Kinabalu dari Bukit Kokol. - Foto Lano Lan
SEBAHAGIAN pengunjung menyaksikan matahari terbenam serta pemandangan indah bandar raya Kota Kinabalu dari Bukit Kokol. - Foto Lano Lan

KEBANYAKAN pengunjung datang ke Bukit Kokol pada sebelah petang kerana mahu menyaksikan keindahan panorama matahari terbenam. - Foto Lano Lan
KEBANYAKAN pengunjung datang ke Bukit Kokol pada sebelah petang kerana mahu menyaksikan keindahan panorama matahari terbenam. - Foto Lano Lan

Panorama matahari terbenam

Sebaik tiba di Kampung Kokol, pengunjung akan melihat sebuah gereja besar berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kokol yang menjadi salah satu lokasi strategik untuk melihat keseluruhan pemandangan bandar raya Kota Kinabalu.

Kebanyakan pengunjung datang ke Bukit Kokol pada sebelah petang kerana mahu menyaksikan keindahan panorama matahari terbenam yang menakjubkan dari puncak bukit.

Selain di beberapa spot tertentu untuk melihat pemandangan bandar raya dan matahari terbenam, ada juga beberapa resort boleh dikunjungi seperti Kasih Sayang Resort, Kokol Haven Resort, Kokol Farmstay dan Grace View Lodge.

Ketika kunjungan ke Bukit Kokol, baru-baru ini, penulis memilih untuk bersantai di Kokol Haven Resort bagi melihat pemandangan bandar raya Kota Kinabalu sambil menikmati secangkir teh panas, membuatkan penulis berasa seperti berada di luar negara.

Apabila senja mula melabuhkan tirainya, pemandangan matahari terbenam menerusi kawasan bukit itu memang begitu menakjubkan.

AKTIVITI paragliding oleh Proskyadventure dari puncak Bukit Kokol, Menggatal, Kota Kinabalu. - Foto Lano Lan
AKTIVITI paragliding oleh Proskyadventure dari puncak Bukit Kokol, Menggatal, Kota Kinabalu. - Foto Lano Lan

Sesuai untuk aktiviti paragliding

Penulis sendiri tidak melepaskan peluang merakam pemandangan sebagai kenangan untuk dikongsi di laman sosial.

Selain menikmati suasana dingin dan melihat matahari terbenam serta pemandangan indah Kota Kinabalu, pengunjung yang meminati sukan lasak juga boleh mencuba aktiviti luruh udara atau dikenali sebagai paragliding.

Kedudukan Bukit Kokol yang agak lapang serta memiliki keadaan angin, amat sesuai untuk sukan luncur udara di kawasan terbabit.

Pengunjung hanya perlu berjalan kira-kira 800 meter dari Kokol Heaven Resort untuk tiba di lokasi paragliding. Bagi mereka yang ingin bermalam, boleh memilih beberapa resort dengan harga dari RM300 semalam.

FAKTA NOMBOR

  • 30 km - jarak Menggatal dari Kota Kinabalu
  • 45 minit - tempoh perjalanan dari Kota Kinabalu
  • 800 meter - ketinggian Bukit Kokol
Berita Harian X