Jumaat, 24 Jun 2016 | 12:16am
ANTARA penyokong JDT yang sanggup bermalam di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala FA 2016. - Foto Mohd Azren Jamaludin
ANTARA penyokong JDT yang sanggup bermalam di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala FA 2016. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PENYOKONG setia JDT yang sentiasa memenuhi stadium. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PENYOKONG setia JDT yang sentiasa memenuhi stadium. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PEMAIN JDT, Jorge Pereyra Diaz (kiri) diasak pemain Kaya FC, Masanari Omura pada aksi pusingan kalah mati saingan Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PEMAIN JDT, Jorge Pereyra Diaz (kiri) diasak pemain Kaya FC, Masanari Omura pada aksi pusingan kalah mati saingan Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PEMAIN JDT, Pereyra Diaz (kiri) bersama Juan Martin Lucero berehat selepas menjalani sesi latihan bagi persiapan menjelang perlawanan Kumpulan H Piala AFC 2016 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JDT akan bertemu pasukan dari Hong Kong, South China pada peringkat kalah mati suku akhir Piala AFC 2016. - Foto Osman Adnan
JDT akan bertemu pasukan dari Hong Kong, South China pada peringkat kalah mati suku akhir Piala AFC 2016. - Foto Osman Adnan
PEMAIN dan pegawai pasukan JDT menaiki bas khas berarak membawa Piala AFC 2015 menuju ke Dataran Bandaraya, Johor Bahru bagi meraikan kejayaan menjuarai Piala AFC 2015. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PEMAIN dan pegawai pasukan JDT menaiki bas khas berarak membawa Piala AFC 2015 menuju ke Dataran Bandaraya, Johor Bahru bagi meraikan kejayaan menjuarai Piala AFC 2015. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Mentaliti bola sepak julang JDT

SKUAD JDT menjulang Piala FA selepas menewaskan PKNS 2-1 pada aksi akhir Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam. - Foto Asyraf Hamzah
SKUAD JDT menjulang Piala FA selepas menewaskan PKNS 2-1 pada aksi akhir Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam. - Foto Asyraf Hamzah

KEJAYAAN dalam sesebuah pasukan biasanya tidak dapat dikecapi dalam jangka waktu yang singkat.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah membuktikan bahawa semuanya tidak mustahil jika pemimpin mempunyai mentaliti bola sepak yang betul.

PBNJ telah membuka mata semua pihak bahawa mentaliti bola sepak penting dalam membentuk sebuah pasukan yang mempunyai daya saing di peringkat tinggi.

Buktinya, Johor Darul Ta'zim (JDT) adalah produk PBNJ yang dibina tiga tahun lalu dan kini sudah bergelar juara Piala AFC 2015.

JDT muncul juara Liga Super 2014 dan seterusnya mempertahankan kejuaraan itu pada edisi musim ini.

Sebelum itu, mereka membuka tirai Liga Malaysia (Liga M) dengan merangkul Piala Sumbangsih.

JDT juga sudah melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2015. Setiap pemerhati bola sepak yang berfikiran waras tidak mampu untuk menidakkan hakikat bahawa JDT adalah pasukan yang terhebat di Malaysia baik dari segi prasarana yang lengkap dan canggih serta pentadbiran yang amat profesional pada masa ini.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah orang yang bertanggungjawab mengangkat kembali martabat bola sepak Johor dari sebuah pasukan yang tenggelam selepas gah di pentas Liga M pada era 90-an.

gn4id:14427111

Dari Stadium Tan Sri Hassan Yunos yang usang tak bermaya ditransformasikan menjadi sebuah stadium antara terbaik di Malaysia, tidak pernah ada tempat duduk kosong dalam setiap perlawanan sepanjang musim ini, TMJ telah berjaya bukan saja mengubah landskap bola sepak Harimau Selatan tapi turut berjaya menyatu padukan rakyat Johor.

Pencapaian menakjubkan Secara mudah ramai menyifatkan pencapaian menakjubkan JDT semuanya kerana kekuatan kewangan TMJ, namun ramai mungkin tidak sedar dengan berbekalkan bajet yang berpuluh atau beratus juta belum pasti dapat memenangi piala andai pentadbiran tiada mentaliti bola sepak.

Mentaliti bola sepak yang dimaksudkan di sini ialah tahap profesionalisme yang tinggi serta mahir dalam selok belok pentadbiran bola sepak untuk peningkatan pasukan.

Bajet yang besar akan memudahkan dan melancarkan pentadbiran sesebuah pasukan. Pemain juga akan rasa selesa tanpa perlu memikirkan tentang kebajikan mereka dan keluarga.

Pengurusan pemain dan pasukan dilakukan secara profesional adalah antara intipati kejayaan JDT di samping gaji yang tinggi. Tiada pemain yang akan rasa selamat justeru akan ada persaingan yang sihat dalam pasukan dan memberi impak yang positif seperti yang diimpikan oleh setiap jurulatih bola sepak profesional.

Kritikan dan cemuhan yang dilemparkan oleh mereka yang cemburu dengan JDT diserap menjadi satu azimat untuk menjadi lebih baik. TMJ tidak pernah lemas dengan caci cerca 'musuh' beliau malah mencabar agar mereka yang berpandangan negatif tampil untuk bersaing dengan JDT.

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Tunku Ismail Ibrahim pada Majlis meraikan kemenangan pasukan JDT sempena Kembara Mahkota Johor di Taman Yayasan, Segamat. Yang turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (berdiri enam dari kanan). - Foto Syarafiq Abd Samad

PEMAIN JDT, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak (kiri) dan pemain Valencia C F, S Mina (dua dari kiri) menjalani latihan bersama di Pusat Latihan tertutup Dato Suleiman Mohd Noor, Padang Seri Gelam, Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Tujuan TMJ bukanlah untuk bermegah diri tapi lebih kepada ingin pasukan lain bangkit memberi daya saing kepada pasukannya demi kemajuan bola sepak negara.

Ramai yang tidak faham maksud tersirat TMJ. Bagaimanapun, pencapaian menjadi pasukan pertama dari Malaysia menjuarai pertandingan di peringkat Asia hanya mampu ditumpang gembira oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

FAM sepatutnya belajar dari kejayaan JDT bukan kekal dengan cara pentadbiran lama. Apa yang dikecapi oleh JDT tiada kena mengena dengan FAM.

Struktur pengurusan PBNJ jauh lebih profesional dari FAM. Acap kali FAM 'dinasihati' oleh TMJ namun sifat ego barisan kepimpinan FAM lebih selesa dengan cara mereka yang kononnya pentadbiran kelas dunia.

FAM perlu belajar daripada TMJ untuk menaikkan mutu bola sepak negara. Mungkin ada suara yang mempertikaikan kejayaan ini kerana sebahagian besar pemain bukan anak jati Johor.

PADANG Latihan Tertutup Datuk Suleiman Mohd Noor di Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
PADANG Latihan Tertutup Datuk Suleiman Mohd Noor di Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim

Cuba kita mentelaah pasukan kelab dunia mana yang menggunakan anak tempatan untuk menjadi terbaik dalam liga masing-masing? Pembangunan peringkat akar umbi PBNJ juga dalam peningkatan melalui pasukan Piala Presiden JDT.

Akademi Bola Sepak JDT juga telah ditubuhkan untuk membimbing pemain dari peringkat akar umbi melalui program yang disuntik oleh legenda Belanda, Johan Cruyff.

Pencapaian sekarang yang dilaburkan oleh TMJ pasti akan membangkit semangat anak muda Johor untuk mengikut jejak langkah idola mereka.

Beberapa program usaha sama pembangunan dengan kelab terkemuka dunia seperti bekas juara Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund dilakukan.

Semua usaha ini diharap dapat memberi JDT produk tempatan yang berpanjangan demi kelangsungan bola sepak mereka.

Fenomena baru Visi TMJ ini telah memberi satu fenomena baru bagi warga Johor.

Penyatuan penduduk Johor melalui sokongan yang tidak berbelah bahagi telah menjadi tonik kepada setiap pemain untuk berjuang habis-habisan.

Akhirnya, JDT belum pernah tewas di gelanggang sendiri sepanjang musim ini. TMJ seterusnya akan menjadi satu anjakan paradigma transformasi bola sepak negara di peringkat antarabangsa. TMJ adalah jawapan kepada kemajuan bola sepak Malaysia.

Biarlah pencapaian JDT menjadi kayu pengukur kepada kredibiliti TMJ. Warga bola sepak Malaysia pastinya impikan TMJ menjadi peneraju FAM. Tepuk dada tanya selera. Tahniah JDT, tahniah TMJ. Semoga menjadi inspirasi kebangkitan bola sepak Malaysia.

Berita Harian X