Jumaat, 24 Jun 2016 | 12:01am

Wajah kekal berseri ketika Ramadan

SAYA berusia 26 tahun dan lazimnya setiap kali Ramadan, paling dirisaukan ialah kulit wajah nampak kering dan tidak bermaya. Apa cara untuk memastikan penampilan saya tetap seperti hari-hari biasa.

Ida Ellyana Afandi
Pelabuhan Klang, Selangor

JAGA penampilan, jangan abaikan rutin penjagaan.
JAGA penampilan, jangan abaikan rutin penjagaan.

RAMADAN bulan yang dinanti-nantikan semua umat Islam.

Namun pada saat berpuasa gaya hidup perlu bersesuaian termasuk dari segi penjagaan kecantikan dan kesihatan.

Dari segi penjagaan kecantikan, masalah yang kerap dihadapi ialah berhadapan dengan kulit kering atau kerosakan kulit.

Perubahan mendadak dalam rutin diet dan kandungan air yang berkurang boleh menyebabkan kulit kehilangan kelembapan dan keanjalan. Oleh itu, kulit wajah akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Berpuasa tidak bererti anda mengabaikan penampilan wajah. Anda boleh lakukan rutin kecantikan seperti biasa bagi menjaga kulit supaya tetap bersinar, berseri dan tampak jelita ialah anda perlu mengamalkan beberapa langkah seperti di bawah:

CUCI... Wajah berseri tanpa secalit solekan.
CUCI... Wajah berseri tanpa secalit solekan.

1. Bebas solekan

Wajah anda masih kelihatan berseri walaupun tanpa secalit solekan. Ada kalanya kulit perlu rehat daripada penggunaan bahan kimia berbahaya yang mungkin ada dalam kosmetik.

MINUM air secukupnya.
MINUM air secukupnya.

2. Banyakkan minum air

Selepas waktu berbuka dan sebelum sahur pastikan anda banyakkan minum air supaya dapat mengembalikan tenaga dan cecair yang hilang pada siang hari. Ini penting untuk mengembalikan kesegaran dan melembapkan kulit.

Malah, air membantu anda kenyang pada waktu siang. Hindarkan daripada minum air bergas atau soda, sebaliknya air mineral ketika berbuka dan sahur.

3. Perawatan kulit anda

Perawatan wajah yang dilakukan mulai daripada pembersihan, eksofoliasi (pengelupasan kulit), dan penyegar. Anda seharusnya mengambil berat penggunaan pelembap kulit dan pelindung sinaran ultra lembayung (UV) sekurang kurangnya Spf 50 dan ke atas.

MAKAN makanan yang kaya dengan serat.
MAKAN makanan yang kaya dengan serat.

4. Makanan kaya serat

Serat yang berasal daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang, ikan dan minyak antara yang penting kerana ia berperanan sebagai penyembuh kulit secara semula jadi. Semua bahan berkenaan mengandungi serat yang tinggi.

YOGURT adalah makanan yang kaya protein.
YOGURT adalah makanan yang kaya protein.

5. Yogurt

Tidak hanya membantu pencernaan, yogurt adalah makanan yang kaya protein dan membantu memelihara kulit. Anda digalakkan mengambil yogurt pada waktu berbuka dan sahur.

Anda juga boleh gunakan yogurt sebagai topeng wajah.

Berita Harian X