Isnin, 20 Jun 2016 | 12:03am
SEBAHAGIAN daripada aktiviti pemulihan banduan dalam Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri
SEBAHAGIAN daripada aktiviti pemulihan banduan dalam Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri
WARTAWAN, Norhafzan Jaafar (kiri) menemubual banduan Shanti yang sedang menjalani hukuman akibat kesalahan dadah dalam Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri
WARTAWAN, Norhafzan Jaafar (kiri) menemubual banduan Shanti yang sedang menjalani hukuman akibat kesalahan dadah dalam Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri
AKTIVITI banduan di Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri
AKTIVITI banduan di Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri
AKTIVITI banduan di Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri
AKTIVITI banduan di Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri
 SUASANA di Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri
SUASANA di Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri

Perhatian keluarga mampu insafkan banduan


KAJANG: Tertangkap kali ketiga kerana dadah hingga membawa dirinya ke penjara benar-benar membuatkan Shanti, 41 (bukan nama sebenar) serik untuk mengulangi perbuatan yang pernah menjadi darah dagingnya selama lima tahun.

Menjalani hukuman penjara dua tahun di Penjara Wanita Kajang, sejak sembilan bulan lalu, menganggap penangkapan itu mempunyai seribu satu hikmah, memandangkan dia sebelum ini pernah berazam menjauhkan diri daripada najis dadah apabila berusia 40 tahun.

"Ini peluang saya untuk berubah menjadi baik dan kembali ke pangkuan keluarga demi satu-satunya anak yang saya abaikan selama menjadi 'hamba dadah' dulu.

"Disebabkan terlalu menurut hawa nafsu, saya langsung tidak peduli untuk memberikan kasih sayang kepada anak yang semakin meningkat remaja dan dijaga abang ipar dan ibu mentua sejak kecil," katanya kepada BH baru-baru ini.

Pengaruh suami

Berkongsi kisah hidupnya, Shanti yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu salun kecantikan, berkata pembabitannya dalam penagihan dadah berpunca daripada pengaruh suami.

BANDUAN, Shanti, berkongsi pengalaman pembabitan dalam penyalahgunaan dadah bersama wartawan, Norhafzan Jaafar (kanan) dalam Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri
BANDUAN, Shanti, berkongsi pengalaman pembabitan dalam penyalahgunaan dadah bersama wartawan, Norhafzan Jaafar (kanan) dalam Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri

Katanya, rumah tangga dibina sejak 18 tahun lalu tidak ada masalah. Beliau dan suami menyayangi memandangkan perkahwinan atas dasar cinta.

Bagaimanapun, hubungan suami dengan keluarganya terjejas disebabkan mentua tidak merestui perkahwinan itu.

"Suami susah dapat kerja tetap sehingga akhirnya terbabit dalam aktiviti tidak bermoral, termasuk memilih dadah sebagai jalan penyelesaian.

"Lama-kelamaan saya terikut-ikut dengan tabiat buruk suami walaupun pernah berusaha memujuknya meninggalkan perbuatan, selain dua kali ditangkap dan dipenjarakan," katanya.

Walaupun Shanti tertangkap, suaminya kini masih bebas kerana dalam kejadian kira-kira setahun lalu, Shanti berseorangan ketika polis melakukan serbuan ke bilik sewa mereka.

SEMUA aktiviti banduan dalam penjara berlangsung di bawah pengawasan wadar. - Foto Adi Safri
SEMUA aktiviti banduan dalam penjara berlangsung di bawah pengawasan wadar. - Foto Adi Safri

ADA banduan gagal memulihkan diri, meskipun keluar masuk penjara berulang kali. Foto Adi Safri
ADA banduan gagal memulihkan diri, meskipun keluar masuk penjara berulang kali. Foto Adi Safri

Tekad berubah

Shanti berkata, sepanjang menjalani tempoh hukuman, dia tidak pernah sekali rasa dipinggirkan keluarga kerana suami masih menunjukkan rasa bertanggungjawab dan mengambil berat, termasuk datang melawat serta menghubunginya untuk bertanyakan khabar.

"Hubungan dengan ibu mentua saya semakin baik apabila setiap bulan saya akan menghubunginya. Dia banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat membuatkan saya mahu berubah dan cepat keluar untuk bersama keluarga," katanya.

Penjara banyak mengajarnya termasuk kembali kepada ajaran agama yang sekian lama ditinggalkan dan tidak pernah diamalkan.

Paling diharapkan Shanti, suaminya tinggalkan tabiat buruk dan mencari pekerjaan yang lebih baik demi masa depan anak perempuan mereka yang kini berusia 17 tahun.

"Saya benar-benar berharap janji suami berubah baik dikotakan apabila saya dibebaskan kelak. Memasuki usia 40-an menginsafkan saya kepada dosa dan kesalahan lalu, termasuk mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu yang sepatutnya menjaga dan memberi kasih sayang sempurna kepada anak," katanya sambil menahan sebak di dada.

Berita Harian X