Jumaat, 17 Jun 2016 | 12:06am
NORA dan bekas ibu mentua hanya berbincang perkara serius terutama membabitkan urusan perniagaan.
NORA dan bekas ibu mentua hanya berbincang perkara serius terutama membabitkan urusan perniagaan.
NORA sudah biasa hidup sendiri tanpa suami, bapa atau lelaki apatah lagi jangka masa perkahwinan lalu juga cukup singkat. - Foto Amirudin Sahib
NORA sudah biasa hidup sendiri tanpa suami, bapa atau lelaki apatah lagi jangka masa perkahwinan lalu juga cukup singkat. - Foto Amirudin Sahib
NORA menjelaskan, sudah menjadi kemestian bagi anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli, berkumpul bersama sepupu yang lain di kediaman datuk dan nenek mereka setiap malam raya dan 1 Syawal. - Foto Shiraz Ali
NORA menjelaskan, sudah menjadi kemestian bagi anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli, berkumpul bersama sepupu yang lain di kediaman datuk dan nenek mereka setiap malam raya dan 1 Syawal. - Foto Shiraz Ali

Nora Danish terpaksa beraya di rumah bekas mentua


KUALA LUMPUR: Tidak pernah berhenti ditohmah punca keretakan rumah tangga bekas suami dan hubungan rapatnya dengan ibu mentua, pelakon jelita, Nora Danish pasti terkena tempias kontroversi setiap kali tibanya 1 Syawal.

Malah, Nora mengaku sudah lali andai suara nakal yang mempertikai kehadirannya di rumah bekas mentua pada raya pertama timbul lagi, hanya disebabkan mereka tidak tahu situasi sebenar.

Tampil mempertahankan diri, Nora menjelaskan, sudah menjadi kemestian bagi anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli, berkumpul bersama sepupu yang lain di kediaman datuk dan nenek mereka setiap malam raya dan 1 Syawal.

"Kalau enggan ke sana, bermakna saya berpisah dengan Rayqal, sekali gus tidak menyambut lebaran bersama permata hati sendiri. Saya faham Rayqal cucu sulung dan sejak lahir hingga tujuh tahun usianya, memang begitulah tradisinya.

"Biarpun saya sudah berpisah dengan bapa Rayqal, hubungan saya dengan keluarga bekas mentua tetap baik sejak dulu. Malah saya memanggil Puan Seri Raja Noora Ashikin sebagai Mummy.

NORA Danish dan anak, Putra Rayqal Ramli. - Foto Shiraz Ali
NORA Danish dan anak, Putra Rayqal Ramli. - Foto Shiraz Ali

"Mummy juga selalu ingatkan jangan ambil pusing cakap orang. Ini kerana mungkin yang belum berkeluarga sukar memahami konsep ini. Kalau saya belum melaluinya sendiri tentu saya tidak faham," katanya kepada BH.

Nora berkata, selepas bertahun-tahun dihambat isu dan kontroversi sama mengenai hubungannya dengan bekas mentua, Nora hanya mahu menjaga hati keluarga.

"Pendirian kami sekarang adalah menjaga hati keluarga sekali gus mengutamakan hubungan kekeluargaan... Paling penting niat kita," katanya.

Sebelum ini, keakraban Nora dan keluarga bekas mentua hingga dilihat menghabiskan masa di kediaman mereka sepanjang malam raya dan 1 Syawal biarpun sudah berpisah dengan Rizal Ashram, mengundang buah mulut orang.

Saban tahun setiap kali Aidilfitri pasti Nora menjadi tajuk bualan ramai hingga laman sosial dijadikan gelanggang perdebatan peminat.

Akui Nora lagi, selepas mempunyai anak, erti lebaran baginya adalah mengamalkan tradisi berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan terdekat bagi mengeratkan persaudaraan.

Tak rasa sunyi

PELAKON jelita, Nora Danish. - Foto Amirudin Sahib
PELAKON jelita, Nora Danish. - Foto Amirudin Sahib

Menjelaskan hubungannya dengan bekas ibu mentua, Nora berkata, wanita yang dihormatinya itu lebih kepada mentor dalam bidang perniagaan kerana tidak lokek berkongsi ilmu menjalankan bisnes.

"Saya dan Mummy sebenarnya hanya berbincang perkara serius terutama membabitkan urusan perniagaan. Kami tidak pernah bercerita hal peribadi mahu pun bergosip perihal orang lain.

"Beliau juga tidak pernah bertanya mengenai apa saja cerita yang membabitkan diri saya. Itu yang membuatkan rasa hormat saya terhadap Mummy semakin menebal.

"Dulu saya pernah meluahkan perasaan mengenai tohmahan orang berhubung isu saya beraya di rumahnya tetapi dia memujuk supaya jangan ambil pusing perkara itu.

"Betul apa yang diperkatakan Mummy kerana bukan orang luar yang memberikan kasih sayang. Selagi saya belum berkahwin, keluarga saya dan bekas mentua menjadi keutamaan saya," katanya.

Ditanya sama ada dirinya sunyi tanpa suami di pagi Syawal, Nora berkata, memori perkahwinan yang dilalui tidak sampai dua tahun,

Malah, katanya, sejak kecil dia dibesarkan ibu, selepas ayahnya meninggal dunia.

"Saya sudah biasa hidup sendiri tanpa suami, bapa atau lelaki apatah lagi jangka masa perkahwinan lalu juga cukup singkat. Bermakna selama ini saya boleh melalui kehidupan sendirian," katanya ringkas.

Berita Harian X