Selasa, 31 Mei 2016 | 12:13am
ANTARA hasil ukiran Jakiy menggunakan kayu gaharu. - Foto Poliana Ronnie Sidom

Kayu gaharu punca rezeki

SANDAKAN: Kayu gaharu biasanya digunakan untuk menghasilkan produk minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik serta nilainya mampu mencecah ratusan ribu ringgit  menyebabkan spesies berkenaan sebagai buruan pencari kayu.

Lain pula ceritanya dengan Jakiy Tayan, 46, petani dari Kampung Tangkarason, Beluran, kira-kira 280 kilometer (km) dari sini yang menjadikan kayu gaharu atau nama saintifiknya Aquilaria Malaccensis sebagai barang perhiasan dan cenderamata menerusi seni ukiran.

Kayu gaharu atau dikenali sebagai pokok karas dipercayai antara kayu termahal kerana semua bahagian merangkumi batang, kulit, daun, bunga, buah dan ranting mempunyai pelbagai kegunaan menyebabkan harga ukiran yang dijual turut mencecah ribuan ringgit.

Nilai kayu gaharu dikatakan mampu mencecah RM5,000 hingga RM10,000 sekilogram bergantung kepada gred.

Ukiran dihasilkan Jakiy bertujuan menonjolkan teras kayu dengan harga bagi setiap ukiran yang dijual bergantung kepada saiz teras kayu iaitu semakin banyak terasnya, semakin tinggi nilainya.

Jakiy berkata, dia mula terfikir untuk mengukir kayu gaharu selepas menyedari ancaman terhadap spesies berkenaan khususnya di Sabah yang ditebang bagi mendapatkan terasnya sebelum mengambil inisiatif menanam 500 pokok gaharu bermula tahun 2008.

JAKIY mengukir kayu gaharu untuk dijadikan sebagai cenderamata. - Foto Poliana Ronnie Sidom
JAKIY mengukir kayu gaharu untuk dijadikan sebagai cenderamata. - Foto Poliana Ronnie Sidom

JAKIY Tayan menunjukkan hasil ukirannya. - Foto Poliana Ronnie Sidom
JAKIY Tayan menunjukkan hasil ukirannya. - Foto Poliana Ronnie Sidom

Katanya, biarpun usahanya itu pernah diperlekeh kerana menganggap mengukir kayu gaharu hanya sia-sia, dia yakin ukiran kayu gaharu mampu mendatangkan pendapatan lebih lumayan kelak.

"Di Sabah, tiada kilang memproses kayu gaharu untuk dijadikan pati minyak seperti di Semenanjung. Memandangkan negeri ini masih ke belakang dalam industri itu, saya terfikir untuk mengukir gaharu.

"Saya mula mengukir awal tahun ini. Saya ukir apa saja yang terlintas dalam fikiran biasanya berkaitan persekitaran seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan dan kehidupan masyarakat contohnya simbol perpaduan," katanya.

Ukiran Jakiy juga pernah dijadikan sebagai cenderamata kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman sempena sambutan ulang tahun kelahirannya Mac lalu yang dihadiahkan oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri.

Setakat ini, ukiran dihasilkan Jakiy bernilai antara RM10 hingga RM3,000 dengan setiap ukiran biasanya mengambil dua hingga empat hari untuk disiapkan bergantung kepada tempahan pelanggan.

Antara yang diukir petani berkenaan adalah bunga, burung, gajah, ikan lumba-lumba, keris, sarang burung selain beberapa jenis haiwan dan tumbuhan.

Selain mengukir kayu gaharu, Jakiy yang menjalankan aktiviti berkenaan bersama sekumpulan petani desa turut mencipta vaksin sendiri untuk menyuntik pokok gaharu bagi menghasilkan teras pada pokok, sekali gus menjadi sumber pendapatan keluarga.

PROSES mengukir kayu gaharu. - Foto Poliana Ronnie Sidom
PROSES mengukir kayu gaharu. - Foto Poliana Ronnie Sidom

UKIRAN Jakiy menggunakan kayu gaharu turut mendapat perhatian orang kenamaan. - Foto Poliana Ronnie Sidom
UKIRAN Jakiy menggunakan kayu gaharu turut mendapat perhatian orang kenamaan. - Foto Poliana Ronnie Sidom

Jakiy berkata, ramai penduduk terutama di luar bandar berlumba-lumba menanam pokok gaharu sebaik menyedari nilainya, namun sebahagian besar mereka tidak memperoleh hasil diharapkan susulan tiada vaksin digunakan.

"Harga vaksin yang mahal antara RM100 hingga RM200 satu mililiter menyebabkan ada yang tidak sanggup meneruskan tanaman pokok gaharu.

"Sejak tiga tahun lalu, saya belajar menghasilkan vaksin sendiri menggunakan bahan organik selepas menghadiri beberapa kursus," katanya sambil menambah susulan kejayaan menghasilkan vaksin berkenaan, ramai penanam meminta bantuannya bagi perkhidmatan menyuntik vaksin.

Jakiy berkata, dia pernah memperoleh pendapatan RM12,000 sehari susulan perkhidmatan suntikan vaksin yang disediakannya itu.

Selain menjadi pengukir gaharu, Jakiy berharap mampu memperluaskan perniagaan menjual vaksin bagi komoditi itu sekali gus mengubah corak kehidupan keluarganya daripada hanya petani kepada usahawan pada masa depan.

HARGA bagi setiap ukiran yang dijual bergantung kepada saiz teras kayu. - Foto Poliana Ronnie Sidom
HARGA bagi setiap ukiran yang dijual bergantung kepada saiz teras kayu. - Foto Poliana Ronnie Sidom

FAKTA NOMBOR

  • Nilai kayu gaharu RM5,000 hingga RM10,000 sekilogram
  • Harga vaksin RM100 hingga RM200 satu mililiter

INFO POKOK GAHARU

  • Gaharu berakar umbi dalam kehidupan masyarakat di Timur Tengah sebagai budaya mereka
  • Bau asap daripada damar pokok gaharu yang dibakar menggambarkan status keluarga iaitu lebih harum baunya, lebih tinggi status mereka.
  • Mempunyai beberapa gred dengan yang terbaik dipanggil Double Super disusuli Super A, A dan B.
  • Spesies pokok gaharu paling lazim di Malaysia adalah Aquilaria Malaccensis.

Berita Harian X