Ahad, 22 Mei 2016 | 12:04am
SAIFUL Nizam menggunakan masa senggang terutama hujung minggu bagi menyiapkan tempahan parang dan pisau yang diterima.
SAIFUL Nizam menggunakan masa senggang terutama hujung minggu bagi menyiapkan tempahan parang dan pisau yang diterima.
PADA peringkat permulaan, lakaran dibuat pada kertas sebelum melukis pada kayu serta terus memotong mengikut bentuk yang mahu dihasilkan.
PADA peringkat permulaan, lakaran dibuat pada kertas sebelum melukis pada kayu serta terus memotong mengikut bentuk yang mahu dihasilkan.
PEMBUATAN parang atau pisau melalui beberapa proses
PEMBUATAN parang atau pisau melalui beberapa proses
SAIFUL Nizam sentiasa mengutamakan mutu parang dan pisau yang dihasilkan.
SAIFUL Nizam sentiasa mengutamakan mutu parang dan pisau yang dihasilkan.

Guru parang dan pisau pada hujung minggu

MINAT menghasilkan seni logam ini bermula dengan mengenal pasti kayu yang sesuai untuk dibuat sarung parang dan pisau.
MINAT menghasilkan seni logam ini bermula dengan mengenal pasti kayu yang sesuai untuk dibuat sarung parang dan pisau.

MINAT mendalam terhadap seni kraf tangan tradisional dalam pembuatan parang dan pisau tidak disia-siakan oleh Saiful Nizam Sayuti.

Guru Cemerlang Matematik di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tengi berusia 47 tahun tidak pernah jemu menghasilkan kerja tangan berasaskan logam yang bermutu sehingga mendapat permintaan dari negara jiran iaitu Brunei dan Singapura.

Sebelum membabitkan diri dalam seni kraftangan ini beliau terlebih dahulu mempelajari seni ukiran Melayu tradisional daripada ayahnya, Sayuti Samad yang kebetulan seorang tukang rumah yang mahir mengukir dekorasi rumah.

Pengalaman itu digabungkan dengan kemahiran seni logam sehingga berjaya menghasilkan parang dan pisau bermutu serta bercirikan kraf tangan Melayu.

Saiful berkata beliau menggunakan masa senggang terutama pada hujung minggu sebagai kerja kedua, selain mengajar pada hari biasa dan ini bukan sahaja dapat memanfaat masa yang ada tetapi boleh menambah pendapatan sampingan.

PARANG yang ditempa menggunakan besi bermutu tinggi yang ditempah dari kilang besi di Johor.
PARANG yang ditempa menggunakan besi bermutu tinggi yang ditempah dari kilang besi di Johor.

Katanya, minat mendalam beliau dalam seni logam ini bermula pada tahun 2005 dengan mempelajari kaitan kayu terlebih dahulu bagi membantu dirinya mengenal pasti jenis kayu yang sesuai untuk dibuat sarung pada parang dan pisau.

" Antara kayu yang sering saya gunakan untuk membuat sarung iaitu kayu kemuning emas, penawar hitam, rengas, serian batu, akasia dan sepetir.

"Untuk membuat sebilah parang atau pisau maka perlu menjalani beberapa proses terlebih dahulu.

"ini bagi memastikan kedua-duanya itu benar-benar bermutu serta memuaskan hati pelanggan yang memang gemar menggunakan parang dan pisau yang menampilkan ciri kemelayuan," katanya.

SEBAHAGIAN daripada parang dan pisau dihasilkan Saiful Nizam dijual pada harga sekitar RM 100 sehingga RM 900 sebilah. Saiful Nizam.
SEBAHAGIAN daripada parang dan pisau dihasilkan Saiful Nizam dijual pada harga sekitar RM 100 sehingga RM 900 sebilah. Saiful Nizam.

Beliau berkata, pada peringkat permulaan beliau akan melakar pada kertas terlebih dahulu dan melukis pula pada kayu serta terus memotong ikut bentuk ulu yang mahu dihasilkan.

Kemudiannya, menebuk pada ulu untuk dimasukkan puting parang dan ulu akan digosok sehingga menghasilkan bentuk mengikut lakaran yang dibuat pada proses permulaan tadi.

Beliau juga menggunakan besi khas bermutu tinggi yang ditempah dari sebuah kilang besi di Johor kerana besi itu sememangnya terkenal dengan ketahanan terutama bagi tujuan melapah dan menyembelih haiwan.

Saiful berkata harga parang dan pisau yang dijualnya sekitar RM 100 sehingga RM 900.

Berita Harian X