Jumaat, 20 Mei 2016 | 12:05am
LINDA menaruh harapan agar dia diterima kembali oleh masyarakat apabila dibenarkan keluar dari penjara kelak. Foto Adi Safri
LINDA menaruh harapan agar dia diterima kembali oleh masyarakat apabila dibenarkan keluar dari penjara kelak. Foto Adi Safri
AKTIVITI banduan di Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri
AKTIVITI banduan di Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri
SEBAHAGIAN aktiviti banduan di Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri
SEBAHAGIAN aktiviti banduan di Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri

Dera anak hanya undang kekesalan


KAJANG: Hanya kekesalan terbuku di dada, apatah lagi hukuman penjara yang dijalani sejak Oktober tahun lalu atas kesalahan mendera anak, membuatkan Siti (bukan nama sebenar), jauh daripada dakapan anak-anak.

Ibu kepada enam cahaya mata berusia 33 tahun dari Johor itu, didapati bersalah mendera anak keduanya dikatakan sering keluar melepak hingga jauh malam.

Siti didakwa memukul anak gadisnya dengan penyangkut baju di bahagian kaki hingga meninggalkan bekas hingga menyebabkan lebam pada anggota badan itu.

Kejadian itu disedari apabila kebetulan ada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berada di flet tempat Siti menginap ternampak kaki anak siti lebam seakan kena dera.

Selepas pendakwaan, Siti disabitkan kesalahan mendera manakala suaminya turut bersalah kerana bersubahat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. Mereka dikenakan hukuman penjara dua tahun.

SEBAHAGIAN aktiviti banduan di Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri
SEBAHAGIAN aktiviti banduan di Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri

Kedua-dua pasangan dihantar Penjara Kluang, Johor, namun sejak Februari lalu Siti dipindahkan ke Penjara Wanita Kajang dan dijangka dibebaskan, pada Februari tahun depan.

"Saya kesal kerana gagal menggalas amanah sebagai ibu yang baik. Anak jadi liar dan tidak mendengar cakap. Saya hanya sibuk dengan kerjaya dan anak terbiar ditinggalkan di rumah.

"Di penjara ini membuatkan saya memikirkan banyak perkara mengenai anak-anak. Mereka hilang belaian kasih ibu dan membulatkan harapan untuk jadi ibu bertanggungjawab apabila di bebaskan nanti," luahnya kepada BH, baru-baru ini.

Rindu anak

Sepanjang di sini dia bersyukur dan berpeluang mengubah diri ke arah kebaikan, mampu mengaji dan mendalami al-Quran sekali gus mendekatkannya dengan Ilahi.

"Saya serik dan tidak mahu lagi berada berada di sini. Saya sangat rindukan anak-anak terutama yang paling kecil, kerana ketika ditahan tahun lalu, saya masih lagi tempoh berpantang.

SEBAHAGIAN daripada aktiviti banduan di Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri
SEBAHAGIAN daripada aktiviti banduan di Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri

"Dalam masa sama, saya rindukan suami yang juga ditahan tetapi masih di Penjara Kluang kerana disabitkan kesalahan bersubahat tidak melaporkan penderaan kepada pihak berwajib. Ini hukuman atas kecuaian suami isteri," katanya.

Serik dengan hukuman itu, jauh di lubuk hatinya, dia berharap diberikan peluang pekerjaan tanpa di diskriminasi di sebalik status banduan.

"Saya mahu melupakan pengalaman dipenjara ini kerana seumur hidup tidak pernah membayangkan terkurung di sebalik tirai besi, walaupun dibenarkan sesekali menghubungi anak dan keluarga, tetap rasa terasing.

"Saya berharap dapat pekerjaan supaya mampu menyara kami anak-beranak. Tidak kisah apa saja pekerjaan asalkan ia halal," katanya.

KERINDUAN kepada keluarga adalah antara yang sering bermain dalam minda banduan di Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri
KERINDUAN kepada keluarga adalah antara yang sering bermain dalam minda banduan di Penjara Wanita Kajang. - Foto Adi Safri

Hikmah dipenjara

Sebelum ini Siti bekerja sebagai juruwang di restoran makanan segera.

Tiga anaknya kini di bawah jagaan JKM, manakala dua lagi dipelihara bapanya dan bayinya dijaga keluarga mentuanya.

Meskipun hukuman itu hingga tahun depan, Siti tetap berusaha membuat rayuan supaya hukuman disingkatkan kerana mahu memulakan kehidupan baharu.

"Sudah lama kami sekeluarga berjauhan dan biar selepas ini kami dapat bersama membina keluarga bahagia, saya berazam mahu menerapkan pendekatan agama yang banyak dipelajari di penjara dalam mendidik mereka," katanya.

Siti juga mengakui dia tidak tahu memukul anak sebegitu boleh disabitkan dengan penjara, kerana baginya dia hanya mahu memberi pengajaran.

HUKUMAN yang dilalui, diharap membawa pengajaran sebagai sempadan pada masa depan. Foto Adi Safri
HUKUMAN yang dilalui, diharap membawa pengajaran sebagai sempadan pada masa depan. Foto Adi Safri

INFO:

  • Disabitkan dengan Akta Kanak-Kanak 2001.
  • Boleh diperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
  • Siti ibu kepada lapan cahaya mata (dua sudah meninggal dunia).
  • Empat kali perkahwinan.
Berita Harian X