Isnin, 9 Mei 2016 | 1:03am
PEKERJA memasukkan kerang ke dalam guni bagi memudahkan proses mengangkat sebelum proses pengasingan dan pembersihan kerang. - Foto Syarafiq Abd Samad
PEKERJA memasukkan kerang ke dalam guni bagi memudahkan proses mengangkat sebelum proses pengasingan dan pembersihan kerang. - Foto Syarafiq Abd Samad
KERANG yang sudah siap diproses dimasukkan ke dalam guni sebelum diambil oleh pembeli. - Foto Syarafiq Abd Samad
KERANG yang sudah siap diproses dimasukkan ke dalam guni sebelum diambil oleh pembeli. - Foto Syarafiq Abd Samad
NELAYAN ketika mengambil kerang di Batu Pahat, Johor. - Foto Syarafiq Abd Samad
NELAYAN ketika mengambil kerang di Batu Pahat, Johor. - Foto Syarafiq Abd Samad
ABDULLAH Komeng melihat keadaan kerang sebelum di proses di Batu Pahat, Johor. - Foto Syarafiq Abd Samad
ABDULLAH Komeng melihat keadaan kerang sebelum di proses di Batu Pahat, Johor. - Foto Syarafiq Abd Samad
PEKERJA melakukan proses pengasingan dan pembersihan kerang sebelum dijual kepada pembeli di Batu Pahat, Johor. - Foto Syarafiq Abd Samad
PEKERJA melakukan proses pengasingan dan pembersihan kerang sebelum dijual kepada pembeli di Batu Pahat, Johor. - Foto Syarafiq Abd Samad

Sindiket seludup benih kerang Johor ke Thailand

BATU PAHAT: Benih kerang dikenali sebagai Emas Hitam dari perairan Johor, kini menjadi sasaran nelayan asing dan penceroboh mengutipnya secara haram untuk diseludup ke negara jiran.

Johor menjadi sasaran selepas kepupusan benih kerang di perairan Selangor dan Perak, angkara kegiatan sama, selain pengaruh iklim, pencemaran serta pengerasan dasar laut yang merosakkan habitatnya.

Kepupusan benih angkara penyeludupan boleh mengganggu bekalan kerana negara tidak mengimport hidupan terbabit, sebaliknya bergantung penuh kepada hasil tempatan.

PEKERJA membuang kerang bersaiz kecil bagi proses pembiakan kerang di Batu Pahat, Johor. - Foto Syarafiq Abd Samad
PEKERJA membuang kerang bersaiz kecil bagi proses pembiakan kerang di Batu Pahat, Johor. - Foto Syarafiq Abd Samad

Walaupun harganya pernah turun serendah RM2 sekilogram pada tahun lalu, namun harga kerang kini mencapai RM10 sekilogram di pantai timur.

Kerang yang nama saintifiknya Anadara Granosa itu, membiak subur di Johor, kerana perairan dari Muar hingga Pontian masih berlumpur semula jadi.

Benih kerang Johor yang berkualiti tinggi, biasanya dijual kepada penternak dalam negara di antara RM400 hingga RM600 setiap satu tin seberat 18 kilogram (kg) berisi sehingga sejuta biji kerang bergantung saiz.

Namun harga itu mencapai RM1,000 hingga RM4,000 satu tin apabila diseludup ke negara jiran terutama Thailand, melalui jalan darat menggunakan lori dan kereta.

BATU Pahat lokasi pengeluaran benih kerang . - Foto Syarafiq Abd Samad
BATU Pahat lokasi pengeluaran benih kerang . - Foto Syarafiq Abd Samad

Penyeludup biasanya menggunakan tongkah atau sampan kecil digelar 'selipar' untuk meluncur di permukaan lumpur ketika mengutip benih kerang sebelum dibawa ke daratan.

Modus operandi itu menyebabkan bot Pasukan Polis Marin (PPM) sukar mendekati mereka menerusi perairan kerana lumpur, sebaliknya terpaksa menunggu di daratan.

Jabatan Perikanan menganggarkan 5,544 hektar perairan Johor kaya dengan kerang, berpotensi dibangunkan sebagai estet, bagi memastikan pengeluarannya kekal dalam jumlah besar untuk tempoh panjang.

Mengakui ancaman kecurian benih kerang, Pengarah Perikanan Johor, Munir Mohd Nawi, berkata pihaknya kini bekerjasama dengan PPM serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi membanteras kegiatan itu.

ANTARA benih kerang yang terdapat di Batu Pahat. - Foto Syarafiq Abd Samad
ANTARA benih kerang yang terdapat di Batu Pahat. - Foto Syarafiq Abd Samad

Beliau berkata, peningkatan populasi kerang dalam jumlah luar biasa di perairan Johor, menyebabkan nelayan negara jiran turut beralih arah ke sini bagi mencuri sumber laut itu.

"Harga benih kerang amat tinggi di Thailand kerana perairan di sana tidak sesuai sebagai habitat pembiakan secara semula jadi sehingga terpaksa diimport.

"Di Johor, benih kerang hanya boleh dikutip untuk jualan kepada tapak projek penternakan di Perak, Selangor atau Pulau Pinang. Tiada permit eksport dibenarkan bagi menjaga ekosistem perairan negara serta nasib nelayan tempatan terus terbela," katanya.

Beliau berkata, selain benih tidak dieksport, kerang dewasa juga tidak diimport ke negara ini, menyebabkan harga pasaran hidupan itu bergantung kepada pengeluaran tempatan sepenuhnya.

SAIZ kerang yang dibenarkan oleh Jabatan Perikanan bagi mengelak saiz lebih kecil turut dijual di Batu Pahat, Johor. - Foto Syarafiq Abd Samad
SAIZ kerang yang dibenarkan oleh Jabatan Perikanan bagi mengelak saiz lebih kecil turut dijual di Batu Pahat, Johor. - Foto Syarafiq Abd Samad

Berikutan itu, pada tahun lalu harga kerang pernah turun serendah RM2 sekilogram dan melambung kepada RM8 sekilogram.

Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang, berkata kecurian benih serta kerang dewasa di perairan pantai barat negara di Selat Melaka, membabitkan sindiket terancang.

"Di perairan Johor, kecurian dilaporkan kerap berlaku sekitar perairan Pontian dan Batu Pahat. Berdasarkan statistik, sembilan kes kecurian membabitkan benih kerang ditumpaskan sejak 2014 sehingga awal tahun ini.

"Dua kes curi benih kerang dipatahkan pada tahun 2014 didalangi dua lelaki tempatan yang ditahan bersama 123 guni hidupan itu bernilai RM177,000.

PEKERJA memasukkan kerang ke dalam guni bagi memudahkan proses mengangkat sebelum proses pengasingan dan pembersihan kerang di Batu Pahat, Johor. - Foto Syarafiq Abd Samad
PEKERJA memasukkan kerang ke dalam guni bagi memudahkan proses mengangkat sebelum proses pengasingan dan pembersihan kerang di Batu Pahat, Johor. - Foto Syarafiq Abd Samad

"Pada 20 April lalu, PPM menggagalkan cubaan sindiket mencuri benih kerang apabila menahan sembilan lelaki termasuk empat warga Indonesia bersama 32 guni bernilai RM30,830 yang dibawa dengan 15 tongkah," katanya.

Khon Chiang berkata, kebanyakan lokasi kecurian benih kerang berlaku di kawasan berlumpur berhampiran pantai serta lokasi terselindung, yang meyukarkan PPM menahan pelakunya.

Sementara itu, peningkatan populasi kerang di perairan negeri ini, khususnya dari Muar hingga Pontian, membolehkan nelayan tempatan yang mengutipnya, memperoleh pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.

Munir mengakui peningkatan mendadak pengeluaran kerang di perairan Johor sejak setahun lalu, membolehkan nelayan meraih pendapatan lumayan.

"Di Pontian, kita mewujudkan Projek Komuniti Nelayan Kerang dengan peserta diberi lot kawasan kerang, bukan setakat mengutip tetapi membiak secara menabur benih serta menjaganya daripada diceroboh.

ABDULLAH Komeng menunjukkan lesen bagi mengambil kerang. - Foto Syarafiq Abd Samad
ABDULLAH Komeng menunjukkan lesen bagi mengambil kerang. - Foto Syarafiq Abd Samad

"Hasil inisiatif ini, 42 nelayan sekitar Penerok, Permas dan Kukup, Pontian, misalnya mampu mengutip kerang purata 3,000 kilogram setiap hari, yang dijual kepada peraih atau pelanggan pada harga RM3.50 sekilogram.

"Biasanya mereka mengutip kerang 22 hari setiap bulan dan mampu memperoleh pendapatan berkumpulan hampir RM250,000. Apabila diagihkan, masing-masing memperoleh pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000," katanya.

Munir berkata, Jabatan Perikanan sedang membangunkan estet kerang di perairan barat Johor dari Tangkak sehingga Kukup Laut, membabitkan 25 komuniti nelayan meliputi 1,500 peserta dengan sasaran pengeluaran 10,000 tan tahun ini.

Ketua Komuniti Pangkalan Nelayan Sungai Ayam, Abdullah Komeng, 41, berkata peningkatan pengeluaran kerang bukan setakat rahmat kepada nelayan negeri ini, malah membuatkan mereka komited menjaga ekosistem dan persekitaran perairan demi pendapatan yang konsisten.

"Di sini, sembilan nelayan aktif mengutip kerang dengan hasil mencecah antara satu sehingga tiga tan setiap hari mengikut permintaan peraih serta pelanggan kami.

KERANG akan direbus terlebih dahulu sebelum proses mengupas kerang di Batu Pahat, Johor. - Foto Syarafiq Abd Samad
KERANG akan direbus terlebih dahulu sebelum proses mengupas kerang di Batu Pahat, Johor. - Foto Syarafiq Abd Samad

"Hasil kutipan kami mampu mencecah nilai RM3,000 hingga RM5,000 sehari. Ia dikumpulkan sehingga sebulan sebelum diagihkan di antara kami.

"Setiap bot kecil nelayan mampu membawa sehingga 300 kilogram kerang dengan peralatan termasuk penangguk khas yang dibenarkan Jabatan Perikanan.

 

"Kerang dibawa ke pangkalan sebelum diproses dengan mesin khas bagi memilih kerang dewasa bersaiz 24 hingga 27 milimeter (mm), yang kecil daripada itu akan ditaburkan kembali di laut supaya membesar," katanya.

Berita Harian X