X
Sabtu, 23 Januari 2016 | 12:03am
AMALKAN pemakanan yang seimbang.
AMALKAN pemakanan yang seimbang.

Senaman, makan seimbang bantu kesihatan

LIMA daripada 10 rakyat di rantau Asia Pasifik sanggup menggunakan masa sebanyak 10 hingga 30 minit sehari untuk mengubah gaya hidup mereka ke arah yang lebih sihat.

Laporan penyelidikan daripada syarikat pembekal makanan nutrisi Herbalife Malaysia di seluruh rantau Asia Pasifik baru-baru ini, mendapati majoriti penduduk mempercayai pilihan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif memperbaiki kehidupan mereka.

Penyelidikan itu membabitkan 1,200 responden di enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Australia, Filipina, Korea Selatan dan Thailand.

Gaya hidup tidak sihat, tingkat risiko penyakit

Penyelidikan menunjukkan 74 peratus masyarakat di rantau itu prihatin terhadap risiko penyakit yang berpunca daripada gaya hidup tidak sihat.

Bagaimanapun, kebanyakan daripadanya dilaporkan tidak dapat meneruskan gaya hidup sihat kerana terpaksa berdepan pelbagai cabaran yang menghalang usaha itu.

Ini terbukti apabila 71 peratus responden mendakwa tidak mempunyai masa bersenam dan 48 peratus menganggap pilihan pemakanan sihat memerlukan kos yang tinggi.

Sementara itu, 45 peratus responden pula, mendakwa tidak mempunyai masa membuat pilihan pemakanan yang betul.

MENGGABUNGKAN senaman mudah sebagai rutin harian
MENGGABUNGKAN senaman mudah sebagai rutin harian

Kebimbangan terhadap kesihatan

7 daripada 10 pengguna > 74 peratus prihatin terhadap risiko penyakit berpunca daripada gaya hidup tidak sihat.

9 daripada 10 pengguna > 85 peratus percaya perubahan gaya hidup membantu memperbaiki kesejahteraan hidup.

Dianggarkan 87 peratus percaya bahawa pilihan pemakanan lebih baik membantu mereka mencapai matlamat ini.

92 peratus percaya bahawa bersenam dengan lebih kerap membantu mereka mencapai tahap ini.

76 peratus pula percaya bahawa pengetahuan mengenai kesihatan dan gaya hidup aktif membantu mencapai matlamat ini.

PEMILIHAN GAYA HIDUP AKTIF, SIHAT

4 daripada 10 pengguna > 36 peratus pengguna akan menggunakan masa sebanyak 10 hingga 30 minit sehari untuk mengubah gaya hidup mereka bagi memperbaiki kesejahteraan hidup.

76 peratus memilih menambah ilmu mengenai kesihatan dan mendapatkan nasihat pakar.

96 peratus memilih untuk bersenam dengan lebih kerap.

87 peratus memilih untuk mengamalkan pemakanan yang sihat.

CABARAN GAYA HIDUP SIHAT DAN AKTIF

71 peratus tidak mempunyai masa untuk bersenam

48 peratus mendakwa pilihan pemakanan sihat memerlukan kos yang tinggi

45 peratus tidak mempunyai masa untuk membuat pilihan pemakanan yang betul

TIGA MASALAH KESIHATAN DALAM KALANGAN WARGA TUA YANG MENJADI KEBIMBANGAN MASYARAKAT MALAYSIA.

MENTAL; JANTUNG; TULANG ATAU SENDI

PANDUAN GAYA HIDUP SIHAT

PEMAKANAN

Mengambil bijirin penuh dan bukannya bijirin diproses

Makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran membuatkan anda kenyang untuk tempoh yang lebih lama.

SENAMAN

Menggabungkan senaman mudah sebagai rutin harian. Contohnya, anda memilih menggunakan tangga berbanding lif.

NASIHAT PAKAR KESIHATAN

Cara mengurangkan risiko penyakit berkaitan berat badan adalah dengan menggabungkan makanan gantian seperti Herbalife Formula One Shake dengan asid lemak Omega 3 yang terdapat dalam minyak ikan untuk membantu pengurusan berat badan bagi pengguna yang sibuk dengan rutin harian.

Berita Harian X