Jumaat, 18 Disember 2015 | 12:03am

Penjagaan diri pada musim perayaan

PENJAGAAN kulit adalah rutin yang tidak sepatutnya diabaikan walaupun ketika anda sedang bergembira menikmati musim perayaan atau juga percutian.

Musim perayaan ini menjadi lebih bermakna bagi orang tersayang jika anda menghadiahkan mereka dengan set lengkap penjagaan diri.

Minggu ini, Pesona Cantik memaparkan beberapa lagi produk yang mungkin mampu dijadikan hadiah menarik sempena sambutan Hari Natal dan juga tahun baharu yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Koleksi edisi terhad

Pelbagai jenama kosmetik menawarkan pakej lengkap menarik untuk mereka yang mementingkan penjagaan kulit yang sempurna tidak kira dalam apa situasi sekalipun.

Edisi terhad yang ditawarkan ini mampu mencetuskan keseronokan dan cita rasa untuk menambahkan lagi kemeriahan ketika perayaan serta sambutan tahun baharu anda supaya menjadi kenangan yang sukar dilupakan kelak.

Kulit gebu bersinar

Musim perayaan tidak bermakna anda perlu mengabaikan penjagaan kulit wajah dan set Great Skin Everywhere dari Clinique ini paling tepat untuk kegunaan anda ketika waktu begini. Ia mengandungi Liquid Facial Soap bagi membersihkan wajah selain Clariying Lotion Twice A Day Exfoliator yang membantu menutup cela dan menjadikan kulit kelihatan gebu dan bersinar.

Ia juga mengandungi Dramatically Different Moisturizing Lotion bagi melembapkan kulit. Satu set untuk kegunaan di rumah dan satu set untuk kembara semuanya dalam sebuah beg eksklusif dengan dua pilihan warna iaitu merah jambu dan oren.

Harga: RM390.

Beri nutrisi diperlukan

Set lengkap Vine Body Luxury dari Caudalie ini mampu melindungi kulit anda untuk kelihatan lembut umpama satin tanpa sebarang cela.

Rawatan sebenar untuk kulit ini ia bukan saja meresap jauh ke dalam tetapi juga memberikan nutrisi yang diperlukan untuk kulit kering hingga ke jenis yang benar-benar kering.

Anda juga boleh merawat kuku dengan Hand and Nail Cream selain set penjagaan untuk bibir bagi memastikan ia sentiasa kekal lembap dan cantik.

Harga: RM135.

Set hadiah untuk si dia

Produk edisi terhad Pamplemousse Rhubar-Fragrance Set dari L'Occitane ini mampu menceriakan musim perayaan anda dengan set hadiah yang menarik sebagai bingkisan kepada orang tersayang atau keluarga tercinta.

Ia mengandungi wangian eu de Toilette, Shower Gel dan Body Milk yang dimuatkan dalam kotak khas yang cukup menarik. Dengan haruman semerbak dan menyegarkan koleksi ini adalah yang terbaik sempena musim perayaan ini. Harga:

RM490.

Rawatan mata

Set Moisture That Matters dari Clinique ini mampu menyerlahkan wajah dan bahagian mata anda untuk merawat bahagian bawah mata. Ia mengandungi Moisture Surge Extended Thirst Relief dan Moisture Surge Overnight Mask yang mampu mengekalkan hidrasi kulit yang segera dan kekal berpanjangan.

Set istimewa ini didatangkan dalam beg menarik dengan dua pilihan warna iaitu merah jambu dan oren lembut.

Harga RM185.

Penjagaan dari hujung rambut

Musim perayaan ini mungkin lebih bermakna kepada si dia jika anda memilih set Perfectly Happy dari Clinique ini sebagai hadiah untuk menggembirakan hatinya. Set lengkap dari hujung rambut hingga hujung kaki ini mampu menyempurnakan hari anda dengan sentuhan haruman sitrus dan bunga-bungaan segar.

Ia mengandungi Happy Perfume Spray, Happy Body Cream dan Happy Perfume Rollerball ang didatangkan dalam kotak yang menarik.

Harga: RM 210.

INFO

Lima makanan bantu dapatkan kulit cantik

1. Salmon

-Salmon sangat baik untuk mengatasi tekanan, kecemasan dan kemurungan. Ikan ini juga kaya dengan asid lemak omega-3 yang membantu mengurangi inflamasi, kerut, dan jerawat. Malah, makanan tinggi omega-3 dapat membantu menghidrasi kulit.

2. Minyak kelapa

Ia mengandungi asid lauric, ejen antibakteria dan antivirus yang kuat mengusir virus, infeksi, inflamasi, dan jerawat. Minyak kelapa juga kaya akan asam lemak dan vitamin E, yang dapat membuat kulit anda lembut dan bebas jerawat.

3. Teh hijau

Mengambil teh hijau setiap hari dapat membuatkan tubuh anda sihat, sekali gus memberi nutrisi untuk kulit. Teh hijau mengandungi antioksidan dan asid amino yang unik, L-theanine yang membantu merehatkan tubuh dan menurunkan stres.

4. Betik

Buah betik rendah fruktosa dan mengandungi nutrisi antioksidan, kaya vitamin C dan E serta beta karoten yang bagus untuk mencegah inflamasi dan jerawat. Vitamin C juga membantu kulit anda terhindar daripada kerosakan akibat sinar matahari.

5.Karot

Karot kaya vitamin A yang mencegah penghasilan sel berlebihan dalam lapisan luar kulit. Vitamin A juga mengurangi perkembangan sel kanser kulit. Jadi, pastikan anda minum setengah cawan air karot setiap hari untuk kulit yang sempurna.

Berita Harian X