Ahad, 15 November 2015 | 12:10am
SUASANA di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
SUASANA di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
HASIL laut turut dijual di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
HASIL laut turut dijual di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
PENIAGA wanita turut mencari pendapatan di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
PENIAGA wanita turut mencari pendapatan di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
SAYUR kampung dijual di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
SAYUR kampung dijual di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
TAMU Kota Belud dibuka setiap Ahad seawal jam 6 pagi. - Foto Lano Lan
TAMU Kota Belud dibuka setiap Ahad seawal jam 6 pagi. - Foto Lano Lan
BARANGAN keperluan seperti makanan sehinggalah kraftangan dijual di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
BARANGAN keperluan seperti makanan sehinggalah kraftangan dijual di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
SURI RUMAH membeli keperluan di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
SURI RUMAH membeli keperluan di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
PENGUNJUNG dari daerah lain turut datang di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
PENGUNJUNG dari daerah lain turut datang di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
SEBAHAGIAN penjual sigup kirai atau tembakau di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
SEBAHAGIAN penjual sigup kirai atau tembakau di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan

Uniknya Tamu Kota Belud, bukan sekadar pasar minggu

SEBAHAGIAN orang ramai yang berkunjung di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
SEBAHAGIAN orang ramai yang berkunjung di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan

KUNJUNGAN ke Kota Belud yang mendapat jolokan sebagai 'daerah koboi timur' di Sabah, tidak lengkap jika tidak mengunjungi tamu mingguan setiap Ahad di daerah itu.

Terletak di Kampung Siasai, tamu mingguan itu atau dipanggil 'semio' dalam bahasa tempatan, cukup terkenal dan keunikannya meniti dari bibir ke bibir pelancong yang pernah mengunjunginya.

Setiap Ahad seawal jam 6 pagi, orang ramai mula memenuhi tamu berkenaan yang terletak 76 kilometer dari Kota Kinabalu untuk membeli barangan keperluan daripada makanan hingga kraftangan, dengan ada pengunjung datang dari daerah lain seperti Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang mahupun Ranau.

Apa yang menariknya, pelancong ke Sabah tidak perlu meredah kampung untuk menyelami budaya masyarakat pelbagai kaum di daerah itu sama ada Bajau, Kadazandusun, Irranun dan Cina, sebaliknya boleh berkunjung ke tamu yang menjadi lokasi perniagaan dan pertemuan masyarakat pelbagai kaum.

Bagi penulis, uniknya tamu Kota Belud adalah selain berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu, peniaga atau pengunjung mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa etnik dan jangan terkejut jika mendengar masyarakat Cina bercakap dalam bahasa Bajau, Kadazandusun serta Iranun.

PELBAGAI barangan dijual di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
PELBAGAI barangan dijual di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan

Menyusuri tamu itu yang kini dilengkapi tempat berniaga selesa termasuk berbumbung, selain sebahagian masih mengekalkan gerai diperbuat daripada kayu, pengunjung berpeluang mendengar irama dari paluan muzik tradisional seperti gong dan kulintangan yang dijual oleh peniaga.

Jika bernasib baik, pengunjung berpeluang menyaksikan 'pertunjukan' ringkas kebudayaan suku kaum di Kota Belud, yang mana ia dipersembahkan dalam bentuk pameran 'pakaian tradisi' atau pameran 'peralatan kebudayaan tradisi' seperti gong, kulintangan dan gendang serta pakaian tradisi suku kaum Bajau, Iranun dan Kadazandusun.

Sambil menikmati bunyi gong atau kulintangan, pengunjung yang mungkin mahu menikmati makanan atau kuih tradisional berpeluang berbuat demikian kerana di tamu itu ada banyak gerai menjual kuih tradisi antaranya penjaram, jala, baulu, penganan, kerepek ubi, sapit dan berati, tidak terkecuali makanan seperti pecal dan ketupat.

Seelok-eloknya, jika mahu ke tamu Kota Belud, berkunjunglah pada awal pagi kerana selain cuaca tidak begitu panas, pelbagai jenis barangan jualan masih banyak pilihan.

Meneruskan perjalanan di tamu itu yang rasanya tidak sampai sejam untuk diterokai sepenuhnya, tidak lengkap jika tidak berkunjung ke bahagian kraftangan yang menjadi kemestian bagi setiap pengunjung.

PELBAGAI jenis kraftangan tempatan diperbuat daripada rotan dan mengkuang antara dijual di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan
PELBAGAI jenis kraftangan tempatan diperbuat daripada rotan dan mengkuang antara dijual di Tamu Kota Belud. - Foto Lano Lan

Pelbagai jenis kraftangan tempatan diperbuat daripada rotan, mengkuang, kayu dan besi diniagakan antaranya tudung saji atau dikenali sebagai 'tudung duang', tikar selisir, sumpoton, tikar mengkuang, bingkar gambar dan tangkai kunci.

Barangan kraftangan itu bukan saja boleh dijadikan kenangan, malah boleh dijadikan hadiah atau ole-ole kepada saudara dan rakan.

Apa yang menariknya, jika berminat membeli barangan di tamu, harga boleh dikurangkan bergantung kepada kecekapan pembeli 'menawar' harga.

Selain kraftangan, makanan dan kuih tradisional, gerai menjual pelbagai jenis sayur kampung hingga sayur dari tanah tinggi dan makanan laut seperti ikan, sotong, udang dan ketam juga dijual di tamu itu, selain pelbagai jenis ikan masin termasuk ikan masin liking yang popular di Kota Belud.

Bagi mereka yang mahu memakan sirih dan menghisap kirai iaitu sirih, kapur, gambir, kirai dan tembakau - ada dua baris gerai papan disediakan di tamu berkenaan.

gn4id:10547495

Walaupun tiada lagi operasi penjualan ternakan hidup iaitu kerbau dan lembu yang menjadi aset terpenting tamu sejak awal tahun 1900, tetapi penjualan ayam kampung masih diteruskan hingga hari ini.

Puas mengelilingi tamu, pengunjung boleh singgah di gerai makanan yang menjual pelbagai jenis juadah terutama soto atau lebih dikenali sebagai sup dan air kelapa muda.

Pasar berusia lebih satu dekad

Tamu Kota Belud, yang berusia lebih 135 tahun, dimulakan oleh William Pretyman iaitu Residen British pertama di Tempasuk (kini Kota Belud) pada 13 Disember 1878 dengan tapak asal di Kampung Siasai, kekal hingga kini.

Tamu ini yang beroperasi seawal jam 6 pagi, turut menjadi pusat pertemuan dan peniagaan masyarakat pelbagai kaum merangkumi Bajau, Kadazandusun, Iranun dan Cina.

DATUK Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin.
DATUK Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin.

Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Daerah Kota Belud, Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin, berkata Pretyman adalah individu yang mengasaskan tamu Kota Belud yang ketika itu dikenali sebagai tamu Tempasuk dan ia adalah tamu tertua di Sabah.

Berdasarkan sejarah, katanya, tiga tujuan utama Pretyman mengasaskan tamu adalah memudahkan masyarakat setempat bertemu residen dan pegawai daerah, serta menyatukan tiga etnik terbesar daerah iaitu Bajau, Kadazandusun dan Iranun yang berbalah ketika itu.

"Selain itu, tamu diwujudkan untuk memberi ruang kepada masyarakat berniaga secara tukar barang (sistem barter). Tindakan yang dibuat Pretyman lebih 100 tahun dahulu nampaknya berjaya menyatukan tiga etnik terbesar di daerah berkenaan sehingga hari ini.

"Berikutan kejayaan itu, pemerintahan British ketika itu membuka lagi beberapa tamu lain di peringkat kampung, namun tamu setiap Ahad di Kampung Siasai itu adalah tamu utama.

"Pada masa dahulu, kewujudan tamu amat aktif di peringkat kampung, seperti di Kampung Pandasan pada setiap Selasa, Rosok (Khamis), Taginambur (Jumaat) dan Nabalu (Sabtu). Selain itu, beberapa kampung seperti Timbang Dayang, Payas-Payas dan Taungusi turut ada tamu sendiri," katanya.

Berita Harian X