Selasa, 3 November 2015 | 12:19am
ANTARA hidangan yang terdapat di Warung Bunian. - Foto Fariz Iswadi Ismail.
ANTARA hidangan yang terdapat di Warung Bunian. - Foto Fariz Iswadi Ismail.
MENU nasi lemak yang dibalut dengan telur di Warung Bunian. - Foto Fariz Iswadi Ismail
MENU nasi lemak yang dibalut dengan telur di Warung Bunian. - Foto Fariz Iswadi Ismail
SEBAHAGIAN hidangan untuk makan tengah hari di Warung Bunian. - Foto Fariz Iswadi Ismail
SEBAHAGIAN hidangan untuk makan tengah hari di Warung Bunian. - Foto Fariz Iswadi Ismail
KEISTIMEWAAN juadah tengah hari secara hidang di Warung Bunian. - Foto Fariz Iswadi Ismail
KEISTIMEWAAN juadah tengah hari secara hidang di Warung Bunian. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Warung Bunian gamit pelanggan

'WARUNG Bunian'. Itulah gelaran diberikan pelanggan kepada sebuah kedai makan di Kampung Desa Putra di sini.

Kedai makan yang diberi nama Tapak Sulaiman itu mendapat jolokan Warung Bunian kerana lokasinya yang tersorok dan dilindungi bukit sehingga sering terlindung daripada pandangan mata umum.

Anehnya walaupun tersorok, restoran ini tetap dikunjungi pelanggan dan aura 'bunian' itu terus menarik pelanggan yang ramai setiap hari termasuk mereka yang datang dari jauh seperti Melaka, Johor dan Singapura. 

 

Lebih menarik, apabila mengunjungi kedai berkenaan, anda seolah-olah berada di sebuah majlis kenduri kerana makanan disediakan secara hidang dan semua tetamu akan menikmati menu yang sama. 

 

Pemilik bersama kedai makan berkenaan, Juliza Adlan, 24, berkata menyediakan makan tengah hari secara hidang adalah keistimewaan kedai berkenaan dan jarang dilakukan di tempat lain.

 

Katanya, menu yang disediakan juga sama, iaitu setiap hari terdapat empat menu dalam satu set hidangan dan harganya tidak lebih daripada RM20 untuk seorang. 

WARUNG Bunian terletak di tempat yang agak tersembunyi namun tetap menjadi tumpuan. - Foto Fariz Iswadi Ismail.
WARUNG Bunian terletak di tempat yang agak tersembunyi namun tetap menjadi tumpuan. - Foto Fariz Iswadi Ismail.

Bagaimana pun, katanya, makan tengah hari tidak disediakan pada hari Jumaat dan Ahad.

"Menu pada hari Isnin sehingga Khamis adalah tetap manakala untuk Sabtu bergantung kepada permintaan lebih awal daripada pelanggan berdasarkan konsep siapa cepat, menu dia akan terpilih.

"Sebagai contoh, ada pelanggan yang menempah tiga hari lebih awal untuk datang, dan beliau turut membuat permintaan mengenai menu yang ingin dihidangkan. 

"Jadi pada hari berkenaan, menu untuk semua pelanggan adalah berdasarkan apa yang diminta oleh mereka yang membuat permintaan lebih awal itu," katanya.

 

Juliza berkata, menu yang menjadi pilihan ramai adalah gulai ketam masak lemak cili api.

PEMILIK bersama Warung Bunian, Juliza Adlan. - Foto Fariz Iswadi Ismail
PEMILIK bersama Warung Bunian, Juliza Adlan. - Foto Fariz Iswadi Ismail

"Menu di kedai ini tidak banyak, tetapi ia ada peminat tersendiri seperti udang galah masak lemak cili api, ikan goreng kicap dan udang galah masak sambal," katanya.

Warung Bunian itu dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga jam 3 petang manakala pada hari Sabtu ia tertakluk kepada sambutan pelanggan pada hari berkenaan.

Selain makan tengah hari, ia turut menyediakan menu sarapan pagi, seperti nasi lemak telur bungkus, telur mata atau dadar, serta roti jiwa kacau (roti canai dicarik dan digaul bersama telur)

 

Sementara itu, Liza Mokhtar, 44, berkata beliau memang pelanggan setia kedai makan berkenaan untuk menu makan tengah hari.

 

"Menu yang paling menarik selera saya adalah gulai masak lemak cili api yang disediakan di sini. Ia sangat sedap dan menepati citarasa saya. Saya sanggup datang dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur untuk menikmati makan tengah hari di sini, ia memang tidak mengecewakan.

"Selain itu, suasana seperti 'di rumah' juga boleh dirasai di sini, kerana makanan disediakan secara hidang dan semua pelanggan menikmati menu yang sama, memang tidak rugi untuk melakukan perjalanan semata-mata untuk menikmati makan tengah hari di sini," katanya.

PELANGGAN tetap Warung Bunian, Lisa Mokhtar. - Foto Fariz Iswadi Ismail
PELANGGAN tetap Warung Bunian, Lisa Mokhtar. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Berita Harian X