Jumaat, 16 Oktober 2015 | 12:11am
PRESIDEN Pengasih, Datuk Mohd Yunus Pathi. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PRESIDEN Pengasih, Datuk Mohd Yunus Pathi. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
ANTARA rutin harian penghuni di Rumah Pengasih lengkap berpakaian baju Melayu bersamping dan baju kurung setiap hari Jumaat. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
ANTARA rutin harian penghuni di Rumah Pengasih lengkap berpakaian baju Melayu bersamping dan baju kurung setiap hari Jumaat. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PENGHUNI Rumah Pengasih meluangkan masa menghafaz al-Quran selepas selesai solat berjemaah. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PENGHUNI Rumah Pengasih meluangkan masa menghafaz al-Quran selepas selesai solat berjemaah. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
RUMAH Pengasih. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
RUMAH Pengasih. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PENGHUNI Rumah Pengasih menunaikan solat 5 waktu berjemaah. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PENGHUNI Rumah Pengasih menunaikan solat 5 waktu berjemaah. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Solat berjemaah berimamkan penagih dadah


LAUNGAN azan kedengaran begitu syahdu, disusuli pula ayat suci yang begitu sempurna bacaannya oleh imam pada solat Maghrib ketika saya berjemaah di surau Rumah Pengasih, baru-baru ini.

Terlintas di fikiran saya, bilal dan imam yang bertugas di Pengasih hari itu, tepat kerana bacaannya menepati selera, jika tidak saya pasti menguap kerana kekurangan tidur malam sebelumnya.

Selesai solat, saya menghampiri imam untuk menanyakan dari Jabatan Agama Islam mana beliau datang untuk bertugas di situ.

"Saya famili (penghuni Rumah Pengasih) bang. Bilal pun famili. Abang orang baharu?," soalnya kembali tanpa menyedari, saya sedang melakukan penyamaran untuk melihat realiti kehidupan penghuni Pengasih.

Betapa tebalnya muka saya ketika itu kerana langsung tidak menyangka golongan yang dipinggirkan segelintir masyarakat itu mempunyai kebolehan melaungkan azan dan mengimamkan solat dengan begitu sempurna.

Saya boleh dianggap bertuah kerana secara kebetulan staf Pengasih merangkap ustaz dan imam surau pada waktu itu mempunyai urusan dan tempatnya digantikan penghuni yang sebaya saya iaitu 28 tahun.

PENGHUNI Rumah Pengasih atau lebih mesra dipanggil famili menunaikan solat lima waktu secara berjemaah. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PENGHUNI Rumah Pengasih atau lebih mesra dipanggil famili menunaikan solat lima waktu secara berjemaah. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

"Jadi yang mengajar famili sebelum solat Maghrib tadi famili juga?," soal saya kepadanya selepas melihat seorang lelaki sedang mengajar mengaji beberapa penghuni.

"Ya bang. Ada hari-hari tertentu kita ada kelas tadarus dan tajwid yang ustaz akan ajar," katanya lebih lanjut.

Saya menghampiri seorang lelaki yang baharu menamatkan bacaan, saya memuji bacaannya bukan mahu membodek tetapi hakikatnya sungguh merdu.

"Jangan puji sangat bang. Saya baharu tiga bulan pandai baca. Sebelum ni kenal alif ba ta saja.

"Sekarang ni dah pandai sikit. Bab tajwid ja belum tahu sangat. Masih lagi belajar," katanya yang turut mengakui ada beberapa penghuni mempunyai pengetahuan agama yang cukup baik, namun tersilap langkah.

Dia yang mahu dikenali sebagai Azri, melahirkan kesyukuran diberi peluang berada di Pengasih, sekiranya tidak, belum tentu dia dapat mempelajari bacaan al-Quran.

DATUK Mohd Yunus Pathi memberi kata-kata semangat kepada penghuni Rumah Pengasih. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
DATUK Mohd Yunus Pathi memberi kata-kata semangat kepada penghuni Rumah Pengasih. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Tempoh dua hari satu malam yang diberikan  terlalu singkat bagi saya melihat keistimewaan pusat pemulihan tanpa pagar (yang boleh menyebabkan penghuni melarikan diri pada bila-bila masa) dikendalikan 100 peratus bekas penagih menguruskan penghuni.

Daripada pengamatan pada ketika itu, ada perbezaan ketara antara mereka yang baharu menjadi penghuni dengan yang sudah berbulan-bulan tinggal di situ.

Mereka yang baharu, kelihatan masih dalam khayalan dengan mata yang kelihatan 'kuyu' dan penghuni lama kelihatan seperti insan biasa yang tidak mempunyai masalah ketagihan dadah.

Banyak kisah dikongsi penghuni, termasuk punca mereka terjebak dan taktik menyimpan barangan larangan. Ikuti kisah 'kesilapan' mereka dalam siri kedua, esok.

Berita Harian X