Isnin, 5 Oktober 2015 | 12:11am
PENJENAYAH berpura-pura solat dan mencuri barang-barang jemaah.
PENJENAYAH berpura-pura solat dan mencuri barang-barang jemaah.

TIP JENAYAH: Elak jadi mangsa di tempat ibadat

RAKAMAN CCTV seorang wanita berpura-pura solat dan mencuri barang-barang jemaah.
RAKAMAN CCTV seorang wanita berpura-pura solat dan mencuri barang-barang jemaah.

ANDA sering ke ke surau atau masjid? Sedarkah, sedikit kelekaan anda dalam menjaga harta benda, anda mungkin menjadi mangsa penjenayah?

Polis mengesan sindiket penjenayah yang mengambil kesempatan terhadap kaum wanita yang sedang beribadat dengan mengambil barang berharga yang ditinggalkan, ketika sedang menunaikan solat.

Suspek yang menjalankan modus operandi dengan bergerak secara berseorangan atau berpasangan dengan menyasarkan surau atau masjid di tempat awam sebagai tempat jenayah mereka.

Suspek juga akan menyasarkan barangan berharga kepunyaan pengunjung wanita yang sedang menunaikan solat.

SEORANG penjenayah mencuri sewaktu jemaah sedang bersujud dalam solat.
SEORANG penjenayah mencuri sewaktu jemaah sedang bersujud dalam solat.

Sindiket akan menjalankan modus operandi dengan berpura-pura seperti ingin menunaikan solat sebelum mengambil kesempatan dengan mencuri barangan mangsa dan segera memasukkannya di dalam beg milik suspek, bagi mengelak perbuatannya disedari. 

Suspek kebiasaannya akan kembali ke lokasi yang sama selang beberapa minggu bagi mengelakkan kegiatannya dikesan oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata barangan berharga yang mungkin menjadi sasaran penjenayah perlu disimpan di tempat yang selamat atau ditinggalkan di rumah.

Selain itu, individu terbabit juga boleh membawa teman atau ahli keluarga yang boleh menjaga barangan berharga miliknya ketika menunaikan solat.

Pihak rumah ibadat juga boleh mengupah penjaga keselamatan bagi memastikan kawasan masjid atau surau tidak menjadi sasaran penjenayah untuk melakukan jenayah.

ASISTEN Komisioner R Munusamy. - Foto Farizul Hafiz Awang
ASISTEN Komisioner R Munusamy. - Foto Farizul Hafiz Awang

Berita Harian X