X
Jumaat, 18 September 2015 | 12:01am
MASALAH komunikasi keibubapaan adalah yang masalah paling banyak berlaku di antara keluarga. - Foto hiasan
MASALAH komunikasi keibubapaan adalah yang masalah paling banyak berlaku di antara keluarga. - Foto hiasan

Anak merajuk ibu kahwin lagi

KEPUTUSAN saya berkahwin satu lagi dua tahun lalu membuatkan anak sulung yang rapat dengan saya, merajuk hingga ke hari ini. Apa yang membimbangkan saya, anak akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, tahun ini dan ia boleh menjejaskan usaha saya untuk memberi sokongan dan motivasi kepadanya. Apakah yang perlu saya lakukan?

Norhayati Mohammad,
Gopeng, Perak,

Jawapan:

Mendidik anak tanggungjawab yang sangat mulia. Allah jadikan setiap manusia, baik lelaki ataupun perempuan, apabila sudah sampai umurnya, layak untuk berkahwin, maka eloklah berkahwin. Kerana perkahwinan itu, mendekatkan insan kepada ketenangan dan kebahagiaan.

Antara masalah dalam perkahwinan ialah masalah komunikasi. Paling banyak masalah komunikasi dalam keluarga ialah masalah komunikasi keibubapaan. Sama ada anda bercerai atau belum, anak adalah amanah. Kepimpinan keibubapaan sampai manusia mati, Allah akan tanya di akhirat nanti.

Mengambil tahu segala segi terhadap keadaan sikap dan konsep kendiri anak adalah cerminan peribadi ibu bapanya.

Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal. Anak adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik.

JELASKAN kepada anak mengapa anda perlu berkahwin semula. - Foto hiasan
JELASKAN kepada anak mengapa anda perlu berkahwin semula. - Foto hiasan

Ibu jadi idola

Mendidik anak memerlukan jiwa yang besar dalam kalangan ibu bapa. Ia memerlukan ilmu, iltizam dan komitmen untuk menjadi idola kepada anak-anak.

Dalam mengurus tadbir rumah tangga, ibu bapa tidak boleh berjiwa kecil dengan sekadar fokus kepada aspek SPM atau akademik anak, sebaliknya anda wajar tumpukan juga perhatian kepada pembangunan karakter mereka.

Islam menekankan asas utama pembinaan karakter anak adalah menanamkan iman dalam jiwa nurani anak. Apabila dalam jiwa nurani anak penuh iman, maka setiap aspek kehidupannya akan mencerminkan kecintaan terhadap ilmu, iman dan amal soleh.

Guna pendekatan terbaik

Dalam hal ini, disebabkan kebimbangan anda mengenai persediaan menghadapi SPM, maka perlulah memerlukan pendekatan yang terbaik untuk mengelak emosinya terganggu.

Mungkin dia berkecil hati kerana anda berkahwin lain, dikhuatiri kasih sayang untuk dirinya semakin berkurangan. Jika anda sentiasa menunjukkan keprihatinan dan kerap bersama dengannya dan mengambil tahu mengenai kegemaran, minat dan kecenderungannya serta memahaminya, anak tidak akan membenci kita.

Remaja sedih banyak perancangan gagal

Saya remaja perempuan berusia 15 tahun. Sejak akhir-akhir ini, banyak perkara yang saya rancang tidak menjadi, sekali gus membuatkan saya amat sedih hingga terfikir untuk melakukan perkara yang tidak baik. Ibu ada membantu saya untuk mengatasinya, tetapi ternyata perasaan sedih dan tertekan masih membelenggu saya.

Merylin Ammara Hassem,
Bangi, Selangor.

Jawapan:

Perasaan tertekan berpunca daripada apa yang kita hendak tidak dapat. Tertekan juga boleh muncul dalam diri apabila sesuatu diterima misalnya tanggungjawab, kita gagal untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

Perasaan negatif itu berpunca daripada hati yang tidak ihsan terhadap apa yang Allah beri kepada kita. Sebagai hamba Allah, kita tidak dibenarkan bersikap kecewa atau sedih dengan sesuatu kegagalan, kerana Allah sebenarnya ingin melihat sejauh mana kita mengadu kepadanya dan meminta daripadanya.

Jika anda menilai sejarah perkembangan gerakan dakwah Nabi Muhammad SAW, anda akan lihat betapa Baginda juga terpaksa menerima pelbagai ujian, kegagalan dan kesakitan diri sebelum menikmati manisnya nilai sebuah kejayaan.

Perlu yakin

Jika yakin Allah bersama anda, maka hendaklah anda banyakkan istighfar, berdoa dan teruskan daya usaha anda. Kejayaan itu sentiasa bakal menjadi milik kita andai sahaja kita bersabar dan bertawakal.

Lihat dan renungilah betapa Allah sangat semua umatnya. Anda kurniakan pancaindera yang sempurna, tubuh fizikal yang sempurna dan otak yang sempurna. Apa yang anda perlu lakukan ialah sikap yang baik. Sikap baik itu akan menjadikan anda seorang insan yang berjiwa agama, tabah dan sentiasa bertawakal.

Idola anda hendaklah anda sematkan kuat-kuat, anda akan selamat daripada sikap mudah sedih, takut gagal dan rendah diri hingga menjadi tertekan.

Biasakan diri dengan berkongsi cerita dengan orang yang paling dekat dan dipercayai. Dalam hal ini sudah pasti ibu, antara insan yang paling rapat. Masalah anda tidak begitu jelas, mengapa jadi risau dan sedih?

Kesedihan bukan cara yang baik menangani masalah. Setiap masalah dapat diselesaikan jika kita sentiasa tenang dan urusan satu demi satu. Oleh itu, bercerita dengan cara yang selesa supaya ibu dapat menangani masalah dengan baik.

Berita Harian X