X
Sabtu, 12 September 2015 | 12:04am

Rawatan afatinib lambatkan kematian pesakit kanser paru-paru

MEROKOK membabitkan proses menyedut asap hasil pembakaran tembakau dalam rokok atau cerut yang mengandungi bahan kimia seperti nikotin iaitu sejenis dadah dan tar.

Selepas beberapa percubaan merokok, badan mula membiasakan diri terhadap racun. Berlaku kesan ketagihan nikotin yang menyumbang kepada masalah kesihatan lebih serius.

Merokok bukan hanya meningkatkan risiko kanser mulut, pundi kencing, buah pinggang, serviks dan pankreas, malah menjejaskan kesihatan paru-paru.

Mereka yang bekerja dalam industri pembinaan, kejuruteraan dan permotoran, berisiko menghidap penyakit ini kerana terdedah kepada karsinogen di tempat kerja seperti asbestos dan gas radon.

Sejarah keluarga dan gaya hidup seperti pengambilan alkohol dan penyakit berkaitan rokok seperti emfisema, turut meningkatkan risiko menghidap kanser paru-paru.

Laporan Kementerian Kesihatan, baru-baru ini, menyebut lebih 2,000 lelaki di negara ini disahkan menghidap kanser paru-paru setiap tahun, menjadikan penyakit itu sebagai musuh utama mereka.

Meskipun hampir majoriti rakyat Malaysia mengetahui kanser itu adalah satu daripada tiga barah paling biasa menyerang, namun mereka masih sukar meninggalkan tabiat itu.

Peka dengan masalah itu, syarikat farmaseutikal Boehringer Ingelheim mengumumkan hasil kajian jangka hayat (OS) yang diperoleh menerusi penyelidikan LUX-Lung 8.

Kajian membuat perbandingan secara langsung mengenai keberkesanan dan ciri keselamatan bagi dua kaedah rawatan dengan menyasarkan EGFR, afatinib dan erlotinib.

ABDUL Rahim V.Nagoor (depan) bersama Mohd Shamdin Ramli mengaku bersalah atas tuduhan memiliki rokok seludup di Mahkamah Majistret Alor Setar. - Foto Amran Hamid
ABDUL Rahim V.Nagoor (depan) bersama Mohd Shamdin Ramli mengaku bersalah atas tuduhan memiliki rokok seludup di Mahkamah Majistret Alor Setar. - Foto Amran Hamid

Penyelidikan dilakukan terhadap pesakit yang mengalami karsinoma sel skuamus paru-paru peringkat lanjut (SCC). Kajian terhadap pesakit ini juga membabitkan mereka yang pernah menjalani rawatan kemoterapi peringkat pertama.

Laman web cancerresearchuk dan thelancet.com, menyatakan rawatan menggunakan afatinib menunjukkan pengurangan ketara risiko kematian sebanyak 19 peratus.

Rawatan afatinib juga melanjutkan jangka hayat pesakit sehingga 7.9 bulan berbanding 6.8 bulan melalui penggunaan erlotinib.

Penyelidikan mendapati, lebih ramai pesakit dirawat menggunakan afatinib masih hidup melangkaui tempoh satu tahun berbanding mereka yang dirawat menggunakan ertolinib (36.4 peratus berbanding 28.2 peratus).

Garis panduan antarabangsa memperakui erlotinib sebagai pilihan kaedah rawatan peringkat kedua bagi merawat karsinoma sel skuamus paru-paru. Hasil lebih baik yang ditunjukkan dengan penggunaan afatinib. Perubahan positif ini memberi petunjuk bahawa kaedah rawatan ini memberikan manfaat tambahan kepada pesakit sedia ada.

Keputusan lengkap hasil kajian ini akan digunakan sebagai asas bagi permohonan pendaftaran global yang akan dikemukakan pada penghujung tahun ini.

Penggunaan afatinib tidak dibenarkan bagi pesakit yang menghidap SCC paru-paru.

OS ialah titik akhir utama yang kedua bagi kajian klinikal secara perbandingan bagi Fasa III ini. Analisis dilaksanakan susulan daripada hasil positif yang diperoleh daripada lanjutan jangka hayat terhadap titik akhir utama bebas-perkembangan (PFS) yang dibentangkan pada tahun 2014.

Analisis terkini PFS mengesahkan terdapat pengurangan ketara bagi perkembangan risiko kanser sebanyak 19 peratus mengenai pesakit yang dirawat menggunakan afatinib berbanding erlotinib.

Berita Harian X