Jumaat, 14 Ogos 2015 | 12:13am
AINAN Tasneem Popular dengan lagu Aku Suka Dia.- Foto Nur Adibah Ahmad Izam
AINAN Tasneem Popular dengan lagu Aku Suka Dia.- Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Ainan tenang hadapi kontroversi


AINAN Tasneem menyifatkan apabila timbul cerita seperti dirinya dikatakan berpegangan tangan dengan teman lelaki di sebuah kedai kopi di tempat pengajiannya sekitar Perlis, beliau tidaklah dihimpit kerisauan.

"Apabila keluar cerita sebegitu, saya senyum saja sebab saya tahu, saya tidak melakukan perkara demikian. Ibu bapa pun tahu dan kenal siapa saya.

"Malah kawan-kawan juga tergelak kerana mereka kenal siapa saya," katanya kala ditanya bagaimana beliau berdepan dengan segala kontroversi yang mengaitkan namanya.

Bagi penyanyi itu, sebaik membuat keputusan untuk melangkah kaki masuk ke gelanggang industri hiburan, beliau sudah mempersiapkan diri untuk berdepan dengan segala kemungkinan.

"Saya tahu, apabila sudah memutuskan untuk menjadi artis, saya perlu berdepan dengan kontroversi. Maklumlah, apabila kita mula dikenali, akan timbul bermacam-macam cerita.

AINAN kini dalam rangka promosi single terbaharunya berjudul Pergilah. - Foto Munira Abdul Ghani
AINAN kini dalam rangka promosi single terbaharunya berjudul Pergilah. - Foto Munira Abdul Ghani

"Apapun ketika berdepan cerita yang dilemparkan mengenai saya, termasuk yang tidak betul, perkara pertama saya lakukan hanya senyum dan bertenang," ujarnya ketika ditemui pada sesi fotografi di Balai Berita, Bangsar.

Beliau berkata, tiada guna untuk terlalu memikirkan tuduhan atau kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya kerana ia hanya akan mengganggu fikiran dan perasaan.

Ditanya mengenai dakwaan kononnya beliau semakin sombong dan 'demand', Ainan menjelaskan semua itu mungkin timbul dek salah faham.

Akuinya, memang ada kala beliau tidak menjawab pesanan dan panggilan yang dihantar kepadanya kerana sedang sibuk menghadiri kuliah.

Penyanyi yang baru tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Bioproses ini, ada kalanya ketika panggilan atau pesanan dibuat, beliau berada di dalam kelas.

AINAN Tasneem, baru tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Bioproses di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
AINAN Tasneem, baru tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Bioproses di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

"Saya bukan tidak mahu jawab, tetapi saya sedang sibuk di dalam bilik kuliah dan rutin kelas saya adalah menjalani uji kaji di makmal.

"Apabila berada di dalam makmal, kami memang tidak dibenarkan menggunakan telefon," katanya.

Penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi YouTube ini juga memohon supaya pihak yang ingin berhubung dengannya agar dapat menghantar pesanan terlebih dulu atau tinggalkan mesej supaya tidak timbul salah faham.

Popular dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan kini dalam rangka promosi single terbaharunya berjudul Pergilah. Lagu berkenaan turut menampilkan Alif Sleeq yang juga penciptanya.

Ainan berkata, lagu berkenaan dipilih kerana bersesuaian dengan aliran pasaran dan permintaan penggemar muzik pada hari ini.

"Pergilah sebuah lagu rancak yang senang didengar dengan mood dansa. Saya suka lagu ini dan ciptaan Alif memang menarik perhatian pendengar," katanya teruja.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. - Foto Zulfadhli Zulkilfi
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. - Foto Zulfadhli Zulkilfi

Ainan turut melahirkan rasa lega apabila pengajiannya di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) sudah pun selesai.

Tidak cukup setakat itu, beliau juga bakal menyambung pengajian pada peringkat sarjana dalam bidang Biologi tidak lama lagi.

"Meskipun seronok bergelar penyanyi, saya ada cita-cita lain iaitu untuk menjadi pensyarah. Nyanyian pula adalah sampingan dan minat yang tak mungkin saya lupakan.

"Bagi mereka yang minat untuk menjadi penyanyi, saya cadangkan agar tidak melupakan pelajaran untuk menjamin masa depan," katanya.

AINAN Tasneem pada majlis berbuka puasa bersama Mvm Production dan Rusa Music di Hotel Park Royal,Kuala Lumpur. - Foto Munira Abdul Ghani
AINAN Tasneem pada majlis berbuka puasa bersama Mvm Production dan Rusa Music di Hotel Park Royal,Kuala Lumpur. - Foto Munira Abdul Ghani

BIODATA

  • Ainan Tasneem Ridzuan

  • Umur: 23 tahun

  • Sekolah rendah: Sekolah Kebangsaan Sri Abim, Sekolah Kebangsaan Kajang Utama, Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin
  • Sekolah menengah: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana
  • Hobi: Membaca novel, karaoke dan melayari internet
  • Cita-cita: Pensyarah
  • Adik-beradik: 4 orang, anak ke-3

Berita Harian X