Sabtu, 18 Julai 2015 | 12:01am
BURGER mi segera. - Foto Norizuan Shamsuddin
BURGER mi segera. - Foto Norizuan Shamsuddin
PELANGGAN tetap, Nashriq Rahman. - Foto Norizuan Shamsuddin
PELANGGAN tetap, Nashriq Rahman. - Foto Norizuan Shamsuddin

Apabila burger digabung mi segera

KEENAKAN Burger Maggi Amyrul Amyra membuatkan ia menerima sambutan menggalakkan. - Foto Norizuan Shamsuddin
KEENAKAN Burger Maggi Amyrul Amyra membuatkan ia menerima sambutan menggalakkan. - Foto Norizuan Shamsuddin

PERNAHKAH anda mencuba menu masakan burger bersama mi segera? Pastinya merasa pelik dengan menu hidangan burger terbabit.

Rupa bentuk penyediaannya dengan roti, daging, sayur dan mi segera yang dibaluti dengan telur di bahagian tengah bersama limpahan sos serta mayonis sudah cukup untuk mengiurkan anda yang melihatnya.

Rasa masam, manis dan sedikit pedas menjadikan anda pasti mahu mencubanya.

Sekurang-kurangnya ada juga kelainan dalam mencari makanan ketika jalan-jalan makan angin di Kelantan.

Kelainan dan keenakan itu membuatkan ramai penggemar makanan datang ke gerai Burger Maggi Amyrul Amyra yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Che Nor Amirul Asyraf Mohd  Norhamidi, 26 dan Amy Amiera Mohammad, 25 di Kampung Paloh Pintu Geng, Kota Bharu.

Dek kerana kelainan burger itu menyebabkan ramai yang rela beratur panjang untuk mendapatkannya.

CHE Nor Amirul Asyraf, menunjukkan burger yang disediakan di gerainya di Kampung Paloh Pintu Geng, Kota Bharu. - Foto Norizuan Shamsuddin
CHE Nor Amirul Asyraf, menunjukkan burger yang disediakan di gerainya di Kampung Paloh Pintu Geng, Kota Bharu. - Foto Norizuan Shamsuddin

Menurut Amirul, beliau yang sebelum ini bekerja di restoran milik ayahnya, Mohd Norhamidi Che Hamid, 50, mengambil keputusan untuk berniaga sendiri.

Lalu, terlintas di dalam fikirannya untuk membuka gerai burger di hadapan restoran ayahnya itu.

Idea membuat burger mi segera itu tercetus selepas mereka ingin mencari kelainan dalam penyediaan sajian makanan bagi memikat pelanggan dan bersaing dengan peniaga lain.

"Sudah lima bulan beroperasi iaitu sejak November tahun lalu. Kami bersyukur kerana cetusan untuk menampilkan kelainan dalam penyediaan menu burger ini menarik minat orang ramai untuk mencubanya," katanya.

Beroperasi lapan jam bermula pukul 5 petang hingga 1 pagi, sambutan cukup menggalakkan apabila mereka mampu menjual lebih 300 biji sehari, terutamanya pada malam minggu.

GERAI Burger Maggi Amyrul Amyra beroperasi ldari jam 5 petang hingga 1 pagi. - Foto Norizuan Shamsuddin
GERAI Burger Maggi Amyrul Amyra beroperasi ldari jam 5 petang hingga 1 pagi. - Foto Norizuan Shamsuddin

Selain pelanggan sekitar Kota Bharu, ada juga yang datang dari luar kawasan bandar ini kerana ingin mencuba kelainan burger yang dijual di gerai ini kerana mendapat maklumat daripada kawan mereka memuat naik menerusi rangkaian internet seperti laman sosial Facebook, Twiter dan Instagram.

Terdapat 19 menu ditawarkan, antaranya burger maggi biasa, burger maggi kahwin, burger maggi ayam, burger maggi daging, burger maggi daging istimewa dan oblong maggi.

Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan bermula dari RM3 hingga RM 7 sahaja.

Azman berkata, dia menggunakan daging burger yang bersaiz tebal dalam memastikan kepuasan pelanggan yang mencuba makanan terbabit.

Berita Harian X