X
Sabtu, 11 Julai 2015 | 12:06am
MUHAMMAD Izzul Islam Mazlan sentiasa menjaga status sebagai suami. - Foto Zunnur Al Shafiq
MUHAMMAD Izzul Islam Mazlan sentiasa menjaga status sebagai suami. - Foto Zunnur Al Shafiq
MUHAMMAD Izzul Islam Mazlan memakai baju koleksi terbaharu Izzue Islam. - Foto Zunnur Al Shafiq
MUHAMMAD Izzul Islam Mazlan memakai baju koleksi terbaharu Izzue Islam. - Foto Zunnur Al Shafiq
MUHHAMAD Izzul Islam Mazlan berpegang kepada prinsip untuk tidak bersalaman dan bersentuhan dengan pelakon wanita. - Foto Zunnur Al Shafiq
MUHHAMAD Izzul Islam Mazlan berpegang kepada prinsip untuk tidak bersalaman dan bersentuhan dengan pelakon wanita. - Foto Zunnur Al Shafiq

Izzue Islam 'lebai' romantis


KUALA LUMPUR: Meletakkan syarat enggan bersentuhan dengan pelakon wanita dalam mana-mana drama lakonannya tidak menghalang pelakon, Izzue Islam untuk terus mengorak langkah dalam bidang lakonan.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 25, menjelaskan prinsipnya itu adalah bagi menjaga statusnya sebagai seorang suami serta memelihara maruah pelakon wanita yang digandingkan bersamanya, sama ada di dalam filem atau drama.

Pelakon berasal dari Kota Bharu Kelantan itu berkata, walaupun meletakkan syarat yang dikatakan 'leceh' untuk seorang anak seni, namun beliau bersyukur kerana ia membataskan tawaran lakonan yang diterimanya.

"Alhamdulillah, saya masih lagi menerima tawaran untuk berlakon walaupun meletakkan syarat sebegitu.

"Yang penting pengarah dan penerbit sedia maklum dengan prinsip saya untuk tidak bersalaman dan bersentuhan dengan pelakon wanita dalam filem atau drama.

"Apa yang pasti, perbincangan perlu dibuat terlebih dahulu dan ia dipersetujui pula oleh pengarah dengan syarat yang saya letakkan itu. Tanggungjawab saya untuk memastikan adegan yang dilakonkan itu nampak ceria, hidup dan intim tanpa bersentuhan.

MUHAMMAD Izzul Islam Mazlan. - Foto Zunnur Al Shafiq
MUHAMMAD Izzul Islam Mazlan. - Foto Zunnur Al Shafiq

"Saya berpendapat dalam lakonan, adegan bersentuhan itu tidak perlu bagi mendapat sesuatu 'feel' itu. Ada caranya bagi menjayakan watak namun perbincangan antara pelakon dan pengarah itu penting," kata Izzue kepada BH PLUS.

Tambah Izzue, banyak cara lain yang boleh dilakukan selain berpelukan atau bersentuhan bagi menghidupkan sesuatu babak romantik.

Ditanya sama ada syarat yang diletakkan itu ada kaitannya dengan isterinya yang dikatakan seorang yang kuat cemburu, Izzue berkata, ia tidak mempunyai kaitan dengan isterinya, Nurinafilah Waharudin (Awin), 32.

Sebelum ini Izzue dan pelakon gandingannya bagi drama bersiri Aku Isterinya, Anzalna dikatakan bermasam muka gara-gara tindakan aktor itu ingin menjaga hati isterinya yang cemburu kerana Anzalna terlebih 'gedik' menjayakan watak sebagai wanita simpanan.

Penjelasan terbaharu yang diberikan oleh Izzue ini sekali gus menepis dakwaan mengatakan beliau semakin suram kerana enggan bersentuhan dengan pelakon wanita.

MUHAMMAD Izzul Islam Mazlan menyifatkan banyak cara lain selain berpelukan dan bersentuhan bagi menghidupkan babak romantik. - Foto Zunnur Al Shafiq
MUHAMMAD Izzul Islam Mazlan menyifatkan banyak cara lain selain berpelukan dan bersentuhan bagi menghidupkan babak romantik. - Foto Zunnur Al Shafiq

Mengulas lanjut Izzue berkata, beliau juga kini sedang berjinak-jinak dalam cabang seni lain iaitu bidang pengacaraan dan ia juga tiada kaitan dengan kemunculan pendatang baharu.

"Kehadiran barisan hero baru tidak memberikan kesan negatif kepada kerjaya saya. Sebaliknya, saya menganggap kami boleh berkongsi ilmu dan menyemarakkan lagi industri lakonan tempatan.

"Mungkin juga kerana wajah saya sekarang ini kurang menghiasi slot drama menimbulkan dakwaan mengatakan saya suram.

"Tahun ini fokus saya adalah pada filem, telefilem dan terbaharu sebagai pengacara," katanya.

INFO

* Izzue dan Awin mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 1 Jun 2012 dan berkahwin pada 2 Jun 2013.

* Izzue pernah melakukan beberapa kerja sambilan seperti menjadi penghantar susu, pembancuh air di gerai makan dan jurujual di pusat beli-belah.

* Antara filem lakonannya adalah Songlap, 29 Februari, Hantu Kapcai, Hantu Tok Mudim, Suami Aku Ustaz, Kami Histeria, Ular, Chikaro.

* Antara drama lakonannya adalah Gemilang, Papa Nak Kahwin, Cita dan Cinta, Tudung Tweet, Sebelum Lima Perkara, Aishiteru, Aku Tak Percaya Cinta, Cik Paris Diva Kampung, Mimpi Cinderella, Jangan Ambil Padang Kami, Duri, Maskara, Bunga Merah Punya!, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Sahabat dan Aira Airil.

* Pelakon Harapan Lelaki (Festival Filem Malaysia 25), Hero Baru Terhebat (Anugerah Blockbuster 2013), Persembahan Vokal Terbaik Berkumpulan di dalam Lagu (Forteen - Seperti Dulu).

Berita Harian X