Ahad, 21 Jun 2015 | 12:01am
PERSEMBAHAN teater Randai bertajuk Si Jundai di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Randai dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat dibawa pengamal ke Malaysia

'BUDAYA apa, milik siapa' sering menjadi persoalan pokok apabila timbul pergeseran membabitkan isu asal-usul sesuatu seni budaya tradisi yang diangkat masyarakat Malaysia dan Indonesia.

Meskipun membentuk polemik yang tidak berkesudahan, 'perpindahan' budaya antara masyarakat di kedua-dua negara tidak dapat dielakkan daripada terus berlangsung sehingga kini kerana didorong penghijrahan masyarakat termasuk mencari kehidupan atau rezeki.

PERSEMBAHAN teater Randai bertajuk Si Jundai di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
PERSEMBAHAN teater Randai bertajuk Si Jundai di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Tidak hairanlah perkara sama berlaku pada teater tradisional Randai yang asalnya bermula di Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia.

Perpindahan masyarakat Minangkabau Indonesia ke Malaysia, membawa sekali seni teater yang asalnya dimulakan sebagai satu cara menyampaikan mesej dakwah pada zaman penjajahan Belanda di negara itu.

Pensyarah Jabatan Sosial Budaya Melayu dan Kesenian Melayu, Universiti Malaya (UM), Dr Mohd Effindi Samsuddin, berkata pergeseran berkaitan isu budaya itu hanya mainan politik yang dicetuskan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

Dibawa masyarakat Minangkabau

"Di negara ini, kita juga mempunyai masyarakat Minangkabau yang berhijrah ke Negeri Sembilan dan Johor serta utara negara ini.

"Penghijrahan mereka ke negara ini membawa sama seni budaya itu, justeru mengapa tidak seni teater Randai ini terus disuburkan sebagai seni serumpun walau di mana-mana sekalipun," katanya kepada Sastera BH.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Festival Akademi Pengajian Melayu (APM) 2015 yang disempurnakan Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan kepada Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim, di Dewan Semarak, UM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Festival lima hari bertemakan Jiwa, Adab dan Adat itu diadakan bertujuan melestari nama APM sebagai pusat memartabat warisan Melayu.

Antara tarikan festival lima hari itu termasuk persembahan teater tradisional Randai bertajuk Sijundai, yang dipersembahkan oleh pelajar beberapa universiti tempatan serta penggiat teater seni tradisional itu.

Sijundai tekankan adab

Selama lebih sejam, kisah Sijundai membawa penonton menyelami peri pentingnya adab yang disifatkan tanpanya, kebijaksanaan yang melangit menjadi tidak bermakna.

PAK Pen (kanan) dengan gaya tersendiri ketika mempersembahakan teater Randai. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
PAK Pen (kanan) dengan gaya tersendiri ketika mempersembahakan teater Randai. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Bagi yang pertama kali menonton teater Randai, kisah Sijundai bukan setakat sarat pemikiran mengenai ketinggian adab, bahkan turut mencuri perhatian ialah aksi 11 anak Randai.

Bukan saja bergerak dalam bulatan mengelilingi pelakon sepanjang pementasan itu berlangsung, malah aksi bersemangat mereka menepuk kain sambil bersilat adalah yang pertama disaksikan dalam teater seumpama ini.

ANTARA babak menarik dalam teater Randai bertajuk Si Jundai. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
ANTARA babak menarik dalam teater Randai bertajuk Si Jundai. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

AKSI pelajar menunjukkan ketangkasan ketika babak pertelingkahan dalam teater Randai. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
AKSI pelajar menunjukkan ketangkasan ketika babak pertelingkahan dalam teater Randai. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Mohd Effindi yang juga Pengarah teater Sijundai berkata, UM bekerjasama dengan penggiat teater berkenaan, Mazdar Abd Aziz atau Pak Pen bagi mengembalikan kegemilangan teater Randai.

"Tidak ramai penggiat Randai yang masih ada sekarang. Justeru APM UM bekerjasama dengan Pak Pen yang berperanan sebagai penasihat dan penulis skrip bagi naskhah Sijundai yang diadaptasi daripada Umbuek Mudo Putih Dalang Banyak, iaitu antara cerita lisan yang banyak berlegar dalam masyarakat Minangkabau.

"UM juga giat melakukan kajian dan pembangunan dengan menulis semula skrip bagi pementasan Randai untuk memastikan kelangsungan teater ini dapat diteruskan terutamanya di kalangan generasi muda hari ini," katanya.

Medium dakwah, tambat hati

Sementara itu, Pak Pen gembira dengan usaha APM menyemarak semula kegemilangan seni teater Randai yang sebelum ini menurutnya hanya dipersembahkan di kalangan masyarakat Minangkabau sekitar Negeri Sembilan.

PELATIH teater Randai, Madzar Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Pen. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
PELATIH teater Randai, Madzar Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Pen. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

"Seni teater Randai mempunyai keistimewaannya sendiri, apatah lagi dengan peranannya sebagai medium dakwah ketika ia diperkenalkan dulu.

"Amat besar harapan saya untuk melihat seni ini bukan saja menambat hati masyarakat, bahkan dihargai seperti seni makyung di negara ini," katanya.

Sementara itu, Nur Shazriena Mohd Saini yang membawa watak utama, Intan Sari Manih, berkata beliau berminat menyertai pementasan kerana keunikan seni Randai dan sejarahnya yang bermula sewaktu masyarakat Minangkabau di Indonesia berdepan dengan penjajahan Belanda.

"Penjajahan menyebabkan mereka tidak dibenarkan mengamalkan silat dan menyebarkan dakwah sehingga ia perlu 'diadun' supaya kelihatan seperti hiburan yang dianggap tidak mengancam penjajah," katanya

Pelajar Linguistik Melayu di UM itu berkata, Sijundai 'menyajikan' cabaran tersendiri kerana tidak memiliki latar belakang dalam lakonan berbanding keperluan menuturkan dialog dalam bahasa Minangkabau dan dialek Negeri Sembilan.

"Bagaimanapun, ia dapat diatasi dengan tunjuk ajar semua yang menjayakan Sijundai dan diharap usaha pementasan ini dapat membawa lebih ramai masyarakat mengenali teater Randai selepas ini," katanya.

Berita Harian X