Sabtu, 20 Jun 2015 | 12:08am

Remy, Roszaliza sudah bincang soal kahwin?

HUBUNGAN antara pelakon Remy Ishak dan kekasihnya, Roszaliza Yusof sudah memasuki fasa seterusnya apabila wanita berusia 32 tahun itu mengaku sudah berbincang soal perkahwinan dengan jejaka itu.

Perkara itu dinyatakan sendiri Roszaliza ketika ditanya sejauh mana hubungan cinta mereka selepas identitinya diketahui dan gosip cinta mereka menjadi bualan hangat di media sosial.

REMY Ishak dan kekasihnya, Roszaliza Yusof.
REMY Ishak dan kekasihnya, Roszaliza Yusof.

"Kami sudah mengenali satu sama lain untuk tempoh setahun setengah. Insya-Allah memang ada perancangan tetapi semua itu kami serahkan kepada jodoh.

"Dia (Remy) adalah seorang lelaki yang bertanggungjawab dan begitu prihatin dalam hal yang membabitkan keluarga. Saya senang dengan sikapnya yang sebegitu," kata Roszaliza kepada BH PLUS.

PELAKON, Remy Ishak. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
PELAKON, Remy Ishak. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Roszaliza yakin Remy adalah pilihan yang tepat baginya dan disebabkan itu, beliau memberikan sepenuh kepercayaan kepada aktor itu walaupun ada pihak yang mendakwa Remy seorang kaki perempuan.

"Malah, apabila gosip Remy dan rakannya (Budi Citawan) keluar, ia tidak memberikan sebarang kesan kepada saya. Ini kerana saya memang tahu mereka hanya berkawan saja," katanya.

Mengenali jejaka itu untuk tempoh dua tahun, Roszaliza berkata, sifat sebenar Remy ternyata berbeza dengan apa yang digembar-gemburkan sebelum ini.

REMY Ishak tidak kisah dengan cerita silam Roszaliza. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
REMY Ishak tidak kisah dengan cerita silam Roszaliza. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

"Remy bukan saja bertanggungjawab tetapi dia begitu prihatin dengan soal yang berkaitan keluarga. Malah, dia juga bukan seorang yang panas baran seperti yang didakwa," ujarnya penuh yakin.

Mengulas dakwaan kononnya beliau seorang ibu tunggal dan juga gemar berpeleseran di kelab malam, Pengarah Urusan Roitz Labels itu enggan melatah kerana beliau lebih mengetahui perkara sebenar.

"Saya rasa tak perlu untuk memberi respons berhubung isu itu. Biarlah orang nak cakap apa-apapun, yang penting kita tahu siapa diri kita sendiri. Kita juga tidak dapat mengawal apa yang orang cakap, jadi biarlah apa yang ingin mereka terus cakap," tegas Roszaliza.

Terdahulu, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 33, mengaku sudah membawa teman wanitanya itu berjumpa keluarganya.

ROSZALIZA Yusof (kiri) mengaku sudah berbincang soal perkahwinan dengan Remy. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
ROSZALIZA Yusof (kiri) mengaku sudah berbincang soal perkahwinan dengan Remy. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

"Memang saya ada membawa dia (Roszaliza) berjumpa dengan mak saya, namun fokus pada ketika ini adalah perkahwinan adik saya pada bulan September ini," katanya.

Meskipun ramai yang tidak menyukai teman wanitanya dengan melemparkan pelbagai tohmahan, Remy ternyata tidak kisah dan menerima Roszaliza seadanya.

"Setiap orang ada kisah silam. Walaupun ada yang kata dia (Roszaliza) kaki kelab, ibu tunggal dan sebagainya, saya tak kisah. Setiap orang boleh berubah.

"Usah menghakimi orang lain hanya kerana dia pernah buat silap. Lebih baik kita membimbing mereka ke jalan yang benar daripada kita memandang rendah pada mereka," katanya.

INFO:

  • Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, menjadi kelindan lori dan menjadi buruh kasar.
  • Nama Remy dipopularkan menerusi drama bersiri, Nur Kasih arahan Khabir Bhatia. Drama bersiri itu adalah permulaan kisah cinta Remy dan Tiz Zaqyah.

Berita Harian X