Isnin, 1 Jun 2015 | 12:05am
TANDA amaran di pintu masuk ke sekolah. - Foto Rudi Afendi Khalik
TANDA amaran di pintu masuk ke sekolah. - Foto Rudi Afendi Khalik
MOHD Sepian menunjukkan lokasi seekor buaya bersaiz 3 meter berjemur dalam kawasan sekolah. - Foto Rudi Afendi Khalik
MOHD Sepian menunjukkan lokasi seekor buaya bersaiz 3 meter berjemur dalam kawasan sekolah. - Foto Rudi Afendi Khalik
 PERSEKITARAN SK Pulau Seduku .- Foto Rudi Afendi Khalik
PERSEKITARAN SK Pulau Seduku .- Foto Rudi Afendi Khalik
MURID-MURID SK Pulau Seduku. - Foto Rudi Afendi Khalik
MURID-MURID SK Pulau Seduku. - Foto Rudi Afendi Khalik
PAPAN tanda SK Pulau Seduku - Foto Rudi Afendi Khalik
PAPAN tanda SK Pulau Seduku - Foto Rudi Afendi Khalik
KAKI lima bangunan SK Pulau Seduku. - Foto Rudi Afendi Khalik
KAKI lima bangunan SK Pulau Seduku. - Foto Rudi Afendi Khalik

Dilema murid berdepan ancaman buaya ganas


SRI AMAN: "Kami sentiasa diselubungi ketakutan kerana bila-bila masa buaya boleh naik (ke darat)," demikian luahan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Seduku, Mohd Sepian Abang Daud, 53 tahun.

Ia antara dilema dihadapi 27 murid dan 13 guru dan tujuh kakitangan sekolah berkenaan yang berdepan ancaman reptilia ganas itu hampir setiap hari.

SK Pulau Seduku. - Foto Rudi Afendi Khalik
SK Pulau Seduku. - Foto Rudi Afendi Khalik

Biarpun hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit menggunakan bot ke sekolah itu, warga SK Pulau Seduku pasti diselubungi rasa cemas setiap kali melalui Sungai Batang Lupar yang cukup dikenali sebagai lubuk buaya.

Malah, sungai sama juga terkenal dengan kisah buaya ganas, Bujang Senang, yang akhirnya kecundang pada tahun 1992 di tangan penduduk setempat selepas membaham mangsa terakhirnya.

Difahamkan, di sepanjang sungai itu sahaja, terdapat antara 1,000 hingga 1,500 buaya yang aktif mencari makanan dan boleh bertindak ganas jika habitat, tempat ia bertelur, terganggu.

MOHD Sepian menunjukkan anak buaya yang sesat ke dalam kawasan sekolah. - Foto Rudi Afendi Khalik
MOHD Sepian menunjukkan anak buaya yang sesat ke dalam kawasan sekolah. - Foto Rudi Afendi Khalik

Kehadiran populasi buaya itu diakui oleh Sepian kerana berdasarkan pengalamannya, reptilia itu yang panjangnya menjangkau tiga meter pernah naik ke darat dan berjemur kira-kira 10 meter dari pintu pagar SK Pulau Seduku berhampiran set generator diletakkan.

"Minyak generator perlu diisi setiap 12 jam. Bayangkan, siapa yang berani melakukannya jika ada buaya 'beristirehat' di situ," katanya ketika ditemui di Lingga, di sini.

SK Pulau Seduku pada asalnya dibina bagi menampung pembelajaran anak penduduk setempat sebelum dipindahkan oleh kerajaan negeri atas faktor keselamatan, termasuk kesukaran penduduk kampung ke bandar besar apabila cuaca buruk, termasuk arus sungai yang deras.

MOHD Salleh Jon. - Foto Rudi Afendi Khalik
MOHD Salleh Jon. - Foto Rudi Afendi Khalik

Ketua Kaum Pulau Seduku, Mohd Salleh Jon, berkata penduduk kampung mula dipindahkan ke skim penempatan di bandar pada 2010.

"Syukur, semua kemudahan disediakan kerajaan, namun SK Pulau Seduku masih dibiarkan di lokasi asalnya yang terdedah kepada risiko keselamatan, khususnya ancaman buaya," katanya.

Selain ancaman buaya, katanya, faktor air pasang surut (air pasang berlaku secara ombak gadang atau benak) juga boleh membahayakan nyawa kanak-kanak yang melalui sungai itu.

Justeru, beliau merayu agar usaha pembinaan sekolah baharu bagi menggantikan SK Pulau Seduku sedia ada disegerakan di lokasi lebih selamat.

"Tapak seluas 10.2 hektar sudah disediakan kerajaan negeri, malah sudah banyak kali perbincangan diadakan... Namun, sehingga kini sekolah ini masih di sini," katanya.

Nada sama dikongsi kakitangan sekolah, Mohd Taha Salleh yang berharap tindakan segera diambil bagi menyediakan kemudahan lebih sempurna di SK Pulau Seduku.

"Jika mahu ke bandar, kita terpaksa menunggu air pasang. Jika musim panas dan kering, agak sukar untuk bot sampai ke tebing. Ini menyebabkan ada guru terpaksa menunggu hingga lewat malam atau awal pagi untuk ke bandar.

"Keadaan lebih sukar apabila berlakunya kecemasan," katanya yang sudah dua tahun bertugas di sekolah itu.

Katanya, waktu paling berisiko ialah apabila air pasang pada lewat petang dan awal pagi.

Mohd Taha menjelaskan sudah menjadi lumrah bagi warga SK Pulau Seduku bertembung dengan sang bedal ketika menyusuri sungai itu, namun setakat ini, ia belum mengganggu tenaga pengajar dan murid sekolah berkenaan.

MOHD Syazwan Mustafa. - Foto Rudi Afendi Khalik
MOHD Syazwan Mustafa. - Foto Rudi Afendi Khalik

Bagi guru muda, Mohd Syazwan Mustafa yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, bertugas di sekolah itu adalah pengalaman yang luar biasa baginya.

"Bila mula tiba di sini, saya agak terkejut dengan keadaan sekolah yang masih menggunakan titi, selain dikelilingi sungai yang cukup besar.

"Saya hampir tidak percaya apatah lagi mengingatkan kawasan ini adalah lubuk buaya. Bila air pasang besar, titi tenggelam dan keadaan itu cukup menggentarkan," katanya.

Sementara itu, tindakan memindahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Seduku perlu disegerakan selaras hasrat kerajaan negeri menjadikan Pulau Seduku sebagai santuari buaya.

Mengesahkan cadangan itu, Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Sapuan Ahmad, berkata proses perancangan masih dilakukan selepas mengambil kira beberapa faktor berkaitan, termasuk isu ancaman reptilia itu dan kehidupan manusia di kawasan setempat.

Malah, beliau menyatakan perancangan mewujudkan pusat pemuliharaan buaya itu dilaksanakan dalam tempoh dua tahun akan datang selepas segala urusan berkaitan dilakukan.

Berita Harian X