Ahad, 17 Mei 2015 | 12:14am
AKTIVITI bot pam mampu membentuk semangat bekerjasama. - Foto Khalid Latip
AKTIVITI bot pam mampu membentuk semangat bekerjasama. - Foto Khalid Latip
SUNGAI Daro dikenali pasti sebagai satu daripada lokasi sesuai untuk sukan ini. - Foto Khalid Latip
SUNGAI Daro dikenali pasti sebagai satu daripada lokasi sesuai untuk sukan ini. - Foto Khalid Latip
MENGENDALIKAN bot pam memerlukan keberanian. - Foto Khalid Latip
MENGENDALIKAN bot pam memerlukan keberanian. - Foto Khalid Latip
AKTIVITI bot pam memberi peluang kepada belia mengisi masa lapang. - Foto Khalid Latip
AKTIVITI bot pam memberi peluang kepada belia mengisi masa lapang. - Foto Khalid Latip
AKSI pelumba bot pam. - Foto Khalid Latip
AKSI pelumba bot pam. - Foto Khalid Latip
SEORANG pelumba bot pam beraksi di Sungai Baro. - Foto Khalid Latip
SEORANG pelumba bot pam beraksi di Sungai Baro. - Foto Khalid Latip
BOT pam berkualiti mendapat permintaan tinggi. - Foto Khalid Latip
BOT pam berkualiti mendapat permintaan tinggi. - Foto Khalid Latip
PENERIMAAN masyarakat terhadap sukan ini meningkatkan permintaan bot pam. - Foto Khalid Latip
PENERIMAAN masyarakat terhadap sukan ini meningkatkan permintaan bot pam. - Foto Khalid Latip

'Jet ski kampung'

SUKAN ini diminati pelbagai peringkat umur. - Foto Khalid Latip
SUKAN ini diminati pelbagai peringkat umur. - Foto Khalid Latip

KEMBARA ke bahagian tengah Sarawak akan menemui pelbagai aktiviti dan pengalaman menarik. Antaranya ialah perlumbaan 'jet ski kampung' di Kampung Badong, Daro di wilayah tengah Bumi Kenyalang.

Melihat kemahiran dan kecekapan yang ditunjukkan oleh pemuda seperti Mohd Musa Mohd Aziz, 35, menghasilkan dan mengemudi bot pam sememangnya mengagumkan.

Tanpa sebarang sumber rujukan dan lakaran teknikal, Mohd Musa bersama beberapa rakan karibnya mampu menghasilkan bot pam yang lengkap dengan enjin pam 7.5 kuasa kuda.

MOHD Musa sedang menyiapkan tempahan pelanggan. - Foto Khalid Latip
MOHD Musa sedang menyiapkan tempahan pelanggan. - Foto Khalid Latip

Rekaan anak muda ini yang terkenal dengan gelaran 'pakar jet ski kampung' bukan sahaja halus dan bermutu, malah mampu memikat cita rasa peminat bot pam dari seluruh negeri.

Di sebalik kemahirannya itu, tidak ramai mengetahui penangkap ikan terubuk ini sebenarnya tidak boleh mengeja kerana tidak sempat bersekolah disebabkan faktor kemiskinan.

"Minat terhadap jeti ski kampung bermula selepas melihat perlumbaan mini bot itu dalam Pesta Kaul Mukah. Saya tertarik dengan reka bentuknya yang ringkas dan mudah dibuat.

"Bahannya papan lapis biasa dan enjinnya menggunakan pam air. Sejak itu, saya membuat bot pam sendiri. Cubaan kali pertama gagal, namun saya tidak patah semangat," katanya.

Musa menghasilkan jet ski itu menggunakan papan lapis dan disalut dengan gentian kaca, manakala komponen lain seperti enjin dibeli dari kedai menjual perkakasan pertukangan.

Bermula dengan hobi dan minat yang mendalam terhadap sampan, pembuatan bom pam atau 'jet ski kampung' itu dijadikan sumber pendapatannya.

"Mulanya saya membuat bot pam hanya untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang. Pada masa yang sama, ada yang beli malah ada yang sanggup menawarkan harga tinggi.

"Kalau ringan tulang dan kreatif, semua kerja yang dibuat pasti menjadi. Walaupun saya nelayan sepenuh masa, pembuatan bot pam ini sudah sebati dengan jiwa saya," katanya.

Kos membuat sebuah bot pam kira-kira RM300 hingga RM400, bergantung kepada jenis papan dan kualiti enjin yang digunakan.

SUKAN ini diminati pelbagai peringkat umur. - Foto Khalid Latip
SUKAN ini diminati pelbagai peringkat umur. - Foto Khalid Latip

Penggiat sukan bot pam, Saliman Ismail, 40, menjelaskan pembuatan bot pam kelihatan seperti mudah, namun ia sebenarnya rumit, selain memerlukan kepakaran dan ketelitian. Reka bentuk sesebuah bot pam harus mengikut ukuran dengan betul bagi memudahkannya dikendalikan, selain berupaya bergerak dengan laju.

Untuk mengendali bot pam juga, katanya, perlu ada keberanian dan pandai berenang.

Saliman berkata, selain selamat, aktiviti lumba bot pam mampu mendisiplinkan golongan muda dan mengelak mereka daripada terjebak dengan gejala sosial.

"Sesebuah bot pam tidak memerlukan stereng kerana ia hanya dikendalikan dengan imbangan badan. Untuk menjadi seseorang pelumba bot pam yang berjaya, mereka mesti melatih diri sendiri supaya lebih berdisiplin," katanya.

Saliman berkata, aktiviti perlumbaan bot pam di daerah itu mendapat sokongan padu pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan dan swasta, dengan lokasi penganjuran utama ialah di Sungai Daro dan Sungai Semop. Lumba Bot Pam Daro pernah disertai peserta dari luar daerah, termasuk Mukah dan Sibu.

Berita Harian X