Sabtu, 16 Mei 2015 | 12:18am
IKAN keli yang digoreng. - Foto Goh Thean Howe
IKAN keli yang digoreng. - Foto Goh Thean Howe
LETAKKAN sedikit serbuk kunyit sebelum menggoreng ikan keli. - Foto Goh Thean Howe
LETAKKAN sedikit serbuk kunyit sebelum menggoreng ikan keli. - Foto Goh Thean Howe
MASUKKAN cili ke dalam bahan yang sedang ditumis. - Foto Goh Thean Howe
MASUKKAN cili ke dalam bahan yang sedang ditumis. - Foto Goh Thean Howe

Keli sajian enak, rendah kolesterol

MASAKAN ikan keli bakar dari restoran De Cuisine Hotel Seri Pacific, Jalan Putra. - Foto Nik Hariff Hassan
MASAKAN ikan keli bakar dari restoran De Cuisine Hotel Seri Pacific, Jalan Putra. - Foto Nik Hariff Hassan

IKAN keli atau nama saintifiknya clarias gariepinus adalah sejenis ikan air tawar dan ia banyak terdapat di benua Afrika dan Asia.

   Uniknya, keli juga diberikan beberapa nama lain, misalnya di Malaysia ia dipanggil keli tetapi di Indonesia dikenali lele manakala di Afrika, dipanggil mali, manakala di Thailand dikenali sebagai plamond, Jepun (namazu) dan Sri Lanka (gura magura).

   Walau apa pun namanya, kajian oleh Institut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati, ikan keli ternak yang diberi makan palet berkhasiat mempunyai sumber protein baik untuk kesihatan.

Ia kaya dengan asid lemak Omega-3 yang rendah kandungan kolesterol dan lemak tepu serta sangat ideal untuk diet seharian.

   Sementara itu, menurut satu kajian terbitan jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu yang terkandung di dalam keli berfaedah untuk kardiovaskular, neurologikal dan sistem peredaran dalam badan.

HIDANGAN lengkap set Keli Berlada. - Foto Goh Thean Howe
HIDANGAN lengkap set Keli Berlada. - Foto Goh Thean Howe

   Pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli dalam seminggu turut berupaya mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung. Maka, ikan keli sangat sesuai dimakan oleh mereka yang sudah berusia.

  Minyak ikan yang terkandung dalam ikan keli juga mampu mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan pembekuan darah yang menjadi punca utama sakit jantung.

   Selain itu, ia juga mengandungi Asid Docosahexaenoic (DHA) yang baik untuk pertumbuhan otak dan tumbesaran kanak-kanak. Ia sangat berguna kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gram (g) DHA untuk memproses maklumat setiap hari.

  Isi keli lembut dan ia boleh dimasak dengan pelbagai resipi atau gaya masakan. Ikan keli ini perlu dibersihkan dengan cara betul untuk hilangkan rasa lumpur dan sebagainya. Seelok-eloknya, bersihkan ikan dan keluarkan darah bekunya bagi mengelakkan bau hanyir yang kuat. Kemudian, lumur ikan itu dengan asam jawa, garam dan limau nipis bagi menghilangkan lendir dan bau. Lakukan sebanyak tiga kali, bagi memastikan ia benar-benar bersih.

ANTARA bahan utama bersama ikan keli sebelum dibakar. - Foto Nik Hariff Hassan
ANTARA bahan utama bersama ikan keli sebelum dibakar. - Foto Nik Hariff Hassan

Minggu ini, Cef Izin Abdillah daripada The 39 Restaurant berkongsi resipi keli berlada, yang sangat mudah disediakan dan menggunakan bahan sedia ada di dapur rumah anda.

 

Bahan:

80 gram (g) ikan keli

40 g bawang besar (dikisar)

20 g bawang putih (dikisar)

20 g cili merah (dikisar kasar)

15 g cili hijau (dikisar kasar)

15 g serbuk kunyit

Garam secukup rasa

TUMISAN dicampur dengan cili hijau. - Foto Goh Thean Howe
TUMISAN dicampur dengan cili hijau. - Foto Goh Thean Howe

 

Cara memasak:

1. Tumis bahan kisar sehingga garing.

2. Goreng ikan keli sehingga rangup.

3. Masukkan ke dalam sos berlada.

4. Siap dihidang.

INFO

Kelebihan Omega 3

1. Menyelesaikan masalah kemandulan.

2. Menyuburkan rahim.

3. Merawat kanser pada peringkat awal.

Berita Harian X