Sabtu, 16 Mei 2015 | 12:17am
NIKOLAUS, (kiri) bersama isteri, Isemayuzie mengendalikan perniagaan Burger Mat Saleh di Jalan Sultanah Zainab. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
NIKOLAUS, (kiri) bersama isteri, Isemayuzie mengendalikan perniagaan Burger Mat Saleh di Jalan Sultanah Zainab. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
BURGER Mat Saleh menjanjikan kelainan kerana daging burger dibakar. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
BURGER Mat Saleh menjanjikan kelainan kerana daging burger dibakar. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
NIKOLAUS memasak daging burger bagi menjamin kepuasan pelanggan. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
NIKOLAUS memasak daging burger bagi menjamin kepuasan pelanggan. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Burger cili padi restoran Mat Salleh

BURGER mi segera. - Foto Norizuan Shamsuddin
BURGER mi segera. - Foto Norizuan Shamsuddin

MAHU mencuba burger cili padi yang mampu membuat mulut terasa panas tapi tetap mahu menghabiskannya kerana rasa yang cukup luar biasa?

Atau mencuba burger cendawan, daging atau ayam yang dicampurkan dengan lada besar, bawang serta rempah istimewa yang menambahkan lagi kelainan.

Kelazatan daging burger yang diproses sendiri ini boleh dapat di Restoran Burger Mat Salleh di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, yang dibuka dari jam 8 malam hingga 4 pagi, setiap hari.

Gelaran Burger Mat Salleh digunakan kerana pemiliknya, Nikolaus Weiss ,63, adalah warga Jerman yang berkahwin dengan wanita tempatan, Isemayuzie Ismail, 36.

ROHANY terpaksa berhenti sekolah selama 14 bulan kerana menjalani rawatan, pembedahan dan kimoterapi. - Foto Ihsan Rohany Gabi
ROHANY terpaksa berhenti sekolah selama 14 bulan kerana menjalani rawatan, pembedahan dan kimoterapi. - Foto Ihsan Rohany Gabi

Sambutan menggalakkan

Keenakan daging burger itu membuat ada yang sanggup memandu beratus kilometer dari Terengganu dan Pahang semata-mata mahu merasai sendiri Burger Mat Salleh ini.

Meskipun lokasi restoran tersorok daripada pandangan umum kerana saiznya yang kecil, namun tiada siapa menjangka jumlah pengunjung yang datang begitu ramai sekali.

Sejak beroperasi tiga tahun lalu, sambutannya amat menggalakkan dan nama restoran ini juga semakin meniti di bibir mereka yang suka mengembara sambil mencari makanan.

Apa keistimewaan burger Mat Salleh ini berbanding burger biasa?

"Mengunakan daging lembu dan ayam yang diproses sendiri dengan cara yang khusus tanpa diperap seperti daging burger yang lain bagi membolehkan jus bahan berkenaan kekal dirasai," kata Isemayuzie.

Tidak cukup dengan itu, sosnya juga adalah daripada adunan bahan segar dan bermutu yang dibuat sendiri, bukan daripada sos cili cair.

Isemayuzie atau lebih mesra dengan panggilan Kak Jie berkata sos yang digunakan dalam hidangan burger berbeza dengan yang lain kerana ia direka khas daripada resipi keluarga suaminya di Jerman termasuk bahan rempah.

Harga berpatutan

"Harga yang ditawarkan berpatutan dan berbaloi dengan saiznya iaitu antara RM8 hingga RM17," katanya Menurutnya, dia cuba menjual burger kerana suaminya mempunyai resipi tersendiri daripada keluarganya di Jerman yang boleh memberi kelainan dalam hidangan itu.

"Alhamdulillah bermula dengan lima kilogram (kg) daging sehari, kini kami menggunakan 20 kg daging lembu dan 15 kg ayam dalam masa dua hari apabila ia mendapat sambutan menggalakkan," katanya yang juga memberitahu restorannya mendapat pelanggan antara 100 hingga 200 sehari.

Berbeza dengan kebanyakan kedai atau gerai burger, kelainan di Restoran Burger Mat Saleh adalah mengamalkan konsep layan diri.

NIKOLAUS melayan pelanggan yang ingin menikmati Burger Mat Saleh di Jalan Sultanah Zainab. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
NIKOLAUS melayan pelanggan yang ingin menikmati Burger Mat Saleh di Jalan Sultanah Zainab. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Konsep layan diri

Pelanggan perlu menulis sendiri tempahan mereka dalam buku yang diletakkan di kaunter.

Konsep itu digunakan kerana dia perlu memberi tumpuan dengan memasak hidangan burger sementara suaminya menyediakan sos.

"Kita pernah cuba mengambil pekerja tapi gaji yang diminta terlalu tinggi selain pernah ditipu. Setakat ini, pelanggan tidak pernah mengadu dan ada yang sukarela untuk membantu kami di dapur termasuk menyediakan sendiri meja dan kerusi malah terdapat juga pelanggan bantu membasuh pinggan mereka," katanya.

Selain burger, restoran dengan hiasan ringkas itu turut menyajikan lima jenis menu spaghetti istimewa iaitu spaghetti daging, lala, mushroom dan tuna yang menggunakan sos istimewa sebagai rahsia.

Selain hidangan barat, pasangan itu juga menyediakan air batu campur (ABC) istimewa sebagai pencuci mulut yang juga menjadi kegemaran pelanggan kerana keunikan rasa lemak kacang ditambah dengan taburan serbuk Oreo.

"Saya tidak pernah menyangka perniagaan kami mendapat sambutan yang hebat malah, lebih terharu selepas terdapat seorang pelanggan dari Pulau Pinang yang sanggup menaiki penerbangan semata-mata hanya untuk merasai burger kami," katanya.

Berita Harian X