AYAM 'ungkep' mungkin asing bagi segelintir masyarakat negara ini tetapi begitu popular dalam kalangan masyarakat Jawa. Rasanya cukup menarik dan boleh diratah begitu saja.
Sama ada menggunakan ayam tua, ayam kampung mahupun ayam biasa, rasanya tetap lazat. Makanan ini dimasak dengan rempah ratus yang menjadikan hidangan lebih menyelerakan.
Difahamkan, ia digelar masakan ungkep kerana membawa maksud tutup. Ini kerana ketika dimasak, ayam ini perlu ditutup ketika ia menggelegak.
Cara memasaknya ringkas dan cepat, hanya seperti membuat ayam goreng biasa. Namun yang membezakannya adalah rempah ratus digunakan bagi menambah kenikmatan dan lazat ayam ungkep itu.
Salah satu keistimewaan ayam ungkep kerana rempah ratus yang meresap hingga ke dalam tekstur dan menjadikan dagingnya lembut.
Santapan ketika pantang
Justeru, jika jemu dengan ikan bakar, daging atau ayam bakar ketika waktu pantang, apa kata jadikan ayam ungkep sebagai pengganti menu pantang anda kali ini.
Bukan saja lazat, ia mempunyai kebaikan dengan campuran bahan seperti ketumbar, halia dan kunyit yang bertindak menghangatkan tubuh.
Bagi Cef Junior Sous, Muhammad Arif Amin, dari Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, berkata ayam ungkep biasanya dijadikan makanan pantang orang Jawa. Beliau berkata, bukan saja lazat, hidangan ini berkhasiat dengan penggunaan rempah sebagai bahan asas.
"Ia kering dan boleh disimpan beberapa hari. Tidak mudah basi kerana dimasak dalam tempoh lama. Saya cadangkan, guna ayam kampung kerana ayam jenis ini lebih manis," katanya.
Bahan-bahan
50gram(g) lengkuas
50g halia
100g bawang merah
50g bawang putih
80g biji ketumbar (dikisar)
50g biji jintan manis (dikisar)
50g biji jintan putih (dikisar)
2 sentimeter kunyit hidup
4batang serai (dititik)
1kilogram (kg) ayam
Cara-cara
Petua
Lembutkan ayam tua
* Sudu dimasukkan ke dalam masakan, ia cepat mendidih dan ayam cepat empuk. Selamat mencuba.
Ayam tidak hanyir
* Anda cuma ambil tepung gandum dan garam kasar. Basuh sehingga rasa lendir ayam hilang.