Jumaat, 17 April 2015 | 12:07am
PENGAGIHAN bekalan makanan dan selimut tebal kepada 1,000 keluarga pelarian dari Yarmouk di Yalda, Damsyik, Syria. - Foto Ihsan WFP
PENGAGIHAN bekalan makanan dan selimut tebal kepada 1,000 keluarga pelarian dari Yarmouk di Yalda, Damsyik, Syria. - Foto Ihsan WFP
PELARIAN Syria masuk ke Jordan ketika konflik perang saudara masuk tahun kelima tahun ini. - Foto Ihsan WFP
PELARIAN Syria masuk ke Jordan ketika konflik perang saudara masuk tahun kelima tahun ini. - Foto Ihsan WFP
SUASANA sekitar lokasi pengedaran bantuan selepas 15 minit konvoi bantuan dari Malaysia, Algeria dan Jordan tiba di Yalda. - Foto Syed Azwan
SUASANA sekitar lokasi pengedaran bantuan selepas 15 minit konvoi bantuan dari Malaysia, Algeria dan Jordan tiba di Yalda. - Foto Syed Azwan
WFP hadapi kekangan kewangan untuk bantu pelarian Syria.
WFP hadapi kekangan kewangan untuk bantu pelarian Syria.

Malapetaka menimpa pelarian Syria


KUWAIT CITY: Konflik kemanusiaan Syria kini bertukar daripada peringkat krisis kepada malapetaka dengan data terkini menunjukkan 80 peratus penduduknya kini terjerumus dalam lembah kemiskinan sehingga tidak mampu membeli makanan.

Program Makanan Dunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ketika ini membelanjakan AS$25 juta (RM90.6 juta) seminggu semata-mata bagi memastikan enam juta pelarian di Syria terus mendapat makanan dan keperluan asas.

KUNJUNGAN Raja Salman ke Amerika Syarikat untuk menjamin kedudukan Arab Saudi.
KUNJUNGAN Raja Salman ke Amerika Syarikat untuk menjamin kedudukan Arab Saudi.

Jurucakap WFP, Dina El-Kassaby, berkata jumlah itu merangkumi empat juta pelarian di dalam Syria dan 2.1 juta pelarian di Lubnan, Jordan, Turki, Iraq dan Mesir.

Bercakap kepada wartawan BH yang menghadiri Persidangan Kemanusiaan Antarabangsa Mengumpul Dana Untuk Syria di Kuwait City, baru-baru ini, Dina berkata, angka itu menunjukkan betapa kritikalnya situasi di Syria ketika ini.

WFP bertanggungjawab memastikan pelarian mendapat makanan yang mereka perlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ketika ini WFP memberi bantuan AS$19 (RM69) sebulan dalam bentuk baucar elektronik (kad debit) kepada setiap pelarian di luar Syria.

"Kami masukkan nilai AS$19 (RM69) setiap bulan supaya mereka (pelarian) boleh membeli barangan keperluan asas di kedai terpilih.

"Kebaikan program ini ialah pelarian mendapat akses kepada pelbagai jenis makanan seperti daging segar, ayam, sayur-sayuran dan mereka ada kawalan apa yang diperlukan," katanya.

PENGAGIHAN bekalan makanan dan selimut tebal kepada 1,000 keluarga pelarian. - Foto Ihsan WFP
PENGAGIHAN bekalan makanan dan selimut tebal kepada 1,000 keluarga pelarian. - Foto Ihsan WFP

Program makanan WFP juga memberi suntikan ekonomi secara tidak langsung kepada negara jiran yang menampung pelarian dari negara bergolak itu.

"WFP menyuntik lebih AS$1 bilion (RM3.7 bilion) kepada ekonomi negara jiran sejak program ini diperkenalkan empat tahun lalu," kata jurucakap agensi antarabangsa itu.

Di Syria, WFP menjalankan program bantuan makanan dengan membekalkan kotak besar barang makanan kepada keluarga pelarian yang mampu bertahan untuk tempoh tertentu.

Keperluan asas seperti makanan amat mendesak di Syria dan perkara itu disaksikan sendiri wartawan BH yang memasuki Damsyik, awal Februari lalu.

Ketika misi menghantar 1,000 kotak bekalan makanan kepada 18,000 pelarian Palestin terperangkap di Kem Yarmouk, wartawan BH diberitahu mengenai kekangan dihadapi pelarian untuk mendapat bekalan makanan di kawasan terkepung.

"Harga sekilogram beras mencecah 3,000 Pound Syria (RM57) berbanding RM7 di luar Kem Yarmouk yang dikepung tentera kerajaan," demikian menurut seorang pelarian di Damsyik.

Sudahlah dikepung, pelarian yang sememangnya tidak mempunyai apa-apa selain saki-baki maruah yang ada, ditekan dengan harga barangan yang melambung mendadak.

BANGUNAN kedutaan Arab Saudi diserang di Tehran.
BANGUNAN kedutaan Arab Saudi diserang di Tehran.

Dina menegaskan WFP memerlukan sokongan komuniti dunia dan tahun ini, ia memerlukan sekitar AS$1.5 bilion (RM5.55 bilion) bagi meneruskan program makanannya kepada enam juta pelarian di dalam dan luar Syria.

"Kami berdepan cabaran untuk mengekalkan program bantuan makanan ini, ..mungkin selepas ini kena ikut keutamaan," kata Dina menjelaskan sebelum ini pelarian di Lubnan misalnya menerima AS$30 (RM109) sebulan sebelum dikurangkan kepada AS$19 (RM69) berikutan kekangan dana WFP.

Perang saudara Syria yang bermula dengan penentangan sivil terhadap kepemimpinan Presiden Bashar Al-Assad sejak Mac 2011 menyebabkan negara itu kehilangan lebih AS$200 bilion (RM725 bilion) dalam sektor ekonomi.

* Ikuti temubual BH dengan Chief de Mission Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) Kuwait, Iman Y Ereiqat mengenai kes keganasan dan penindasan ke atas wanita dan kanak-kanak yang semakin membimbangkan di Syria.

Berita Harian X