Jumaat, 3 April 2015 | 12:02am
GERHADT (kiri) kini bergandingan dengan Billy Mehmet dalam skuad Sarawak.
GERHADT (kiri) kini bergandingan dengan Billy Mehmet dalam skuad Sarawak.
KAPTEN Sarawak, Ryan Griffiths (kiri) dikawal pemain Kelantan, Ahmad Fakri Saarani, ketika perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Negeri, Kuching, baru-baru ini.
KAPTEN Sarawak, Ryan Griffiths (kiri) dikawal pemain Kelantan, Ahmad Fakri Saarani, ketika perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Negeri, Kuching, baru-baru ini.
PEMAIN PDRM, Kughegbe Onoriode (jersi 21) diasak pemain Sime Darby, Nemanja Vidakovic (dua kanan belakang) dan Azmirul Azmi (kanan) pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Selayang, baru-baru ini.

PEMAIN PDRM, Kughegbe Onoriode (kiri) mengasak pemain Sime Darby, Nemanja Vidakovic pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Selayang.
PEMAIN PDRM, Kughegbe Onoriode (kiri) mengasak pemain Sime Darby, Nemanja Vidakovic pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Selayang.
PEMAIN Pulau Pinang, Lee Gil Hoon meraikan jaringan dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
PEMAIN Pulau Pinang, Lee Gil Hoon meraikan jaringan dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
PEMAIN Pulau Pinang, Alberto Goncalves bersaing dengan pemain Negeri Sembilan, Rezal Zambery dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. - Foto Hazreen Mohamad
PEMAIN Pulau Pinang, Alberto Goncalves bersaing dengan pemain Negeri Sembilan, Rezal Zambery dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. - Foto Hazreen Mohamad
PEMAIN pasukan Sabah, Maxsius Musa (dua dari kiri) mengasak pemain KL SPA Putrajaya FC, Md. Norhafizzuaan Jailiani (dua dari kanan) pada perlawanan Liga Perdana, di Stadium Likas, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin.

PDRM berdepan ujian getir; Sabah, PP cari cengkaman

AKSI pemain JDT, Mahalli Jasuli (tengah) yang diasak penjaga gol Balestier Khalsa FC, (kanan) pada perlawanan Piala AFC, di Stadium Jalan Besar, Singapura, baru-baru ini.
AKSI pemain JDT, Mahalli Jasuli (tengah) yang diasak penjaga gol Balestier Khalsa FC, (kanan) pada perlawanan Piala AFC, di Stadium Jalan Besar, Singapura, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua minggu berehat untuk aksi antarabangsa, saingan Liga Super kembali bersambung minggu ini untuk perlawanan hari keenam dengan satu perlawanan berlangsung, malam ini dan baki lima lagi perlawanan, malam esok.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kendalian Azman Adnan yang kini di tangga kedua Liga Super dengan sembilan mata berpeluang merampas seketika tangga teratas liga daripada FELDA United (11 mata) andai mereka berjaya menewaskan Sarawak pada aksi tunggal di Stadium Shah Alam, malam ini.

Namun, PDRM tidak boleh bersikap ambil mudah biarpun Sarawak kendalian Robert Alberts tewas kedua-dua perlawanan terakhir mereka di tempat lawan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-1 di Larkin dan Selangor 2-0 di Shah Alam, 14 Mac lalu.

PEMAIN JDT diasak pemain Balestier Khalsa FC, pada perlawanan Piala AFC, di Stadium Jalan Besar, Singapura, baru-baru ini.- Foto Mohd Azren Jamaludin
PEMAIN JDT diasak pemain Balestier Khalsa FC, pada perlawanan Piala AFC, di Stadium Jalan Besar, Singapura, baru-baru ini.- Foto Mohd Azren Jamaludin

Ini kerana, PDRM yang cemerlang meraih tiga kemenangan berturut-turut menewaskan JDT 1-0 dan Kelantan 4-0 dalam aksi liga dan Sabah 3-0 pada pusingan kedua Piala FA tiba-tiba dikejutkan kekalahan besar 4-1 kepada Selangor di Shah Alam, 7 Mac lalu.

Selepas itu, mereka bangkit menewaskan Perak 3-1 di Ipoh tetapi dikejutkan sekali lagi dengan kekalahan 4-2 kepada Sime Darby FC pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Selayang, 17 Mac lalu.

Lima lagi perlawanan, malam esok turut menarik untuk disaksikan dengan FELDA United mahu mengutip mata penuh apabila melayan kunjungan Perak di Stadium Selayang bagi mengukuhkan kedudukan di tangga teratas.

PEMAIN PDRM, Dramane Traore (jersi 10) cuba melepasi asakan pertahanan Sime Darby, Ivan Dragicevic (kiri) pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Selayang, baru-baru ini.
PEMAIN PDRM, Dramane Traore (jersi 10) cuba melepasi asakan pertahanan Sime Darby, Ivan Dragicevic (kiri) pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Selayang, baru-baru ini.

Selangor yang tersingkir di pusingan ketiga Piala FA kepada Terengganu pula mahu meneruskan rentak kemenangan dalam saingan liga apabila berdepan Sime Darby FC di Stadium Shah Alam, tatkala lawan kendalian Ismail Zakaria itu masih tercari kemenangan sulung dalam liga untuk keluar dari posisi tercorot.

Juara bertahan, JDT pasti mahu menggunakan kelebihan beraksi di Larkin untuk membenam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala pertembungan dua pasukan Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu menjanjikan aksi panas.

Satu lagi perlawanan, Pahang sudah tentu mahu memperbaiki kedudukan di tangga ke-10 liga ketika ini apabila menanti kunjungan wakil Singapura, Lions XII di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Sementara itu, saingan Liga Perdana tidak kurang hebatnya apabila enam perlawanan yang bakal berlangsung hari ini mampu mengubah kedudukan teratas carta liga.

PENYERANG Sabah, El Hadji Diouf dikawal ketat oleh barisan pertahanan Kuantan FA ketika perlawanan Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
PENYERANG Sabah, El Hadji Diouf dikawal ketat oleh barisan pertahanan Kuantan FA ketika perlawanan Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Selepas lima perlawanan, Sabah di tangga teratas dengan 12 mata diikuti Pulau Pinang dengan 11 mata, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dan Negeri Sembilan (NS) Matrix yang berkongsi 10 mata serta DRB-HICOM FC dengan sembilan mata.

Sabah sudah tentu berdepan tugas sukar mencuri tiga mata penuh dari Kuala Terengganu, malam ini memandangkan T-Team biarpun di tangga keenam dengan lapan mata, namun mereka pada prestasi terbaik selepas menewaskan JDT II 3-1 dan NS Matrix 5-3 pada dua aksi terakhir liga.

Pasukan di tangga kedua dan ketiga, Pulau Pinang dan JDT II pula terpaksa berdepan sesama sendiri di Stadium Bandaraya dan sudah tentu kedua-dua mereka tidak mahu keciciran mata.

Tiga lagi perlawanan bakal berlangsung sebelah petang - PKNS FC bertemu NS Matrix di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, UiTM FC bertemu KL SPA di Stadium UiTM, Shah Alam manakala Kuala Lumpur kembali beraksi di Stadium Merdeka untuk berdepan Kedah.

Satu lagi perlawanan, Kuantan FA bertemu DRB-HICOM di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

INFO

Senarai penjaring terbanyak Liga Super

7 gol - Dramane Traore (PDRM)

5 gol - Paulo Rangel (TER)

3 gol - Edward Junior Wilson (FELDA),

Billy Mehmet (SAR),

Nurridzuan Abu Hassan (PRK)

Senarai penjaring terbanyak Liga Perdana

8 gol - Francis Forkey Doe (NS)

5 gol - Shafiq Shaharudin (JDT II)

4 gol - Ivan Babic (DRB),

Leandro Velazquez (JDT II),

Shahril Ishak (JDT II)

Berita Harian X