Ahad, 29 March 2015 | 12:15am
Kanak-kanak ceria ketika aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Kanak-kanak ceria ketika aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Penduduk berpeluang beramah mesra dengan rakan sekampung ketika aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Penduduk berpeluang beramah mesra dengan rakan sekampung ketika aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Seorang penduduk membersihkan ikan yang ditangkap untuk hidangan tengah hari ketika aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Seorang penduduk membersihkan ikan yang ditangkap untuk hidangan tengah hari ketika aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Sebahagian penduduk yang menyertai aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Sebahagian penduduk yang menyertai aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Penduduk bersama-sama mengutip ikan ketika aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Penduduk bersama-sama mengutip ikan ketika aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Sebahagian penduduk bersemangat ketika menyertai aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Sebahagian penduduk bersemangat ketika menyertai aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Antara keluarga sedang menikmati hidangan tengah hari ketika menyertai aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Antara keluarga sedang menikmati hidangan tengah hari ketika menyertai aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan

Menyelongkar khazanah Kampung Togudon

Penduduk meniti jambatan gantung berlatarkan Gunung Kinabalu di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Penduduk meniti jambatan gantung berlatarkan Gunung Kinabalu di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan

KOTA Belud adalah daerah di Sabah yang mempunyai pelbagai tarikan daripada keindahan alam semula jadi hinggalah keunikan budaya masyarakatnya yang berbilang kaum.

Salah satu tarikan daerah itu yang masih ramai tidak mengetahuinya ialah Kampung Togudon, kira-kira 85 kilometer dari Kota Kinabalu dan hanya tujuh kilometer dari laluan ekstrim pendakian dari kaki Gunung Kinabalu iaitu Sub-stesen Sayap.

Kampung Togudon kelihatan seperti perkampungan petani tipikal lain di Sabah, namun apabila melangkah lebih dekat, di sebalik perkampungan ini adanya pemandangan indah, seakan-akan rahsia yang tersembunyi dengan rapi.

Baru-baru ini penulis berkunjung ke kampung berkenaan bersama beberapa rakan untuk menyertai aktiviti 'menuai ikan' yang biasanya diadakan oleh penduduk perkampungan di tebing sungai di Sabah sempena musim kemarau.

Jurupandu, Mohd Fazlian Abdullah teruja ketika melalui jambatan gantung di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Jurupandu, Mohd Fazlian Abdullah teruja ketika melalui jambatan gantung di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan

Ketibaan penulis bersama rakan disambut mesra oleh anak jati Kampung Togudon, Mohd Fazilan Abdullah, 47, pesara tentera yang sudi meluangkan masa menemani kami sepanjang kunjungan ke kampung itu.

Seawal jam 6 pagi kami menyusuri jalan kecil antara rumah sederhana di kampung itu untuk menuju ke Sungai Wario sambil penduduk menyapa mesra, membuatkan penulis berasa rendah diri dan selesa.

Kami dapat melihat kesederhanaan penduduk di perkampungan Dusun yang seawal paginya memulakan rutin harian dengan menjalankan aktiviti melakukan kerja kampung untuk mencari rezeki.

Jambatan gantung di Kampung Togudon, Kota Belud menjadi penghubung penting kepada penduduk di situ. - Foto Lano Lan
Jambatan gantung di Kampung Togudon, Kota Belud menjadi penghubung penting kepada penduduk di situ. - Foto Lano Lan

Jambatan lusuh di hujung sawah

Sepanjang perjalanan sambil menghirup udara segar di perkampungan berhampiran kaki Gunung Kinabalu itu, penulis tidak dapat mengira jumlah keseluruhan jambatan gantung yang telah dilalui. Ia menjadi laluan utama penduduk untuk ke kebun dan sawah yang mereka usahakan.

Namun titian terakhir paling istimewa kerana di penghujung jambatan lusuh itu terbentang pemandangan sawah padi seluas mata memandang, sambil aliran tenang Sungai Wario berlantaikan batu granit dengan corak seperti susunan batu dalam akuarium, menyerlahkan panorama seakan dalam lukisan!

Ia tidak berakhir di situ, di penghujung keindahan alam Kampung Togudon tersergam indah mercu tanda kebanggaan rakyat Sabah, Gunung Kinabalu.

Suasana pemandangan sungai dan sawah di Kampung Togudon, Kota Belud yang berlatarkan Gunung Kinabalu. - Foto Lano Lan
Suasana pemandangan sungai dan sawah di Kampung Togudon, Kota Belud yang berlatarkan Gunung Kinabalu. - Foto Lano Lan

Penulis dan rakan hampir tidak terkata apabila melihat ketiga-tiga elemen ini bergabung dalam satu kawasan, ditambah dengan kelibat penduduk meniti jambatan gantung bersama kilauan cahaya pagi, yang pastinya keunikan ini membuatkan kami tidak henti menekan butang kamera untuk merakamkan suasana bagaikan imiginasi lukisan zaman kanak-kanak.

Uniknya kawasan sawah di kampung ini masih mengekalkan 'props' tradisi seperti 'sulap' atau pondok di tengah sawah sungguhpun ia sebenarnya diusahakan secara komersial dengan tanaman tiga kali setahun serta dibajak dan dituai menggunakan jentera moden.

Mohd Fazilan memberitahu penulis, kampung ini dihuni kira-kira 400 penduduk daripada masyarakat etnik Dusun dengan sebahagian besar mencari rezeki sebagai pesawah, penoreh getah selain ramai juga yang bekerja di bandar.

Ketika ini, tiada inap desa disediakan, namun pengunjung boleh berhubung dengan penduduk jika berminat menjelajah kampung berkenaan termasuk berkhemah, 'jungle trekking' dan mandi sungai dengan bayaran mengikut persetujuan.

Penduduk tidak melepaskan kesempatan memeriahkan aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Penduduk tidak melepaskan kesempatan memeriahkan aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan

Kemeriahan mengukuhkan persahabatan

Selesai merakam keindahan landskap sawah dan jambatan di Kampung Togudon, kami dipelawa menyertai sambutan hari keluarga penduduk yang bertemakan berkelah sambil menangkap ikan.

Cuaca panas akibat fenomena Ekuinos tidak menghalang kira-kira 300 penduduk berkelah santai di tebing Sungai Wario yang airnya nyaman dan menyegarkan mengalir terus dari Gunung Kinabalu.

Ketua Kampung Togudon, Saupin Yuna, 54, memberitahu perkelahan tahunan penduduk itu biasanya dihadiri semua masyarakat daripada pelbagai peringkat sebagai antara cara untuk merapatkan hubungan silaturrahim.

Kepuasan terpancar di wajah penduduk yang menyertai aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Kepuasan terpancar di wajah penduduk yang menyertai aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan

"Acara tahun ini disertai penduduk sama ada yang jauh dan dekat, selain menjadi sebab bagi mereka yang berkerja di bandar untuk pulang ke kampung," katanya.

Pengerusi Bombon Kampung Togudon, Sarupin Ginduoh, 46, berkata aktiviti menangkap ikan di sungai yang dikuatkuasakan menerusi program tagal di kampung itu berbeza berbanding tempat lain kerana jumlah tangkapan bukanlah keutamaan, tetapi kesempatan beramah mesra dengan penduduk lebih utama.

"Bagi memastikan semua yang hadir dapat menikmati kemeriahan acara ini, mereka dibenarkan turut serta dalam aktiviti menangkap ikan tidak seperti mana aktiviti menuai hasil ikan yang lain di mana keutamaan menuai hanya kepada mereka yang pakar," katanya.

Penulis sendiri merasai kemeriahannya kerana tidak kira sekecil mana pun ikan yang ditangkap, perasaan bangga dan gembira dikongsi bersama.

Kanak-kanak berkongsi kegembiraan ketika melihat tangkapan ketika aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Kanak-kanak berkongsi kegembiraan ketika melihat tangkapan ketika aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan

Kemuncak kemeriahan acara perkelahan tahunan itu apabila dua lubuk utama Sungai Wario yang dikenali lubuk Kupang dan Sogohon dibuka untuk aktiviti membuka tagal.

Hasil daripada kedua-dua lubuk, antaranya dari spesies kelah, saraie, barob dan belut sungai dibahagikan kepada semua yang hadir untuk dibawa pulang, selain dimasak terus di tebing sungai sebagai hidangan tengah hari.

Bagi penulis, Kampung Togudon memberi pengalaman dan perspektif baharu bukan saja dalam mengekalkan keindahan alam semula jadi, malah menjadikannya sebagai peluang untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan persahabatan.

Penduduk bergambar dengan hasil tangkapan mereka ketika aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan
Penduduk bergambar dengan hasil tangkapan mereka ketika aktiviti 'menuai ikan' di Kampung Togudon, Kota Belud. - Foto Lano Lan

INFO:
Kampung Togudon
- 85 kilometer dari Kota Kinabalu
- Untuk ke sana pengunjung boleh melalui jalan berturap Ranau - Kota Belud menghala ke Sub-stesen Sayap di kaki Gunung Kinabalu.
- Sebahagian besar penduduk dari etnik Dusun.

Berita Harian X