Ahad, 8 March 2015 | 12:09am
PUSAT Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok menjadi lokasi sesuai bagi pemerhati burung. - Foto Poliana Ronnie sidom

PUSAT Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok mempunyai titian kanopi yang menghubungkan setiap menara. - Foto Poliana Ronnie sidom

LALUAN denai sesuai untuk aktiviti lasak dan mengintai kelibat hidupan liar pada waktu malam di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom

JAMBATAN gantung yang merentasi tasik semulajadi terdapat di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom

AKTIVITI mengayuh bot mengelilingi tasik semulajadi terdapat di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom

PENGUNJUNG melihat gambar hidupan liar yang disediakan di bilik pameran di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom

ANTARA tumbuhan yang boleh dilihat di Taman Penemuan Tumbuhan di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom

TAMAN Penemuan Tumbuhan yang mempunyai lebih 250 jenis tumbuhan di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom

1,001 pengalaman teroka hutan Sepilok

PUSAT Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok mempunyai titian kanopi yang menghubungkan setiap menara. - Foto Poliana Ronnie sidom
PUSAT Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok mempunyai titian kanopi yang menghubungkan setiap menara. - Foto Poliana Ronnie sidom

Menikmati kehijauan alam semula jadi sambil ditemani bunyi unggas, kicauan burung dan tupai yang bermain di celah pokok, sememangnya mendamaikan jiwa.

Tambah menarik jika terserempak dengan burung Tiong Batu Borneo atau nama saintifiknya, Pityriasis Gymnocephala, spesies endemik dan dianggap 'superstar' burung di Borneo.

Itu antara pengalaman mengujakan bagi pengunjung Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok, kira-kira 30 kilometer dari Sandakan, Sabah.

Terletak dalam hutan simpan Kabili - Sepilok berkeluasan 4,400 hektar, RDC yang seluas 107 hektar itu menjanjikan seribu satu pengalaman menarik, terutama kepada pencinta alam semula jadi dan pemerhati burung.

Bermula dengan titian kanopi sepanjang 374 meter hinggalah ke Taman Penemuan Tumbuhan , RDC turut menjadi lokasi sesuai buat seisi keluarga untuk beriadah sambil mengenali ratusan spesies tumbuhan.

MENARA berketinggian 25 meter bagi memberi peluang kepada pengunjung melihat keindahan alam semulajadi di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom

Menjejak kaki ke titian kanopi yang menghubungkan dua menara pasti memberi kepuasan kepada pengunjung menikmati keindahan alam bak saujana mata memandang pada ketinggian 25 meter dari atas tanah.

Setiap menara diberi nama sempena spesies burung yang boleh ditemui di kawasan berkenaan seperti Trogon, Bristlehead atau Tiong Batu Kalimantan, Broadbill atau burung Hujan-hujan dan Hornbill (kenyalang). Tapi untuk melihat Broadbill dan Hornbill hanya boleh dihubungi menerusi laluan denai.

Titian kanopi adalah pilihan terbaik kepada pemerhati burung bagi mengintai kelibat sebahagian daripada 300 spesies burung yang boleh ditemui di sini.

Jika bernasib baik, pengunjung berpeluang bertemu Orang Utan yang menjadikan hutan berkenaan sebagai habitatnya, tetapi perlu berhati-hati kerana haiwan berkenaan liar.

JAMBATAN gantung yang merentasi tasik semulajadi terdapat di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom
JAMBATAN gantung yang merentasi tasik semulajadi terdapat di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom

Tidak jauh dari titian kanopi, kita boleh merasai pengalaman mendebarkan berjalan atas jambatan gantung berlantaikan papan bagi merentas tasik semula jadi.

Sepanjang perjalanan selepas itu, pelbagai jenis pokok sukar ditemui menjadi pencuci mata termasuk pokok mengaris atau nama saintifiknya Koompassia Exelsa, antara pokok tropika tertinggi dan menjadi rumah lebah madu terbesar di dunia.

Taman Penemuan Tumbuhan pula membawa pengunjung mengenali pelbagai jenis tumbuhan ketika menyelusuri laluan berpusing-pusing di taman cuma seluas satu hektar itu.

ANTARA tumbuhan yang boleh dilihat di Taman Penemuan Tumbuhan di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom
ANTARA tumbuhan yang boleh dilihat di Taman Penemuan Tumbuhan di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom

Tidak sukar untuk mengenal lebih 250 tumbuhan yang ditanam di situ kerana papan tanda yang mengandungi maklumat mengenainya diletakkan di hampir setiap lorong, selain tumbuhan ditanam mengikut fungsi dan dikategorikan kepada 11 kumpulan antaranya koleksi orkid borneo, orkid kacukan, tanaman kontang, tumbuhan herba dan tumbuhan ekonomi.

LALUAN denai sesuai untuk aktiviti lasak dan mengintai kelibat hidupan liar pada waktu malam di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom
LALUAN denai sesuai untuk aktiviti lasak dan mengintai kelibat hidupan liar pada waktu malam di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom

PENGUNJUNG melihat gambar hidupan liar yang disediakan di bilik pameran di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom
PENGUNJUNG melihat gambar hidupan liar yang disediakan di bilik pameran di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom

Bagi pengunjung yang mahukan aktiviti lebih lasak boleh memilih menghabiskan sehari suntuk merentas hutan menerusi lima laluan denai keseluruhannya sepanjang 2,773 meter.

Selepas penat meneroka hutan, pengunjung boleh singgah ke bangunan pelawat yang menyediakan pelbagai maklumat dipamerkan mengenai habitat dan hidupan di hutan itu.

Menariknya di pusat itu, ia memberi peluang kepada pengunjung berjalan di sepanjang denai pada waktu malam untuk mengintai kelibat hidupan liar termasuk kancil, musang dan kera hantu yang menjadikan hutan hujan sebagai habitat.

PUSAT Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok menjadi lokasi sesuai bagi pemerhati burung. - Foto Poliana Ronnie sidom
PUSAT Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok menjadi lokasi sesuai bagi pemerhati burung. - Foto Poliana Ronnie sidom

Kunjungan lebih bermakna pada hujung minggu kerana berpeluang melakukan aktiviti lebih santai mengayuh bot mengelilingi tasik semula jadi.

Dengan kelebihan memiliki pelbagai spesies burung, RDC juga menjadi tumpuan pemerhati burung dari seluruh dunia saban tahun menerusi penganjuran Festival Burung Borneo pada setiap September.

INFO:
- Bayaran masuk RM7 bagi dewasa dan RM3 pengunjung berusia lima hingga 17 tahun
- Masa melawat jam 8 pagi hingga 5 petang
- Aktiviti berjalan waktu malam disediakan setiap Isnin, Rabu dan Jumaat jam 6 petang hingga 8 malam
- Permainan bot disediakan hujung minggu dan cuti umum

TAMAN Penemuan Tumbuhan yang mempunyai lebih 250 jenis tumbuhan di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom
TAMAN Penemuan Tumbuhan yang mempunyai lebih 250 jenis tumbuhan di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok. - Foto Poliana Ronnie sidom

FAKTA NOMBOR:
- 4,400 hektar keluasan hutan simpan Kabili-Sepilok
- 107 hektar keluasan RDC
- 300 spesies burung
- 374 meter panjang titian kanopi
- 2,733 meter panjang laluan denai

Bagaimana ke RDC
- Pengunjung boleh menaiki bas bertanda Sepilok Batu 14 di Stesen Bas Bandar Sandakan dengan tambang RM4
- Boleh menggunakan perkhidmatan teksi dengan tambang RM40 sehala dari Lapangan Terbang Sandakan
- Mengambil masa 30 minit dari bandar Sandakan

Berita Harian X