Rabu, 5 Januari 2022 | 1:11pm
Jalan Kinabalu yang menuju ke arah Cheras masih
Jalan Kinabalu yang menuju ke arah Cheras masih

Laluan Cheras arah Selayang dibuka

KUALA LUMPUR: Laluan dari Cheras menghala Selayang dibuka manakala beberapa laluan masih ditutup dan dilencongkan untuk kerja pembaikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ia susulan penutupan Jalan Kinabalu arah Cheras di belakang Rumah Persekutuan, di sini, semalam akibat kejadian tanah mendap hingga menyebabkan jalan berlubang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata kenderaan dari Selayang pula dilencongkan ke Bulatan Dato' Onn seterusnya ke Jalan Parlimen dan Jalan Sultan Iskandar untuk ke Cheras.

Pengguna jalan raya juga boleh menggunakan Jalan Raja melalui Bulatan Dato' Onn ke Jalan Hishamuddin dan Jalan Kinabalu untuk menghala kawasan berkenaan.

"Bagi laluan di Bulatan Dato' Onn, kawalan dan lencongan jalan mengikut keadaan semasa lalu lintas.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengikut arahan polis trafik bertugas. Orang ramai mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03- 2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur (03-20260267/69) atau mana- mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berita Harian X