Khamis, 14 Oktober 2021 | 8:06am
Lebih 50 peratus pesakit COVID-19 tahap empat dan tahap lima yang sedang dirawat di hospital di Sabah belum menerima dos vaksin lengkap.- Foto hiasan
Lebih 50 peratus pesakit COVID-19 tahap empat dan tahap lima yang sedang dirawat di hospital di Sabah belum menerima dos vaksin lengkap.- Foto hiasan

177 pesakit tahap 4, 5 belum lengkap vaksin - Masidi

KOTA KINABALU: Lebih 50 peratus pesakit COVID-19 tahap empat dan tahap lima yang sedang dirawat di hospital di Sabah belum menerima dos vaksin lengkap.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata setakat semalam, dari jumlah 2,338 orang pesakit yang menerima rawatan, seramai 942 orang sedang dirawat di hospital.

"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 132 orang merangkumi 113 di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta 19 di 'open ward' dan 40 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Bilangan pesakit tahap empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 177 orang atau 52.52 peratus," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri, berkata setakat semalam, seramai 2,083,451 penduduk Sabah sudah lengkap divaksin.

"Daripada jumlah ini, seramai 1,948,871 orang atau 70.7 peratus adalah penduduk dewasa manakala remaja merekodkan seramai 134,580 atau 32.0 peratus orang setakat ini," katanya.

Berita Harian X