Selasa, 2 March 2021 | 3:03pm

10 kawasan di Sabak Bernam alami gangguan air malam ini

SABAk BERNAM: 10 kawasan di Sabak Bernam akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama tujuh jam bermula 10 malam ini.

Makllumat dari aplikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), penutupan bekalan air sementara itu disebabkan pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip bocor di Kilometer 52 Jalan Sungai Panjang, di sini.

Katanya, kawasan yang terbabit ialah Taman Air Manis dan Sekendi, Pekan Sabak Bernam, Kampung Baru, Sungai Air Tawar, Parit Baru, Sungai Tengar, Teluk Rhu, Sungai Apong dan Sungai Lang.

"Penutupan bekalan sementara ini akan bermula pada 10 malam ini. Bekalan dibuka/pulih pada 4 pagi esok (3 Mac).

"Oleh itu, pelanggan dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan," katanya, hari ini.

Katanya, segala tindakan perlu akan diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan paip bocor itu dan pemulihan bekalan kepada pelanggan terjejas.

Berita Harian X