Khamis, 28 Januari 2021 | 9:00am
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin (kiri) melihat beras di depoh JKM Pahang Kampung Tiram sebelum diagihkan kepada mangsa banjir. - Foto MOHD RAFI MAMAT
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin (kiri) melihat beras di depoh JKM Pahang Kampung Tiram sebelum diagihkan kepada mangsa banjir. - Foto MOHD RAFI MAMAT

JKM tak simpan bantuan banjir

KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang akan segera mengagihkan barangan bantuan yang dikumpul di depohnya, di sini secara berperingkat bagi mengelak daripada rosak dan tidak boleh digunakan.

Pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin, berkata ketika ini, terdapat

70 tan beras di depoh JKM Pahang, dengan 6,000 kampit seberat lima dan 10 kilogram sumbangan Pusat Zakat Kedah, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) 2,000 kampit dan Alliance Steel (3,000).

Katanya, barangan lain yang akan diagihkan oleh kakitangan JKM daerah dibantu sukarelawan JKM ialah 3,000 botol minyak masak sumbangan Alliance Steel dan kit makanan daripada kerajaan Pahang.

"Kita akan serahkan kepada mangsa banjir di seluruh negeri menerusi program pasca banjir yang sudah digerakkan secara berperingkat. Aktiviti agihan akan secara berperingkat berikutan pihaknya tidak mempunyai banyak kenderaan menghantar barangan terbabit secara serentak," katanya.

Zulkhairi berkata, dalam setiap kit makanan mengandungi beras, gula, minyak masak, garam, kopi, teh, sardin dan biskut.

Katanya, sebanyak 10 tan beras termasuk pelbagai makanan sudah diagihkan kepada mangsa banjir termasuk Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di semua daerah.

Beliau berkat, secara keseluruhan JKM sudah mengagihkan sebanyak 198 tan bantuan kepada mangsa banjir di 664 PPS di negeri ini seperti toto, tilam, selimut, tikar dan kit bencana.

"Pihak yang ingin memberi sumbangan boleh terus berhubung dengan JKM Pahang dan semua urusan penerimaan serta penghantaran akan disediakan bagi melancarkan lagi urusan.

Berita Harian X