Isnin, 27 Julai 2020 | 12:10pm
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner, Noorzainy Mohd Noor
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner, Noorzainy Mohd Noor

7 pemilik premis dikenakan kompaun RM1,000

BUTTERWORTH: Polis mengeluarkan kompaun terhadap tujuh pemilik premis perniagaan yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika melakukan pemantauan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata polis kini giat menjalankan pemeriksaan bagi memastikan setiap individu mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

"Dalam pemantauan yang diadakan di beberapa premis perniagaan dalam daerah ini semalam mendapati tujuh individu melanggar SOP dan tindakan kompaun RM1,000 dikeluarkan terhadap mereka.

"Antara kesalahan SOP yang dilakukan adalah tidak mengambil suhu badan pelanggan dan tidak mencatat butiran pelanggan yang masuk ke premis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, polis akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa memandangkan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan pada minggu lalu.

Berita Harian X